Resepi sambal nasi ayam
Nasi ayam kalau kita makan kat mana-mana pun perbezaan kesedapannya adalah pada sambal dan ayamnya, betul tak ? Nasi tu dari segi rasa lebih kurang sahaja lah kan. Rumah ni memang selalu juga ana masak nasi ayam. Ana masak dari resepi adik sepupu ana, Ijah yang memang terre bab masak memasak ni. Lama dah ana guna resepi nasi ayam nya berpuluh tahun dah rasanya. Cuma ayam tu ana selalu tukar-tukarkan, kadang-kadang ayam goreng berempah, kadang-kadang ayam goreng sos tiram ,tapi paling kesukaan anak-anak dan suami adalah ayam panggang.
Ayam panggang atau ayam goreng sekali pun bahan perapan nya boleh sahaja ikut selera masing-masing. Ana pun kadang kala main campur kan jer segala neka sos yang ada di dapur, perapkan tu goreng atau bakar. Macam kali ni ana gunakan pes rendang , perapkan pastu bakar dalam oven. Jadilah ayam panggang ala-ala percik gitu.
Resepi ayam percik ⇉ resepi-ayam-percik-homemade-yang-sedap
Berbalik pada tajuk, hari ini ana nak kongsikan resepi dan cara masak sos nasi ayam. Ini pun selepas sepupun ana, Nora bertanya dalam group famili kami macam mana nak buat sos cili nasi ayam ? Pas ni bolehlah share link entri ni sahaja kan, mudah kalau nak kongsikan resepi. Cara masak sos cili nasi ayam ni mudah sangat, dan rasanya pun sedaplah pada selera kami, ala-ala makan di restoran nasi ayam femes tu. Cuma ianya tak pedas dan boleh di makan oleh anak-anak kecil, In Shaa Allah. Jom tengok bagaimana cara nak buat sos cili nasi ayam versi anajingga dot com 😊😊
Resepi dan cara masak sambal cili nasi ayam
Bahan-bahan :
Beberapa biji cili merah ( ana guna 4 biji ) - bersihkan buang biji dan potong
1 biji tomato - bersihkan dan belah 4
2 ulas bawang putih
sos cili - untuk memekatkan sambal nasi ayam kita
cuka masakan
gula
garam
Cara masak sambal atau sos nasi ayam :
1. Blend cili merah dan tomato serta bawang putih hingga hancur.
2. Masukkan ke dalam periuk kecil, tuangkan sos cili sedikit, masukkan sesudu gula dan garam secukup rasa.
3. Renjiskan cuka masakan.
4. Kacau sebati, masak di atas api perlahan dan teruskan mengacau sehingga menggelegak.
Siap dan sejukkan untuk hidangan. Selamat mencuba naa 😄😄
25 Comments
Mekasih resepi nyer🌹🌹
ReplyDeletesama-sama :)
DeleteSenang bahannya. Bahannya pun memang selalu ada di rumah.
ReplyDeletecubalah nantu NA
DeleteWah terima kasih resipinya. Nanti boleh terai resipinya.
ReplyDeletecubalah FYda :)
DeleteSEDAP SAMBAL NASI AYAM GITU TAPI STYLE CINA MASUKAN SULAS BAWANG PUTIH SEINCI HALIA SEDIKIT CUKA, GARAM N GULA CILI MERAH
ReplyDeletehaah PI ada gak pernah try sedap juga kan :)
DeleteBetul tu,kak. Sambal & ayam adalah faktor penting untuk nasi ayam yang sedap.
ReplyDeletekann Jannah , nasi tu lebih kurang je rasanya :)
DeleteTerima kasih resepinya sis. nampak menarik tu, sama macam kedai nasi ayam femes tu... tengok sambal dah bangkit selera..
ReplyDeletecubalah nanti SS kay sedap kak ana suka tak pedas anak-anak pun boleh makan ni :)
DeleteKak belum pernah guna tomato segar dlm sos ni. Nanti blh cuba la
ReplyDeleteada rasa masam manis dari tomato segar tu kak mala, cubalah ye :)
Deletewah...macam tau2 je esok saya nak buat nasi ayam. Kak Ana keluar pulak resepi sambalnya. Boleh saya try. Kalau biasanya, saya guna je sos cili segar Ayamas..hehe.
ReplyDeletehehe dah masak belum nasi ayam ujie hari ni :)
DeleteWak tau makan aje.
ReplyDeleteofcos lah wak dah ada yang tukang masakkan makan ajer lerr hehe :)
DeleteNampak sedap.. sos kalau sedap memang bubuh banyak baru puas makan
ReplyDeletehaah kan SAL :)
DeleteTerima kasih atas perkongsian resipi :)
ReplyDeletesama2 Eyma :)
Deletethanks for sharing. bagus share resipi ni
ReplyDeletesemoga bermanfaat DP tapi sedap resepi ni tak pedas anak-anak pun boleh makan, in shaa allah
Deleteterima kasih.. resepi ayam yang sangat menarik.
ReplyDelete