Washable face mask untuk kegunaan harian
Nampaknya beransur-ansur dah Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 ini di beri kelonggaran. Banyak sektor ekonomi pun nampaknya dah mula akan beroperasi mulai 4 Mei ini. Walaupun banyak kebimbangan di kalangan rakyat Malaysia akan jangkitan wabak ini, tapi ana yakin dan percaya semua langkah yang di ambil telah di kaji sebaiknya oleh kerajaan dan pihak yang dipertanggung-jawabkan khasnya KKM sendiri. Pada ana ia kini lebih kepada displin dan cara kita sendiri untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga selepas hampir 2 bulan di didik dalam tempoh PKP tentang norma-norma baharu kehidupan.
Inilah yang akan kita amalkan sepanjang masa akan datang, norma baharu kehidupan pasca Covid-19. Antara yang paling utama ialah penjarakan sosial antara individu 1 meter, kerap membasuh tangan dengan sabun dan penggunaan sanitizer di luar rumah, tidak hadir ke kawasan yang sesak dan pemakaian topeng muka atau face mask jika berada di luar rumah.
Penutup mulut dan hidung cotton yang boleh di cuci
Untuk ana sendiri walaupun ke kedai Acheh di taman ni pun setiap kali keluar rumah pasti akan memakai face mask ni. Sebelum ni ana memakai jenis surgical face mask yang di beli secara online dan farmasi. Tapi kos juga lah kalau yang nak menggunakannya setiap hari ye tak ? Melainkan kita tidak sihat atau ada gejala batuk, selsema atau demam, nak tak nak kita wajib memakai surgical face mask sekiranya perlu keluar rumah.
Tetapi sekiranya kita dalam kondisi yang sihat, ana merujuk kepada laporan https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/665720/covid-19-tak-perlu-pakai-topeng-jika-sihat KKM juga mensyorkan agar kita tidak perlu memakai nya. Namun pada ana lah kan, dalam menjaga keselamatan diri dari jangkitan sebarang wabak masa kini, tidak salah jika memilih untuk melindungi diri. Dan untuk ana sendiri, ana memilih untuk memakai washable face mask atau topeng mulut dan hidung jenis kain yang boleh di basuh dan di gunakan semula. Cuma ia bukanlah menjamin kita dari terkena jangkitan, tetapi ia bagaikan langkah perlindungan sama macam kita pakai baju lah lebih kurangnya.
Bila kita memilih untuk memakai washable face mask ni, kena lah patuhi penjarakan sosial 1 meter antara individu lain. Balik dari keluar tu, basuh tangan dengan sabun , atau gunakan sanitizer sekerapnya, terus mandi bersih-bersih naa. Dan penting juga untuk menjaga kebersihan penutup hidung dan mulut yang kita pakai tu. Jangan lah pakai lebih dari sekali, tak hygiene pula nanti. Buka dan terus basuh dengan sabun , jemur kering baharulah pakai semula kay. Jangan pula dah pakai gantung mana-mana tak basuh pastu pakai semula, tak boleh naa!! Pakai sekali dan basuh bersih.
Washable face mask yang ana guna ni ana dapatkannya dari IG belionlineje . Ana tertarik sangat sebab ianya boleh customize cetak nama kat facemask tu. Haa!! Kan bagus, tak lah tertukar dengan anak-anak di rumah. Masing-masing ada satu sorang. Boleh jer korang nak letak logo syarikat ke, nama nickname ke ikut lah citarasa masing-masing. Macam ana punya tu kan ada cetakan AJ kat situ...
Facemask dari @belionlineje ni pun mudah nak pakai, tak payah ikat sebab ia ada getah bersilang untuk wanita dan getah sangkut telinga untuk lelaki, macam suami ana pakai tu. Kalau kita perempuan nak pakai dalam tudung pun boleh, nak pakai luar tudung pun okay je, elok sangkut kat kepala, In Shaa Allah.
Dan satu lagi bila ana pakai tu ia memang cover penuh hidung dan bahagian mulut kita. Maknanya tak longgar lah pada bahagian hidung tetapi masih boleh senang bernafas sebab ia kembung sedikit di bahagian bawah hidung dan mulut. Tak lah rasa lemas di tutup kain tebal kan. Alhamdulillah masih rasa selesa di pakai.
Washable face mask dari @belionline je ini di jahit dari 100% kain jenis cotton spandex jenis kain yang selalunya di jadikan T-shirt tu. Ia di jahit sendiri dan boleh di tempah mengikut saiz dewasa dan kanak-kanak (7-12 tahun ). Bahagian dalam nya pula dijahit dengan 100% 2 helaian soft cottons strechable spandex iaitu fabrik yang di gunakan dalam penghasilan pakaian bayi dan kanak-kanak tu, ala yang lubang-lubang kecil baju bayi tu lah 😊
Setiap sehelai washable face mask ni cuma berharga RM15 sahaja
dan PERCUMA 1 dengan pembelian 10 helai.
Boleh lah pakat beli untuk famili kan.
Berminat korang hubungi atau whatsapp
0129878600 ( Lora )
atau pii usyaa kat
Instagram @belionlineje
Peringatan penting : Jika tidak sihat pastikan memakai surgical face mask!! Washable face mask adalah pilihan alternatif untuk kita yang sihat sahaja dan tidak ada sebarang tuntutan perubatan dan kesihatan.
17 Comments
Dulu kata kalau sihat tak payah pakai
ReplyDeleteTapi sekarang ni kalau tak pakai tak boleh masuk kedai/pasaraya
Apa-apa pun, semoga semua ni cepat berakhir la
Itulah Mrs.A sihat tak nak pakai tu yang batalkan niat nak pi giant kalau keluar pun ikut husband tapi duk la dalam keta huhuhuu... Lepas ni kenalah pakai juga dah arahankan.
Deletesebagai langkah penjagaan kendiri katanya, kak ana pilih untuk pakai juga bila berada di luar rumah
DeleteComel plak nengok...ni selesa sikit pakai ek Kak sebab kain lembut, ada tu keras kainnya...
ReplyDeleteselesa juga pakai ni SL
DeleteComel la K.Ana facemask ala-ala bintang K-Pop gittewww...
ReplyDeletehaha owh ye ke Mrs A , kakak awak ni tahu pakai je untuk perlindungan :)
Deleteehh.. ehh.. mask dia siap ada nama la.. best nya..! :)
ReplyDelete...
haa tuu laa tak de tertukar dengan anak-anak punya kat rumah ni Ain :)
DeleteMASK BOLEH BASUH OKLAH TU
ReplyDeletebasuh setiap kali lepas gunakan PI
Deletesaya pon klau dekat2 guna yang washable, sebab rasa membazir klo guna yg surgical. dah ler mahal..hahah
ReplyDeleteitulah yang penting penjarakkan sosial tu kan Munirah
Deletecomelnye sebab ada nama kat bawah tu.
ReplyDeletekann custommade tu :)
Deletekebetulan, aida baru jap order dgn member di Bangi.
ReplyDeletedia dealer. cuma delivery nyer lepas raya. now takut sangkut kat ofis kurier / poslaju je.
beli ni, boleh pakai jangkamasa panjang.
and kenangkan anak2 nanti kalau naik bersekolah,kan.
itulah aida bila ada yang washable ni jimat lah sikit kos kan
Delete