Orang lain dah lama duk tanam pokok bayam brazil ni di sana sini, ana ni baru nii laa dapat benih pokok bayam brazil. Pokok yang dah hidup subur ni pemberian sahabat blogger yang dah macam adik sendiri, siapa lagi kalau bukan blogger Shuhaida Kabdy . Hari tu balik event di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam, ana tumpang Sue dan Man. Singgah rumah Sue, Sue bagi lah pokok bayam brazil ni dalam polybeg. Man yang semaikan. Terima kasih Sue dan Man, semoga kalian sekeluarga sentiasa di dalam rahmat Allah swt dan dimurahkanNya rezeki yang berpanjangan, Aamiin.




Bawa balik rumah selang beberapa hari ana alihkan pokoknya ke dalam pasu. Tambahlah sedikit lagi tanah dan teduhkannya bawah pokok. Alhamdulillah lepas dua minggu lebih kurang dah boleh petik pucuknya. Ana try makan sebagai ulam sebab tak berapa banyak yang dapat di petik. Sedap juga lah pucuk bayam brazil ni buat ulam. 

Cara tanam bayam brazil



Ramai orang kata senang sangat nak tanam pokok bayam brazil ni, Sue pun kata macam tu. Jadi ana sengaja potong dahan pucuk nya panjang supaya pertamanya pokok induk tadi dapat bertunas pucuk baharu. Yang keduanya supaya lebihan dari pucuk yang di potong tu ana nak semai ke pasu lain. Nak try mahu tak hidup. Itu pun selepas ana cari tutorialnya di youtube. 

Jadi semasa PKP peringkat pertama hari tu, pasu pun masih banyak kosong ambil lah saki baki tanah yang belum guna campur tanah dalam pasu lama yang kosong tu, ana semai lah batang pucuk dahan bayam brazil. Cucuk-cucuk je dalam pasu tu. Redupkan beberapa hari dan jangan lupa siram setiap hari. 

Alhamdulillah dah lepas fasa pertama PKP ni bermakna dah dua minggu lebih, nampaknya dah mula bertunas pucuk baharu. Yeay!! Berjaya hidup pokok bayam brazik generasi kedua ni nampaknya. Yang dahan ana cantas tu pun nampaknya dah mula bertunas pucuk baharu. Betullah... memang mudah nak tanam pokok bayam brazil ni, In Shaa Allah lepas ni boleh biak kan lagi. Nak bawa balik kampung bagi kat mak. Mesti mak suka kan...Terima kasih Sue dan Man..

14 Comments

  1. Tak sempat semai dalam pasu yang saya punya dah mati, tunas dah naik elok, tapi satu hari terlupa letak air dah kering.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa sayang kan NM tak pe boleh cuba tanam lagi :)

      Delete
  2. wahhh.. mudah je nak tanam bayam brazil ni ye kak ana.. nanti nak cari jugak la..

    ReplyDelete
  3. Wah! Memang mudah sangat rupanya tanam bayam brazil ni. Saya belum cuba tanam.... heheee sebab selalu tanam pokok tapi tak hidup.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..syukur.Segar ni kak Ana..nak makan petik je dari pasu..cuci dah boleh terus buat ulam.

    ReplyDelete
  5. Boleh rendam di air hingga berakar
    then baru semai

    ReplyDelete
  6. eee geramnya bila tngok berimbun mcm tu.. gemok2

    ReplyDelete