Koleksi pokok ati ati
Dari kecil lagi dah kenal pokok ati-ati ni masa membesar di kampung halaman. Cuma waktu tu tak lah banyak variasi warna yang ada. Pokok ni di gelar ati-ati pun sebab warna nya dahulu yang ada kebanyakannya warna merah hitam dan berdaun lebar jadi sekali pandang macam bentuk hati, ye tak 😁😁 Itulah sebabnya di panggil pokok ati ati. Senang je orang dulu-dulu gelar pokok-pokok ni 😊😊
Pelbagai jenis pokok ati ati
pokok ati ati |
Cara tanam pokok ati ati
Ana setakad ini cuma ada 3 variasi pokok ati-ati sahaja di laman. Itupun ketika balik selepas kebenaran rentas negeri baru-baru ini, mak bagi batang pokok ati ati ni. Ana bawa balik batang-batang nya dan cucuk sahaja dalam pasu. Alhamdulillah semua berjaya hidup dengan subur dan dah dua bulan ni cepat sungguh besarnya. Seronok pula nak kongsikan dengan pembaca semua.
|
Sekarang ni ana tengok di nurseri Sungai Buloh, ada pelbagai variasi pokok ati ati ni di jual. In Shaa Allah ada rezeki nanti teringin nak tambah koleksi sambil sambil beli pokok fittonia. Begitulah kalau dah minat kan, bila ada sahaja pokok mula lah nak tambah koleksi variasinya. Laman rumah bukanlah luas mana pun tapi semua jenis pokok nak tanam. Ana cuma tanam dalam pasu sahaja. Pasu saiz kecil-kecil jadi boleh lah isi banyak koleksi di ruang yang sedikit.
|
Pokok ati ati ni ana letakkan di laman terbuka kerana ia berwarna-warni perlukan cahaya matahari terus ( direct sunlight ) untuk hidup subur. Tapi tidak boleh kering juga dan ia memerlukan siraman air yang mencukupi kerana mudah juga mati jika kering akarnya.
Dari pengalaman ana selalu mendengar cerita yang daun pokok ati ati ni banyak khasiat dalam perubatan tradisional di kampung. Ana tak pasti sangat tentang khasiat herba ni jadi korang kena cari di blog yang pakar dalam bidang nya. Apapun ciptaan Tuhan pasti tiada yang sia-sia dan terlalu sempurna dan indah di pandangan mata.
14 Comments
cantek pokok ni. tpi kat umah kami takde, kat rumah mak kat kampung maybe ada
ReplyDeletekat kampung banyak kan pokok2 ati2 ni :)
DeleteKak dari berpuluh jenis dah tinggal 3 jenis lagi ja. Habis pupus. Tu la kalau lambat replant.
ReplyDeletealahai sayang juga kan kak Mala :)
Deletekalau akak datang rumah mak dana mesti akak suka, umah mak ada macam-macam jenis ati-ati lebih 7 ke 10 jenis rasanya, ati-ati dan puding, memang pokok feveret dia
ReplyDeleteallahu seronoknya Dana :)
DeleteCANTIK ATI2 DAUN PELBAGAI BENTUK N WARNA
ReplyDeletesekarang ni macam2 jenis kan PI depa kacuk2kan
DeleteColorful menambah ceria dan seri halaman rumah
ReplyDeletemudah nak tanam ni mrs A :)
Deletecantik pokok ati ati nie.:)
ReplyDeletecantik ceria warna2nya :)
DeleteDulu rumah kat kampung banyak pokok ni. Sekarang dah takde dah...
ReplyDeletehaah pokok kampung ni Cik Pya :)
Delete