Serum & Foundation Absolute 1618 menampilkan kelainan dalam asas solekan secara semulajadi
Dah lama ana tak sembang-sembang dengan korang pasal produk kecantikan, kan.Maklumlah kita baharu sahaja habis menjalani ibadah puasa dan raya dalam situasi yang berbeza. Sibuk dengan aktiviti harian masak dan makan sahaja lah bersama keluarga. Tapi tidak lah sampai mengabaikan kesihatan dan kecantikan wajah ye tak ? Apa yang ana nak kongsikan dengan pembaca hari ini ialah tentang produk kecantikan dan solekan yang terkini digunakan oleh Kak Long.
Diam tak diam, Kak Long dah pun menamatkan pengajiannya di IPTA dan sekarang ni sedang tunggu grad. Macam yang ana ceritakan sebelum ni, wajah dia masa final year dahulu agak teruk juga dengan masalah jerawat. Biasalah final year memang sibuk dengan praktikal, final exam dan final projek, terabai jugalah penjagaan wajah. Sekarang ni lah waktu untuk dia merawat semula wajah dan ada banyak masa nak berhias dengan solekan. Bila kulit wajah dah ada masalah jerawat, kena berhati-hati dalam pemilihan produk yang di gunakan.
Absolute Rose Couture Serum & Absolute Rose Couture Foundation dari Absolute 1618
Rezeki jugalah bila ana diperkenalkan dengan satu jenama terkini di pasaran iaitu ABSOLUTE 1618 . Perkara pertama yang ana akan pastikan sebelum menggunakan sebarang produk di wajah ni ialah sama ada ia ada pensijilan dari Kementerian Kesihatan Malaysia atau pun NOT KKM. Alhamdulillah ABSOLUTE 1618 telah didaftarkan di bawah Akta Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Regulation 18 A (2), Pengarah Khidmat Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kami mengikuti Garis Panduan Kawalan Dadah Dan Kosmetik (NPRA) Di Malaysia.
Notifikasi NOT KKM
1. Absolute Rose Couture Serum (NOT1 90504 247K)
2. Absolute Rose Couture Foundation (NOT1 90504 224K)
Lega kan, jadi Kak Long telahpun menggunakan dua rangkaian produk ABSOLUTE 1618 iaitu Absolute Rose Couture Serun dan Absolute Rose Couture Foundation sebagai asas solekannya sekarang ni. Ermm.. tentu korang nak tahu juga kan serba sedikit latar belakang ABSOLUTE NATURAL BEAUTY ni kan. Begini kisahnya...
Untuk pengetahuan korang, jenama kosmetik Absolute 1618 ini diilhamkan oleh 2 sepupu, Mior Ghazi dan Sharifah Jasmine apabila kedua-dua ibu serta ibu saudara mereka sering membeli kosmetik organik dan sering membuat “DIY” (petua daripada nenek) serum, mist, sabun menggunakan bahan-bahan semulajadi. Kemudian mereka mendapat inspirasi untuk menceburkan diri dalam bidang kosmetik untuk berkongsi dengan konsumer kosmetik yang berkualiti, tanpa bahan toksik yang berbahaya kepada kulit, harga berpatutan dan menggunakan bahan semulajadi berkualiti.
Mereka berhasrat untuk membuat produk perawatan kulit dan solekan yang bebas dari bahan kimia atau bahan toksik yang biasanya terdapat pada kebanyakan produk sabun, talc, krim dan produk penjagaan kulit lain yang secara tidak sengaja menyumbang kepada barah. Semoga dijauhakanNya.. Mereka komited sepenuhnya untuk memberikan yang terbaik dari segi perkhidmatan dan kualiti produk dan mempunyai produk lain dalam perancangan.
Dengan itu nama "ABSOLUTE NATURAL BEAUTY - 1618" diilhamkan daripada dua elemen; Pertama , bahawa produk jenama Absolute menggunakan bahan-bahan semula jadi; dan keduanya 1618 adalah nisbah emas ("Golden Ratio") di mana semua formula, ramuan dipilih dengan sempurna dan diformulasikan dengan teliti untuk menghasilkan produk terbaik. Wahhh, gituuu.. Mereka percaya bahawa kecantikan semestinya bermaksud kualiti iaitu menggunakan bahan-bahan yang terbaik untuk kulit yang bersih dan sihat. Mereka juga komited untuk menggunakan metodologi yang ketat untuk menentukan produk jenama Absolute bebas toksik. Terbaik lah..
Pengalaman Kak Long menggunakan ABSOLUTE 1618
Seperti yang ana ceritakan di awal tadi setakad ini Kak Long sedang menggunakan dua variasi produk ABSOLUTE 1618 ini iaitu serum dan foundation. Kak Long bagitau ana, dia suka pada tona warna foundation ni yang mudah blend dengan warna kulit sawo matang wajahnya. Serumnya juga tidak melekit dan cepat meresap ke dalam kulit wajah dan hasil gabungan keduanya dapat menyembunyikan kesan jerawat yang di alaminya sebelum ini.
Ia juga tahan lama dan mudah di bersihkan bolehlah di katakan mesra wuduk, yang mana tak susah nak hilang bila di cuci untuk mengambil wuduk. Bukan apa sesetengah produk tu ana paling tak berkenan jika payah nak hilang ketika di cuci bimbang juga tak sempurna pula wuduk kita kan, sampai melekatlah pada telekung untuk solat kesan foundation nya. Tapi hat ni ana tengok, Kak Long mudah sahaja cuci wajahnya dan tidak meninggalkan kesan selepas di cuci bersih.
Apakah keistimewaan Absolute Primer Serum ?
Absolute Primer Serum mengandungi bahan aktif termasuk 100% minyak Rosehip tulen, stem cells dan Vitamin E yang dapat membantu meningkatkan seri wajah a dan menyihatkan kulit. Serum yang cepat menyerap ini mempunyai antioksidan yang tinggi serta SPF30 bagi melindungi kulit anda daripada penuaan pramatang dan kesan sinar UV. Ia mengawal kulit yang berminyak dengan baik dan sesuai untuk semua jenis kulit. Digunakan sebagai asas untuk menambahkan sorotan halus dan berfungsi paling baik dengan Absolute Superlight Mineral Foundation untuk wajah lembut dan bersinar, sesuai untuk rutin solek harian.
Air, Rosehip Oil, Vitamin E, Stem cell, EDTA
tesktur yang lembut dan mudah meresap pada wajah dengan kepingan keemasan yang memberikan kesan pada pemakaian serum sebagai asas solekan |
Ana pasti ramai tahu kebaikan minyak Rosehip kepada kulit, ianya dapat mengurangkan penampilan garis-garis halus, melembapkan kulit secara mendalam. Minyak Rosehip juga penuh dengan vitamin dan antioksidan yang membantu meratakan warna kulit secara keseluruhan. Produk kecantikan mutlak mengandungi Mica Gold, mineral semula jadi yang digunakan untuk membantu meningkatkan cahaya kulit anda dan memberikan cahaya semula jadi. Bermanfaat untuk semua jenis kulit.
Kebaikan minyak biji Rosehip
• Anti penuaan
• Antioksidan tinggi
• Anti-radang
• Menghidrat kulit
• Mengurangkan parut
Selepas memakai serum pastilah kita akan melengkapkan solekan dengan pemakaian foundation.
Keistimewaan Absolute Foundation Mineral Superlight
Absolute Superlight Mineral Foundation mengandungi bahan aktif termasuk 100% Rosehip Oil tulen, titanium dioksida, isononyl isononanoate dengan kilauan semula jadi dari mineral mosovite mica. Foundation jenama Absolute ini amat ringan dan mempunyai SPF60, diformulasikan dengan perlindungan UV spektrum luas, dapat meningkatkan kelembapan semula jadi kulit untuk menjadikan kulit lebih anjal, muda dan berseri.
Produk kecantikan Absolute penuh dengan nutrien untuk kulit, membolehkan kulit bernafas, sembuh dan menyihatkan kulit wajah. Pada masa yang sama, ia boleh dicuci dengan mudah - mesra wudhu. Absolute Superlight Mineral Foundation yang unik ini berfungsi menyesuaikan foundation dengan tona kulit warna pengguna dan sesuai untuk setiap warna kulit.
Kak Long menggunakan Absolute Superlight Mineral Foundation dan ia mudah blend dengan tona warna kulitnya serta tekstur yang ringan |
Kandungan bahan-bahan Absolute Superlight Mineral Foundation:
Air, Rosehip Oil, titanium dioxide, isononyl isononanoate, cyclopentasiloxane (Vegan), chlorphenesin (Organic), phenoxyethanol (Vegan)
Amacam comel tak Kak Long selepas menggunakan serum dan foundation ABSOLUTE 1618 ni ? Nampak lebih bermaya dan berkeyakinan kan kerana berjaya menyembunyikan masalah parut jerawat nya sebelum ini. Suka juga dinyatakan di sini Absolute Natural Beauty adalah dalam proses mendapatkan pensijilan HALAL dari JAKIM dan turut tersenarai di Halalstreet.Co.Uk untuk pasaran United Kingdom dibawah program e-dagang Matrade. Hebat kan!!
Apa lagi kalau korang pun nak mencuba sendiri dua produk ABSOLUTE Natural Beauty serta mendapatkan info serta promosi terkini boleh lah singgah ke mana-mana pautan yang ana berikan di bawah :
Instagram : @absolutenaturalbeauty/
Laman web : www.absolute1618.com
#Absolute1618 #AbsoluteNaturalBeauty #naturalskincare
18 Comments
wahh menarik.. dlu sy xpernah terfikir nk pkai serum sbb anggap tu xpenting.. tp sbnrnya penting jgk untuk kulit muka!
ReplyDeletefoundation pulak utk sy mmg xleh pakai jenis cecair mcm ni.. xsesuai dgn kulit sy.. huhuuuu..
kena cari produk yang serasi ezy ikut kesesuaian jenis kulit juga kan :)
DeleteKita macam rasa adik kita kot yang pakai bedak cair dia tu, lupa laaa, nanti kita check, tapi memang nampak bagus, kalau betullah dia pakai, sekata je nengok muka dia..tengok pakaging tu baru teringat..
ReplyDeleteowh ye ke SL :)
Deletelawa dah kak long pakai produk ini. Nampak elok lah kak kesan dia
ReplyDeletebab bersolek memang serah kat dia je Kolin hehe :)
DeleteSerum sedia ade pun dah habis ni...xbeli lagi yg baru...blh la usha serum ni..
ReplyDeletehaah Nieyl boleh lah cari di link yang kak ana bagi atas tu :)
DeleteJAGA KECANTIKAN DGN GUNAKAN SERUM PENTING JUGA
ReplyDeletebetul tu PI :)
DeleteManisnya Kak Long!
ReplyDeleteRosehip oil memang bagus! Saya suka sangat beli barang penjagaan kulit yang mengandungi rosehip oil! Memakan masa puluhan tahuhn jugalah saya gunakan, sehingga hari ini!
Alhamdulillah serasi dengan amie ye :)
Deletekalau wak pakai, takde kesan agaknya.
ReplyDeletehaha wak kena pakai sun block sebab berjemur dipanas hehe :)
Deletemenarik jugak produk ni AJ...nanti nak cuba juga la kot tapi dah tua2 ni berkesan kah..hehe
ReplyDeletehehe sama lah kita Fuzy :)
DeleteFoundation dia best. Sesuai utk semua warna kulit. Coverage pun best.
ReplyDeletehaah AS, Kak long yang guna ni :)
Delete