Sekian lama kereta tak bergerak ? 4 Idea mudah mempastikan kereta kita bersedia untuk pergerakan di jalanan dengan norma baharu
Ana pasti kita semua telah pun memulakan kehidupan pasca pendamik sekarang ini. Selepas hampir 3 bulan berada di rumah malahan ada yang bekerja dari rumah sepanjang tempoh masa tersebut. Sepanjang tempoh itu, banyak masa di habiskan di kediaman dengan pelbagai aktiviti harian bersama keluarga.
Sepanjang masa berkurung di rumah, kita telah menjalani kehidupan yang senggang atau kurang aktif. Hari ini , Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA) ingin berkongsi dengan kita semua 4 idea mudah aktiviti yang boleh di lakukan selepas sekian lama terperap di rumah sambil mempastikan kita menjaga penyelenggaraan kereta agar kembali bersih dan terbaik untuk digunakan dalam menjalani norma baharu kehidupan kini.
1. Membersihkan kereta dalam dan luar sambil mengeluarkan peluh
Sambil membasuh kereta sebagai satu aktiviti bersenam kita bukan sahaja kembali cergas tetapi turut mempastikan kereta berada pada tahap kebersihan luar dan dalam. Basuh kereta, vakum dan jangan lupa lakukan aktivii nyah kuman setiap minggu.
Kita perlu tahu bahawa kita menggunakan kereta untuk urusan keperluan harian dan setiap kali kita keluar dan masuk kereta, kemungkinan untuk membawa jangkitan itu tetap ada, bukan. Oleh itu amatlah penting untuk kita sentiasa membersihkan kereta luar dan dalam supaya dapat melindungi insan-insan tersayang dari perkara yang tidak di ingini.
2. Selepas kian lama tidak bergerak kemungkinan bateri tidak berkuasa
Ketika kita tidak banyak keluar dari kediaman di samping mengamalkan penjarakkan sosial telahpun menampakkan impak pada penurunan jangkitan di dalam negara, tetapi dengan tidak menghidupkan enjin kenderaan dan juga pergerakan dalam tempoh masa yang lama memungkinkan bateri kereta kita kehilangan kuasa. Jadi pastikan kita memanaskan enjin kereta setiap hari agar dapat memanjangkan kuasa bateri kereta kita.
Tetapi jangan risau, dapatkan pengecas bateri Bosch C7 yang mudah di bawa ke mana-mana dapat mengatasi masalah sekiranya tiba-tiba bateri kereta tidak berfungsi di jalanan. Ia juga mempastikan bateri kenderaan sentiasa aktif dan membantu penyelenggaraan kereta sedia untuk kegunaan di jalanan tanpa perlu berasa bimbang lagi. Jom tonton video ini untuk lebih butiran lanjut.
3. Damaikan hati dengan terapi membeli belah aksesori kereta
Sepanjang berada di rumah, ada di antara kita mengisi masa lapang dengan membeli belah, khasnya secara online tanpa perlu keluar. Mujurlah sekarang ni wujudnya pelbagai platform e-dagang secara online di mana semua produk yang kita kehendaki boleh sahaja tiba di hadapan pintu rumah. Seronok berbelanja kan.
Apa kata, ambillah kesempatan ini dengan membeli keperluan dan aksesori kenderaan kita juga. Gantilah mana-mana aksesori kereta yang tidak berapa baik kondisinya. Antaranya adalah pengelap cermin kereta atau pun wipers. Memandangkan cuaca yang tak menentu kini, adalah penting untuk ciri keselamatan kita menggunakan wiper yang berjenama dan berkuali . Korang boleh dapatkan pelbagai aksesori dan produk penyelenggaraan kereta di Shopee https://bit.ly/2HjDA9C
4. Bersih dan nyahkuman Baby Car Seat anak
Memandangkan kereta kita di gunakan untuk kegunaan harian untuk urusan keperluan, pastikan kita menjaga kebersihan kanak-kanak khasnya yang mempunyai Baby Car Seat di sanitized serta di infeksi selalu.
Gunakan air panas dan sabun yang mesra bayi untuk mengelap baby car seat dan juga bahagian dalaman kereta. Bilas dengan kain yang bersih serta pengelap nyahkuman ( disinfectant wipe ) . Basuh cover car seat dalam mesin basuh tetapi elakkan pengunaan alat pengering atau dryer supaya tidak merosakkan reka bentuk cover car seat tersebut. Korang boleh lah tonton video ini yang berkongsi cara-cara penjagaan kebersihan child car seat dari Bosch AA berkolaborasi bersama Sweet Heart Paris .
Jadi sama-sama lah kita isi masa lapang ketika berada di rumah dengan lebih produktif di samping mempastikan kereta kita sentiasa bersih dan terjaga penyelenggaraannya. Semoga kita semua akan sentiasa selamat ketika memandu dan juga keselamatan keluarga tersayang di dalam melalui norma-norma baharu kehidupan. #KitaJagaKita
9 Comments
Hati2 memandu!
ReplyDeletesemoga selamat sampai ke destinasi. ;)
ReplyDeleteaamiin in shaa allah
DeleteBagus ni, jimat sikit bila DIY 😂 haritu kereta kazen pun viper melayang sbb patah, asyik berjemur panas agaknya
ReplyDeletekan Sally :)
DeleteSekarang kereta dah boleg gerak ke mana2
ReplyDeleteMinyakpulak dah naik harga
kan wak :)
DeleteNice sharing tips kak ana..
ReplyDeletesemoga bermanfaat kan fiza :)
Delete