Dah ada tema baju raya tahun ni? Nak pakai baju kurung apa untuk Hari Raya tahun 2020? Kalau tanya ana, ana terkasima dengan koleksi fesyen baju kurung dan kebaya bertema kan Pesona Warisan tradisional. Cantik anggun dan amat mempersonakan setiap pasang yang digayakan oleh model-model di sulami alunan gesekan biola dalam irama warisan yang mempersona. Jom ana kongsikan beberapa koleksi terbaharu BAHARI ASYEK Syawal Showcase 2020 - Pesona Warisan yang berlangsung pada 12 Mac 2020 di Hotel Concorde Shah Alam.






Syawal Showcase BAHARI ASYEK 2020 - Pesona Warisan




Melangkahi Mac 2020 ini, bererti premis Butik Bahari Asyek ( BA ) kini memasuki tahun ke 12 usianya di persada dunia fabrik dan fesyen tempatan. Meskipun 12 tahun berlalu, Bahari Asyek merasakan masih baru bertatih meniti pintu ke ruang industri fesyen. Sementelahan lagi, 10 tahun adalah proses untuk mereka mencari dan membina kekuatan diri sebelum menyerlah ke persada. 




Bahari Asyek di tubuhkan dari hasrat dan minat serta kecintaan terhadap seni dan warisan. Selaras dengan namanya BAHARI yang membawa maksud Barang Lama, Yang Silam, Warisan Lama, Bahan Lama Yang Dipinggirkan sementara ASYEK membawa maksud suka, jatuh cinta, terpegun, terpesona. Kesimpulannya BAHARI ASYEK, Jatuh cinta kepada warisan tradisi bangsa.




Sebanyak 32 rekaan baru disediakan bagi koleksi Syawal 2020. Sejajar dengan konsep BAHARI ASYEK yang bercirikan warisan dan tradisional, tentu sahaja busananya tidak lari dari imejnya. Andai ada kelainannya, tergantung kepada sentuhan akhir ciri-ciri busana tersebut serta pengemaskinian terhadap corak, fabrik, sulaman dan sedikit ubah suai bagi menyuai padan dengan pemakaian harian.  



Berikut adalah 17 rekaan baru, yang di ketengahkan untuk Syawal Showcase 2020 ini, terdiri daripada 32 rekaan busana yang diketengahkan bagi jualan musim Syawal ini. 

1. Kurung Moden Puspa - Inspirasi dari kurung moden pada zaman retro 7oan yang mana warna terang yang digunakan beserta butang-butang besar yang diketengahkan menampakkan gaya yang lebih ranggi, lasak, lincah, cergas dan cerdas. (Young & Energetic)

2. Kurung Kuno Kapas - kurung fav di BA yang mana kali ini mereka menggunakan bahan kapas India dengan teknik hand block. 




3. Kurung Riau cotton raw silk - berperada emas, memang menarik gabungan ini pasti sesiapa yang melihat hati tertawan. Kurung riau ini menggunakan teknik chop. hand block dengan air prada emas yang tentunya menambahkan keindahan busana.




4. Kurung Riau Tenun - menggunakan bahan tenun tangan bercorak garis halus yang ditempah khas dengan warna prime yang memang menjadi permintaan ramai. 

5. Kurung Poket Dua - inspirasi dari kurung moden pada zaman retro 70an yang mana warna terang yang di gunakan beserta dua poket besar yang di ketengahkan menampakkan gaya yang lebih ranggi, lasak, lincah, cergas dan cerdas.




6. Kebaya Pahang Cotton Chop - inspirasi dari baju kebaya lama berbentuk telepok , menampilkan lagi sekali kebaya Pahang dengan bahan cotton menggunakan hand block dengan perada ( serbuk emas ).

7. Kurung Tun Fatimah - kurung voil yang agak kembang dan memberi kesan ayu dan beralun bila pemakainya bergerak atau melangkah. Baju ini mewakili dalam lembutnya wanita dan tangkasnya. Kurungnya sangat selesa dan senang untuk dipakai dalam apa jua upacara. Didatangkan dengan corak ikat. 

8. Kurung Sultana - kurung voil yang menjadi fav ramai terutama yang berbadan gempal. Sangat selesa dan versatile. Di datangkan dengan motif "mata ikan" dengan kombinasi bawahan corak . 




9. Kurung Kelasi - kurung linen kelasi mendapat inspirasi dari kelasi yang berpelayaran yang mana kurung ini mempunyai leher yang berfungsi melindungi leher dari terdedah panas mentari. Menggunakan corak jalur linen yang sememangnya sesuai dengan cuaca panas terik kini. 

10. Kurung Archipelago - kurung versatile ini mempunyai keunikan sendiri, bajunya sahaja mempunyai 6 kekek kiri dan kanan mewakili jujukan kepulauan Melayu di Nusantara, kali ini mereka memberanikan diri untuk lebih ranggi dengan menggunakan bahan denim untuk kelainan. 




11. Kurung Dandia - kurung yang berinspirasi dari baju lelaki Gujerat yang di olah dengan pendekatan Melayu menggunakan bahan Thai Silk menambahkan kemewahan baju ini.

12. Kurung Moden Rosalinda - Kurung moden dengan bahan brocade cantik padanan design dan bahan yang cantik menjadikan ianya menyentuh jiwa.



13. Kurung Kuno Bintang Seribu - Istimewanya kurung kuno ini adalah sulamannya yang di buat dan ditempah khas dan sebegitu rupa bintang seribu, kombinasi yang sungguh klasik dan cantik. 

14. Kebaya Riau Cengkih - Kebaya Riau ini menggunakan fabrik brocade yang ditempah khas bermotifkan rempah ratus cengkih.




15. Kurung Tun Teja - menggunakan bahan brocade yang tentunya nampak mewah.

16. Kebaya Cik Siti Wan Kembang - kebaya yang menjadi imej BAHARI ASYEK menggunakan songket bermotif bunga pecah empat dan design bawahan jalur lebar. 

17. Kebaya Dayang Senandung - kebaya yang mempunyai 17 butang merupakan design baru BA menggunakan bahan cotton silk bermotifkan polka dot. 





Selain daripada 17 rekaan yang dipaparkan pada Syawal Showcase 2020 ini, BA juga mengulang rekaan tahun sebelumnya dengan mengetengahkan sekali lagi busana yang mendapat permintaan ramai seperti Kebaya 4 Dara, Kebaya Siti Zaleha, Kurung Kedah Sunti dan Kurung Kedah Seri. Rekaan ini tidak pula dipaparkan untuk pertunjukan kali ini, namun ianya boleh di dapati dipremis butik BAHARI ASYEK




BAHARI ASYEK kini turut menyelusuri kaedah perniagaan online dengan memperkenalkan jualan busana secara online di Instagram @bahariasyek.co  sejak 2018 yang lalu. 



Sebagai pencinta dan penjaga busana tradisional Melayu, besarlah harapan agar kecintaan warisan ini diterima di khalayak ramai, seterusnya diwarisi oleh generasi seterusnya. Meski tak lapuk dek panas, tak lekang di hujan, kalau kita pupuk dan pelihara warisan kita. 



Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :'

Bahari Asyek : 03 - 5513 5310

Email : bahariasyek@yahoo.com
Facebook: Bahari Asyek
Instagram : 
@bahariasyekofficial
@bahariayek.com


1 Comments