Macam-macam Siput
Makanan Laut di Pantai Remis,Jeram.
Jika kita berada di Pantai Remis, Jeram,Selangor ni pada hujung minggu atau cuti umum, disini ada pasar petang yang menjual pelbagai hasil laut, sayur-sayuran tempatan,pakaian, makanan,permainan dan sebagainya.Sesuatu yang menarik perhatian ana ketika disini ialah jualan pelbagai jenis hasil laut seperti ikan-ikan segar dan pelbagai jenis siput yang jarang ana temui di pasar-pasar tempatan atau pasaraya. Menurut peniaga disini, kebanyakkan hasil laut ini datangnya dari Pasir Penambang di Kuala Selangor dan ada juga yang di ambil dari luar negeri Selangor.Jom ana kongsikan disini beberapa jenis siput yang sempat ana pelajari namanya dari seorang kakak yang berniaga di sini.Mentarang |
Mentarang, jika kita melalui jalan dari Kuala Selangor ke Sabak Bernam,pasti akan terlihat di kiri kanan jalan sekitar Sekinchan terdapat gerai-gerai yang menjual siput mentarang.Saiznya agak besar dan tekstur cengkerangnya kasar.Ana tidak pernah makan atau memasak mentarang ni, dan menurut kakak yang menjualnya, ia perlu dibersihkan,direbus dahulu sebelum di keluarkan isinya.Pada petang itu, mentarang dijual dengan harga RM12 sekilo.
Kerang bulu |
Sama seperti kerang biasa yang terdapat di pasar-pasar harian,cuma bezanya ia berbulu halus pada cengkerangnya dan saiznya memang besar dari saiz kerang biasa.Ana pernah mencubanya, tetapi isi kerangnya agak liat daripada kerang biasa dan selalunya di bakar dan dimakan dengan sos atau air asam.
Siput Lala |
Siput Lala ni memang sering kali kita jumpa dijual di mana-mana pasar tempatan, bersaiz kecil dan bercorak garisan halus pada cengkerangnya. Ana selalunya masak lemak atau goreng dengan sos tiram.Dimasak terus dengan kulitnya yang telah dibersihkan terlebih dahulu.
Kepah |
Kepah bersaiz seperti kerang biasa yang gemuk, cengkerangnya licin tiada tekstur dan bersih.Tidak ada juga pengalaman ana memasak kepah cuma pernah makan yang direbus oleh mak dan ditambahkan daun kunyit sebagai aromanya.Rasa isinya agak masin sedikit.
Kupang (Google Image) |
Dah alang-alang kita mengenali jenis-jenis siput, ana Googlekan juga kupang, sejenis lagi spesis siput yang lazat dijadikan menu makanan laut.Isinya agak besar dan panjang dan sama seperti lala, jika ana membelinya akan masak dengan sos cili atau dijadikan sambal.
Pepahat (Google Image) |
Disini ada dijual pepahat tetapi telah siap dipeketkan didalam plastik, dan tidak berapa jelas ketika ana mengambil gambarnya.Berbentuk panjang dan seperti buluh yang agak tajam kulitnya.Menu yang selalu di sajikan menurut kebanyakan perkongsian di blog-blog masakan ialah lemak cili api.Ana juga tidak pernah lagi memasak atau makan pepahat.
P/S : kebanyakan nama panggilan siput-siput ini berbeza mengikut daerah dan negeri masing-masing.Apa yang ana kongsikan disini adalah berdasarkan pengetahuan ana dan sedikit carian dari internet.
~berkongsi info tentang siput disini~
38 Comments
wahh Kak Ana, untungla boleh ke pantai Remis... banyak siput2 nya kan...
ReplyDeleteEny suka lah ye makan seafood ni kan, tapi kak ana rasa kat Kuala Kedah sana lagi murah2 dari kat sini :)
Deletesemua diatas yan pernah cari sendiri dan makan...kecuali kerang bulu tak pernah cari...makan dah..:-))
ReplyDeleteWah Yan, adventurenya...cari sendiri dan makan tu, cayalah :)
DeleteSiput Lala kalo kat utara panggil Retak Seribu ehh betoi ka Arzmoha??
ReplyDeleteada juga kak ana terbaca tadi PCL, semasa mengGoogle info tentang siput ni :)
DeleteKita pggil lala jer pcl hehehe,.sedapnyerr bila dapat yg fresh gini ...masak lemak cili api pon best kan huhuhuhu
ReplyDeletesamalah kak ana pun panggil lala gak Lya :)
DeleteKepah goreng berlada huhuhu dap tu kak ana ,..rasa nk mkn la pulajpk hehehe
ReplyDeletehaa sudah Lya, kena pi cari le nampaknya hehe :)
Deletekepah n lala pernah makan..yang lain2 tak pernah makan.. mentarang pon xpernah.... gud info kak ana.. :)
ReplyDeletetq darlings Anis, kita kongsi-kongsi info kay :)
Deletetak pernah makan kepahat. huhuhu :(
ReplyDeletesamalah Nani, kak ana pun :)
Deleteassalamualaikum ana...wah sedapnya mcm2 siput ada ni...:)
ReplyDeletewaalaikumsalam mama, sedap kan tapi menunya sama je ni kan hehe tak masak lemak, sambal kan :)
Deletebanyaknya seafood!!! ubat kolestrol ni Ana, tapi kalau dah bekenan apo nak di kato kan on je hehee
ReplyDeletebetul tu kak Nooriah, ni kalau dapat kat kak Noor ni macam-macam menu menjadi kan :)
DeleteSedapnya klu masak lemak cili padi..tak pun bakar saja cicah air asam..
ReplyDeleteItulah antara menu yang ana jumpa semasa mencari info tambahan tentang seafood ni PC :)
DeleteSalu blk assam jawa. Tp xpnh dan nk g sini....huhuu
ReplyDeletesesekali cubalah singgah pula ewento marcello :)
Deleteresdung. kurg mkn sea food. kechuali ikan. heheee
Deletebetullah nanti mudarat kan pula kan :)
Deletemacam isi kepah lebih kurang DR, itu pun kak ana lihat semasa di gerai tu lah...:)
ReplyDeletedukacitanya..semua di atas Fuza tak boleh nak bedal sebab alergik...
ReplyDeletehaha jangan sedih Fuza, banyak lagi benda lain yang boleh di bedal ;0
Deletemacam2 yang acik tak pernah tengok ana..acik cuma suka dan pernah makan ala ala je
ReplyDeletehaha ye ke acik, oklah tu hari ni masuk kelas belajar siput ye disini :)
DeleteKalau kat sabah, kerang bulu kami panggil tembayanan, kalau kepah pula, kunau.. hehe..
ReplyDeleteSelalunya bila outstation kat pulau2 jer baru ada can cari sendiri yang fresh2.. pastu malam, kami bakar.. lagi2 kepah.. sedap sangat bila dibakar, cicah sambal kicap.. hehe
My blog :
http://segalaceritera.com/
Terima kasih Aretikz, berkongsi pengetahuan disini,betul tu kak ana pasti pulau-pulau di Sabah yang indah kaya dengan pelbagai khazanah alam untuk manusia.
Deletebaca time tengah hari..memang berkeroncong prut den ni ha..huhuhu
ReplyDeleteLaa Dayah tengok siput mentah lagi tu, belum di masak dah lapaq hehe :)
Deletesedapnya mentarang 2 kalau di bakar... hehehe
ReplyDeleteSedap ye Ahlam, kak ana tak pernah makan lagi, mungkin suatu hari akan mencubanya In Shaa Allah . :)
DeletePaling everet ..mentarang lah..buat gulai dengan ubi mmm...atau masak air dengan putik tembikai...bakar ke...adusss...sedap sangat ni. cukup manis...
ReplyDeleteMacam-macam menu Kak Mala yang ana tak pernah dengar ni, sangat unik dan pastinya sedap kan... :)
Deletepepahat tu sedap ka kak ana. Mentarang tu saiz besar ya kak ana?
ReplyDeletetak pernah rasa lagi