24hb May 2020 fajar Aidil Fitri kembali hadir. Namun ianya terlalu asing bagi kami sekeluarga. Lepas solat Subuh ana terus ke dapur masakkan rendang ayam , tak banyak seekor sahaja. Semalamnya dah siap 1 kilo rendang hitam daging , dua biji kek coklat dan suami menempah 2 batang lemang. Biskut raya pun kali ini kami buat sendiri di rumah, bukan apa satu adunan sahaja kuih semperit, almond london dan florentine tu dua kali buat kerana kudapan anak-anak cepat habis. 

Siap masak rendang, naik ke bilik mandi sunat Aidil Fitri dan capai telekung turun ke bawah. Menanti masuknya waktu solat sunat Aidil Fitri, jemaah di ruang tamu di imam kan suami dan kami bertiga sebagai makmum. Selesai bermaafan menjamu selera di meja makan. Adik di kampung yang direzeki kan beraya bersama mak dan abah, video call. Cuba menahan sebak sebab tak mahu mak dan abah bersedih, namun selesai video call naik ke bilik meraung bucu katil. Allahu... tewas rasanya jiwa. Inilah Aidil Fitri yang paling asing bagi kami. 




Kerana berpuluh tahun, Aidil Fitri kami meriah dari malam raya. Masak memasak bersama mak, adik dan ipar berkemas di ruang tamu. Sajian berekor ayam dan berkilo daging di masak. Ketupat palas dan lemang Pak Uda setiap tahun. Lepas Subuh ke dapur perangatkan hidangan dan kemudian capai telekung berduyun ke Masjid Taqwa bersama mak, abah, adik, ipar dan kami sekeluarga. 

Balik solat bermaafan sesama kami mencium tangan mak dan abah bergilir mengikut turutan. Masa ni lah dapat duit raya anak-anak dan anak-anak buah. Makan bersama, masuk ke kampung pula ke rumah arwah tok beraya bersama mak saudara dan sepupu-sepupu serta anak-anak buah yang lainnya. Gelak ketawa memenuhi ruang rumah papan usang yang tak pernah sunyi dengan kunjungan tetamu datang dan pergi. 


rumah arwah Tok di kampung tempat kami berkumpul setiap tahun beraya


Tak terhenti di situ, konvoi wajib 5 buah kereta sepupu terdekat kami Geng Landrover sampai ke Ipoh rumah mak su, pusing separuh negeri Perak jejak kasih dan makan-makan. Bergaya berposing anak-anak gadis dan teruna dengan pakaian raya masing-masing. Tak lupa juga ziarahi pusara tok, opah dan saudara mara yang dah tiada di Tanah Perkuburan Durian Sebatang, Teluk Intan.  Itulah raya bagi kami. Sepatutnya begitulah tradisi kami bukan asing seperti ini. 

Aidil Fitri 2020 silaturrahim hanya di alam maya, walaupun ada sepupu yang senegeri kami pilih untuk tidak berunjung kerana bimbang bakal menjadi asbab yang tak di ingini. Ana memilih untuk menghantar sahaja kuih raya dan kek coklat kepada jiran terdekat sebagai pengganti kunjungan agar silaturrahim masih di kekalkan. 

Sama-sama lah kita berdoa agar inilah Aidil Fitri yang seasing ini, jangan minta di ulangi lagi. Aidil Fitri yang penuh airmata dan kesepian sepanjang hari. Berdoa lah juga agar di panjangkan usia kita, mak abah dan sanak saudara agar masih berkesempatan nanti meraikan Aidil Fitri yang asli, bukan seperti ini. Covid19, pergilah jauh-jauh dari bumi Allah swt, kami cukup-cukup membenci . Semoga akan hadir lagi Aidil Fitri yang indah buat kami semua.... Aamiin.. Ya Rabbal A'laamiin. 

16 Comments

  1. Memang lain. Syawal ke-2 dah puasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah NA, terus sambung puasa 6 syawal kan

      Delete
  2. aidilfitri kali ni mengajar kita untuk lebih menghargai.. bila kekangan berjauhan n x dapat balik ni kita akan rasa untuk appreciate masa2 dengan ahli2 keluarga..

    kenangan sungguh.. insyallah nanti semua kembali okay =)

    ReplyDelete
  3. Betul tu..memang asing..x dpt berjumpa sanak saudara

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling sedih terpisah dengan ibu ayah kan cikgu

      Delete
  4. sayu hati rasanya.. memang terasa asing bg penduduk bandar sbb xdpt pulang ke kampung.. bersabar la kak..
    demi keselamatan kita sume.. insyaAllah keadaan akn kembali normal lps ni.. =')
    selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya ezy, in shaa allah kita teruskan berdoa agar semua ini akan segera berakhir, aamiin

      Delete
  5. Memang sangat-sangat berbeza kak.Sampai sekarang pun PC masih nangis bila call mama babah di kampung kak.Ada satu rasa yang terbuku dihati.Minta maaf cuma di telefon.Macam rasa berhutang pun ya juga dengan mama babah dan mertua.Allahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabarlah kita kan PC teruskan doa untuk kita berkesempatan berhari raya bersama paling tidak pun aidil adha nanti, aamiin

      Delete
  6. BERAYA NORMA BARU SEDIH TERASA

    ReplyDelete
  7. Memang tahu ini aidil fitri memberikan pengalaman yang sangat berbeza, dan akan menjadi sejarah dalam hidup. In shaa Allah tahun akan datang kita akan sambut seperti kebiasaannya.

    ReplyDelete
  8. selamat hariraya maaf zahir batin dari mama sekeluarga.. kitajagakita

    ReplyDelete