Bunga ini namanya Yesterday Today Tomorrow
Sepasu pokok bunga ni pemberian jiran ana, Kak Gee sebelum dia pindah beberapa bulan lepas. Kak Gee menyewa di unit rumah berhadapan rumah kami, selepas kematian suami secara mengejut setahun yang lalu, kak Gee sekeluarga mengambil keputusan untuk berpindah. Sebagai kenang-kenangan Kak Gee hadiah kan ana beberapa pasu pokok bunganya. Dia tahu sangat ana suka berbunga. Terima kasih Kak Gee, akan ana jaga sebaiknya, In Shaa Allah.
Salah satu pokok pemberian Kak Gee, bunga ungu ni. Berbau harum sangat bila mekar. Dan yang uniknya pokok bunga ni berubah warna, yang pada mulanya ana sangkakan satu pokok ada 3 warna, rupa-rupanya ia berubah warna dalam masa tiga hari. Baru-baru ini, terfikir juga nak tahu apakah nama pokok bunga cantik ni. Ana post kan dalam group FB Kelab Peminat Bunga, dan akhirnya dapat jawapan. Unik nama pokok bunga ini iaitu Yesterday Today Tomorrow atau pun di kenali dengan bunga YTT.
Pokok bunga yesterday today tomorrow
Selepas di amati baharulah ana tahu bunga ini berwarna ungu tua pada hari pertama ia mekar berkembangan, keesokkannya ia berubah kepada ungu lebih perlahan dan hari ketiga bertukar menjadi warna putih dan kemudiannya gugur. Allahu Akhbar! Begitu indahnya ciptaan Tuhan yang tak pernah akan sama pada setiap satu kejadian dan ciptaanNya. Maha Suci Allah. Harumannya sangat wangi dan ada seiras haruman bunga melur. Ana di fahamkan juga bunga YTT ini ada yang berwarna kuning. Belum pernah ana lihat lagi di hadapan mata, mudah-mudahan ada dipertemukan dan teringin sangat untuk memilikinya suatu hari nanti, aamiin.
YTT kuning ( credit photo flickr ) |
Ana mencari beberapa fakta mengenai pokok bunga YTT ini dan ana kongsikan semula ianya disini sebagai pengetahuan dan rujukan di masa hadapan khasnya buat peminat pokok dan bunga-bungaan macam saya. Bunga YTT Yesterday Today Tomorrow ini nama saintifiknya ialah Brunfelsia dan berasal dari Brazil.
Cara menanam pokok YTT
Pokok bunga ini sesuai ditanam di atas tanah atau di dalam pasu yang besar kerana ia boleh tumbuh setinggi 10 kaki. Ia tidak sukar untuk dijaga sekiranya ditanam di kawasan tanah lembap tetapi tidak menakung air. Jenis campuran tanah yang sesuai untuk tanaman dalam pasu mestilah mengandungi lumpur, pasir dan bahan-bahan organik. Baja hanya perlu jika kandungan asid tanah di kawasan itu kurang.
Pokok bunga YTT boleh bertahan dalam cuaca yang panas dan berkelembapan tinggi. Walau bagaimanapun ia perlu disiram selalu dengan memastikan air tidak bertakung di dalam pasu. Pemangkasan perlu dilakukan untuk mengelakkan dahan berpintal-pintal.
Pembiakannya adalah melalui dua cara: keratan batang dan biji benih. Pada peringkat awal, tanam dalam pasu kecil dulu dan ubah ke pasu yang lebih besar apabila pokoknya semakin membesar. Bunga YTT tidak berapa digemari serangg-serangga seperti lebah dan rama-rama.
##Awas! Bunga YTT ini beracun dan boleh memudaratkan jika termakan. Oleh itu jauhkan daripada kanak-kanak. ( kredit sumber : jomtanambunga.blogspot.com )
Pada pandangan ana, pokok tumbuhan yang bergetah ini selalunya beracun dan tidak selamat sekiranya termakan khasnya oleh kanak-kanak. Sama seperti pokok jenis keladi lah kan, ia bergetah dan beracun . Ana sangat suka pada keindahan dan keunikan pokok bunga YTT ini dan akan cuba untuk membiakkannya .
22 Comments
eh meanriknya! tak pernah tahu pon kak..cantik warna dia purple..saya pon sejak pkp da start jaga pokok da..hahah..psstt sye subscribe kak di youtube..heheh
ReplyDeletetq AD, haah kak ana pun baru tahu namanya :)
DeletePanjangnya nama dia rupanya kak AJ
ReplyDeletehaah kan 3 hari namanya hehe :)
DeleteAmboi nama dia...kelllasss
ReplyDeletekann Yan hehe :)
Deletepertama kali dengar nama bunga ni. Jangka hayatnya pendek je la ya?
ReplyDeletehaah NS 3 hari je lepas kembang hehe :)
DeleteWak panggil pokok bunga waititi
ReplyDeleteAda wak buat entri pasal pokok ni
heehee sama le tu wak YTT okay nanti saya cari nak baca :)
Deletesubhanallah cantiknya bunga tapi beracun
ReplyDeleteberacun pada getahnya je PI kat batang kalau kita potong ada getah keluar
Deletewah menarik...bestnya kalau ada kawasan untuk bersama pokok2 di rumah. :)
ReplyDeleteadalah sedikit ruang bertanah depan dan belakang UN :)
DeleteIbu ada pokok ni..pun jiran lama yg kasi. comei sgt kan...
ReplyDeletecantik kan, kak ana suka :)
DeleteUnik nama pokok bunga nie kan Ana.. cantik pulak tu..
ReplyDeletetu laah sue nak cari hat kuning pula nanti :)
Deletecomel nama buku.. macam dah nak bagi nama kat movie romantik. hehhee
ReplyDeletekan han sedap namanya hehe :)
Deletecantiknya lahai. saya suka tengok pokok bunga warna putih ni, nampak berseri je..hehe
ReplyDeletehaah TS memang cantik macam bertona je kan :)
Delete