Allahu Akhbar ! Walau tak pernah menjejak kaki ke bumi Turki namun ana tahu akan keindahan senibina sebuah mercu tanda dunia bercirikan reka bentuk Islamik tersohor di seluruh dunai yang di kenali sebagai Hagia Sophia. Minggu ini terbaca beberapa posting di sosial media bangunan Hagia Sophia ini kini kembali menjadi sebuah masjid . Memetik laporan BH Online merujuk sumber dari AFP adalah seperti di bawah :




Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, semalam mengumumkan bangunan ikonik Hagia Sophia, iaitu salah satu keajaiban seni bina dunia akan dibuka kembali menjadi sebuah masjid. Keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Turki mengeluarkan keputusan susulan Majlis Negara mengemukakan petisyen oleh sebuah kumpulan agama yang mahu membatalkan keputusan kabinet pada 1934 bagi mengubah bangunan itu kepada muzium.

Erdogan yang mahu tapak warisan dunia itu kepada sebuah masjid walaupun mendapat kecaman hebat dari Amerika Syarikat (AS) dan pemimpin Kristian Ortodoks. Keputusan itu mungkin menyebabkan wujud ketegangan negara jiran, Greece yang mahu bangunan itu dikekalkan sebagai muzium.

Sebelum ini, bangunan berkenaan membenarkan semua penganut agama untuk bermeditasi dan menikmati keindahan seni bina bangunan yang dibina sejak kurun keeenam. Bangunan itu ditukar kepada masjid pada 1453 ketika Uthmaniah menawan Istanbul atau dikenali sebagai Constantinople. - AFP

Keindahan senibina Masjid Hagia Sophia 



Keputusan mahkamah Turki itu menjadikan Hagia Sophia dibuka semula sebagai rumah ibadah umat Islam Turki dan seluruh dunia setelah lebih 85 tahun di jadikan muzium. Dilaporkan juga pihak pengurusan Hagia Sophia kini diserahkan kembali kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Turki. Alhamdulillah. 



Benarlah janji Allah swt itu pasti. Semoga direzekikan Allah swt kita semua berpeluang menjejak kaki ke masjid indah ini dan menjadi kebanggaan kita semua hambaNya. 

16 Comments