Mulai 4 Mei 2020, Kerajaan Malaysia akan membuka semula (restart) ekonomi negara dengan membenarkan industri dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi secara menyeluruh. Kebenaran ini tertakluk kepada persediaan dan langkah-langkah yang diambil oleh perniagaan untuk memastikan kepatuhan kepada Garis Panduan (SOP) yang telah ditetapkan. SOP yang disediakan adalah untuk memastikan aspek kesihatan
diutamakan dan terjamin dalam persekitaran di mana penularan wabak Covid-19 masih merupakan ancaman yang benar. SOP ini berhasrat untuk mengurangkan risiko kesihatan kepada orang awam dan di premis perniagaan, sekaligus mengelakkan perkhidmatan kesihatan negara dibebani sehingga tahap yang luar kawalan. Sekiranya berlaku peningkatan penularan wabak Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau tindakan lain bolehdikuatkuasakan. Ini memberi kesan kepada usaha membuka semula ekonomi negara. 


kredit sumber : http://www.jpm.gov.my/


Pembukaan sektor-sektor ekonomi akan dilakukan secara berperingkat melainkan sektor-sektor yang dinyatakan dalam Senarai Aktiviti Yang Dilarang tersebut, kesemua sektor perniagaan yang lain dibenarkan untuk dibuka semula dan beroperasi berdasarkan SOP ini.
Senarai tersebut akan dikemaskini dari masa ke semasa oleh badan Kerajaan dan agensi seliaan yang bertanggungjawab, mengambil kira tahap ketersediaan perniagaan untuk memulakan semula operasi. Kegagalan untuk mematuhi SOP boleh membawa kepada
tindakan undang-undang, penarikan balik kebenaran beroperasi atau apa-apa tindakan yang berkaitan. Kerajaan, melalui kerjasama antara Kementerian Kesihatan, PDRM, dan
lain-lain badan penguatkuasa akan membuat pemantauan dan penguatkuasaan dalam usaha memastikan SOP dipatuhi. Perniagaan diingatkan untuk memastikan sentiasa berhubung dengan badan Kerajaan seliaan yang bertanggungjawab untuk sebarang perkembangan terkini.


Norma baharu dalam perniagaan dan kehidupan 


SOP ini mengambil kira norma baharu dalam pengendalian perniagaan dan kehidupan harian. Pendekatan yang diambil kerajaan adalah pendekatan seluruh lapisan masyarakat, atau whole of society approach. Kaedah pendekatan ini adalah penting dalam memastikan pembukaan semula ekonomi negara ini dapat dilakukan dengan lancar, selamat danberkesan.

Individu berperanan untuk menjaga diri dan keluarga; Komuniti setempat bertanggungjawab memastikan kesejahteraan dan keselamatan di kalangan jiran-jiran; dan majikan bertanggunjawab memastikan pekerja dan operasi perniagaan mengamalkan tabiat kebersihan yang tinggi di samping mematuhi SOP.

Norma baharu ini merangkumi perkara-perkara berikut, iaitu:

• Mengamalkan langkah-langkah kesihatan:


• Penjarakan sosial (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter, sebaik-baiknya 2 meter
dalam semua keadaan

• Memakai face-mask; digalakkan setiap masa, diwajibkan dalam keadaan tertentu

• Menggalakkan amalan kebersihan yang tinggi


• Kerap mencuci tangan dengan sabun atau hand-sanitizer

• Menyediakan kemudahan ini untuk pekerja dan pelanggan

• Memastikan pembersihan (sanitizing) premis dibuat pada kadar yang kerap dan konsisten, sekurang-kurangnya 2 kali sehari

• Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan:


• Memastikan terdapat protokol pemantauan penyakit dan pencegahan penularan jangkitan

• Kesemua pekerja diperiksa setiap hari untuk mengenalpasti symptom Covid-19 termasuk
pemeriksaan suhu badan

• Di mana penjarakan sosial tidak boleh diamalkan, pekerja mesti menggunakan peralatan
perlindungan diri (PPE) yang sesuai

• Melaporkan kepada Jabatan Kesihatan sekiranya terdapat maklumat mengenai jangkitan
Covid-19

• Melatih pekerja untuk memantau dan bertindak sekiranya terdapat kes yang disyaki timbul

• Mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan:


• Aktiviti sosial melibatkan perhimpunan ramai seperti panggung wayang, stadium bola sepak, dan kelab malam tidak dibenarkan

• Aktiviti sukan berpasukan atau melibatkan sentuhan (contact) tidak dibenarkan

• Majlis kenduri-kendara/ rumah terbuka/ aktiviti perayaan atau keagamaan tidak dibenarkan

Peringatan Penting :

1. Pembukaan semula ekonomi adalah hasil positif pematuhan PKP oleh Rakyat dan juga usaha barisan hadapan (frontliners) dalam memerangi Covid-19 yang berjaya meratakan lekuk penularan Covid-19. Namun, Kerajaan sedar kemungkinan penularan atau jangkitan semula sekiranya berlakunya ketidakpatuhan SOP ini.

2. Oleh itu, Kerajaan akan menentukan tahap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau
Movement Control Order (MCO), berasaskan tahap penularan wabak Covid-19 yang boleh
membawa kepada beban yang berat ke atas sistem kesihatan.

3. Kerajaan juga menggalakkan orang ramai memainkan peranan untuk memantau dan
memastikan pematuhan kepada SOP. Melalui aplikasi MySejahtera, orang ramai dan
perniagaan boleh membantu Kerajaan dalam merealisasikan usaha membuka semula ekonomi ini.

4. Sekiranya terdapat keingkaran, orang ramai boleh menghubungi pegawai penguatkuasa yang berkenaan.

Untuk laporan lengkap bolehlah layari terus ke pautan di SINI

6 Comments

  1. Naik lagi kes baharu arini.. ermm

    Jemput join segmen ni kalau belum ya. Ucapan kata semangat untuk frontliners kita. Semoga mereka terus bersemangat dan dipermudahkan segala urusan.

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita jaga kita dan terus kan berdoa padaNya

      Delete
  2. Amalkan tu boleh...cuma bila virus tu dah ada di permukaan...rasa seriau juga la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah norma baharu kehidupan kita Fida, hidup dalam ketakutan bila berada di luar kan :(

      Delete