Semalam ana siapkan kerisik kelapa untuk bawa balik kampung sempena sambutan Aidil Adha dua tiga hari lagi.  Senang nanti dah buat siap-siap awal ringan satu kerja dah kan. Kalau tak kena berdiri tepi kuali goreng kerisik sampai berpeluh hehe. 

Hari ni ana nak share dengan pengunjung blog,  cara ana buat kerisik kelapa. Alaa mesti ramai yang dah tahu pun tapi tak apa lah kita share juga mana tahu ada yang pertama kali nak try buat kan.  Kalau malas nak buat boleh je beli yang dah siap di kedai runcit tu. Cuma pernah terkena beli bila buka nak guna dah bau tengit.  Kira dah tak berapa elok lah kan.  Sebab tu ana lebih suka buat sendiri kerisik di rumah.  





Tips buat kerisik kelapa elok berminyak


1. Goreng atau sangai kelapa parut tanpa minyak di atas kuali. Kacau tanpa henti supaya tidak hangit. Api pun kena perlahan sahaja jangan guna api besar.  

2. Apabila dah masak keperangan tak perlu tunggu hitam, kalau hitam tu dah hangit kelapa nanti kerisik korang jadi pahit. 

3. Biarkan sejuk seketika baharu lah di blend menggunakan blender kering.  Blend sehingga ia benar-benar halus dan jadi pejal dan mengeluarkan minyak. 

4. Kerisik yang sempurna kejadiannya ada lah,  bila permukaan atas kerisik di lapisi minyak dari kelapa parut. 

5. Simpan kerisik dalam bekas bertutup dan ianya boleh tahan lama,  in shaa allah. 

Cuba naa.  Kerisik ni penting dalam menu masakan rendang. Kalau tak masukkan kerisik tak sempurnalah rendang kita.  

12 Comments