Menu-menu Pantai Timur ni dah sebati sangat dengan selera kami sekeluarga. Maklumlah suami berasal dari Kelantan, jiran pula orang Kelantan yang selalu jamu kami makanan Pantai Timur. Anak-anak pun suka makan nasi kerabu, nasi dagang, laksam dan sebagainya. Kalau kena dengan masakannya memang sedap menu Pantai Timur ni. Suami pun sekali sekala akan ajak makan masakan Kelantan dan Trengganu bila ada tempat yang sedap dan baharu, kami akan pii cuba. 


nasi kukus ulek mayang - set ayam cincang 


Selasa lepas, cadang nak ke Ikea beli perabot makeover bilik tidur utama. Kami plan nak makan siap-siap sebelum ke sana. Bukan apa senang sebab restoran di Ikea sekarang ni pun terhad bilangan pengunjung, kalau dah full kena tunggu dalam setengah jam baru boleh masuk pula. Jadi baik kami brunch awal-awal, senang kan. Suami ajak try makan kat restoran yang sebelum ni dah viral kat FB. Terletak di belakang restoran Ali Maju di sekitar Tesco, Rawang sahaja. Nama restorannya Nasi Kukus Ulek Mayang. 


Nasi Kukus Ulek Mayang, Rawang

Nasi Kukus Ulek Mayang, Rawang




Cadangnya nak makan sarapan sahaja lah sebab masih awal sekitar jam 11 pagi. Tapi bila sampai tak ada pula menu sarapan. Yang ada menu nasi kukus. Tempat pun masih tak ramai orang, selesa sikit rasa nak makan. Pasca Covid ni nak makan pun kena pilih tempat ye tak, tak nak makan di tempat yang sesak, sempit bagai. Ana lebih suka menilih makan di ruang terbuka macam ni, pengudaraan yang baik. Lain lah kalau di mall, sebab di mall selalunya pekerja akan selalu sanitize tempat makan selepas di tinggalkan pelanggan. 

Menu nasi kukus yang ada korang boleh pilih sama ada nak makan dengan ikan keli goreng, ayam cincang, ayam dara, ayam berempah atau pun dengan burung puyuh. Harga ikut set antara RM5.50 hingga RM7.50 sahaja. Murah kan.




Suami pilih nasi kukus dengan ikan keli dan ana nak cuba nasi kukus ayam cincang sahaja pagi tu. Set nasi kukus nya datang dengan kuah kari, sayur taugeh , ulam timun dan sambal. Sambal dia sedap, macam rasa sambal gesek tapi tak kuat pula rasa belacannya. Tapi sedap tak terlalu pedas dan sesedap rasa lah pada selera ana. Berbaloi pada harga untuk seorang makan , sekarang ni mana nak dapat nasi campur pada harga bawah RM7. Jadi set nasi kukus ayam cincang dan ikan keli ni cuma RM5.50 cukup berbaloi pada ana. 


nasi kukus ulek mayang - set ikan keli

Minuman pun ada pelbagai pilihan, kami minum teh madu dan kopi o sahaja dengan air suam. Dah tahu dah minuman orang pantai timur ni mesti kaw manis punya, jadi siap-siap lah order air suam, hehe :) 




Kami juga try makan sosej bakar dan lokcing . Lama dah tak makan lokcing ni kan. Lokcing ni macam keropok lekor juga cuma di saiz kecil-kecil dan bulat-bulat yang di cucuk pada lidi dan di bakar. Rasa lebih kurang rasa keropok lekor sahaja. Sepuluh cucuk lokcing ni berharga RM3 dan sosej jumbo bakar perisa tomyam tu pun secucuk RM3 . Sedap makan panas-panas dengan sos colek. Sos colek pantai timur ni memang sedap bukan macam sos cili biasa ada rasa manis pedasnya. Kena cuba sendiri baharu boleh tahu.




Istimewanya restoran Ulek Mayang ni ,kalau korang orang pantai timur rindu pelbagai menu makanan Kelantan dan Trengganu ada dijual disini. Antara nya ada keropok Kuala Besut, jeruk bawang putih, sata dan sebagainya. Tak perlu nak pi jauh-jauh, orang-orang Kelantan, Trengganu yang tinggal di sekitar Rawang ni boleh lah datang sini sahaja . 




jeruk bawang putih 

Ana tak pernah lagi merasai jeruk bawang putih ni, harganya RM5 sepeket. Nak juga try tapi suami tak bagi pula, rasa bawang je katanya. Nanti beli tak habis makan rugi pula, kalau boleh beli sikit sekadar nak rasa okay lah kan. Lagipun tak tahu nak makan ni dengan apa, dengan nasi kerabu sedap kut ye ?



Haa! Orang-orang pantai timur sekitar Rawang ni, boleh lah try ke restoran Nasi Kukus Ulek Mayang. Cuba lah waze sahaja atau senang sangat belakang Ali Maju The Reef sebelah Tesco Rawang tu sahaja lokasinya. Delivery dengan Food Panda pun boleh rasanya sebab ana ada ternampak sticker Food Panda kat situ. 

18 Comments

  1. Nak menyelit gak di Restoran Ulek Mayang tu... order nasi kukus dengan nurung puyuh hihihiiii!

    ReplyDelete
  2. Kami yang orang Selatan pun suka nasi kerabu kak.Hehehehe.Nasi kukus ni kadang lauknya ringkas je tapi sedap.

    ReplyDelete
  3. Baru tengok gambar dah nampak bestnya makanan2 tu

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. moh kita dekat je Kinah hehe pas tu pi dessert kat Mykori dekat situ je hehe :)

      Delete
  5. SEDAPNYA NAMPAK SEMUA..MAKANAN TGANU KELANTAN NI BANYAK PILIHANNYA

    ReplyDelete
  6. Dah viral pun harga masih murah.Bagus nya kedai ni.Makanan pun nampak sedap2..

    ReplyDelete
  7. Lama tak ke Rawang kalau ada rezeki kebetulan ke sana boleh singgah.

    ReplyDelete
  8. wow pilihan2 makanan dia sedapnya nampak..
    lama da x jenjalan ke area Rawang sana.. gempak2 makan..

    ReplyDelete