Sehingga ke hari ini, rakyat Malaysia masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau pun PKPP.  Agak membimbangkan juga bila hari demi hari terdapatnya beberapa kluster baharu jangkitan Covid19 di negara ini di mana sejak PKPP ni datangnya dari bawaan kes import. Lebih mengecewakan bila terdapatnya segelintir golongan yang wajib kuarantin diri di rumah tetapi tetap pentingkan diri sendiri dengan keluar berkeliaran di merata tempat dan akhirnya terjadi pula kluster jangkitan baharu di kalangan rakyat tempatan seperti yang terjadi di Kubang Pasu hari ini di mana kerana seorang yang melanggar peraturan, beberapa mukim telahpun kembali kepada PKP . 

Mulai 1 Ogos 2020 ni, kerajaan telah pun mengetatkan lagi akta pematuhan SOP PKPP dengan mewajibkan pemakaian pelitup muka di mana keengkaran pemakaian akan di saman mandatori RM1000 . Selain itu, setiap majlis atau premis perniagaan juga di wajibkan mengambil rekod kemasukan pelanggan dan pengunjung. Cara yang paling efisyen adalah dengan merekodkan data melalui aplikasi My Sejahtera yang telah di guna pakai di seluruh negara. 

Cara buat QR Code My Sejahtera


Cara buat QR Code My Sejahtera 


Hari ini ana nak berkongsi cara membuat atau mendapatkan QR Code My Sejahtera untuk merekodkan data pelanggan atau pengunjung ke premis perniagaan mahupun untuk yang bakal mengadakan majlis kenduri perkahwinan dan sebagainya. Mudah bila dah dapat QR Code My Sejahtera ni nanti, mereka yang hadir cuma perlu scan Check In melalui aplikasi My Sejahtera dan semua rekod data ada di simpan untuk rujukan akan datang. 

Cara buat Qr Code Check in MySejahtera


2. Masukkan No. Telefon, Tunggu sms OTP Verification, masukkan maklumat premis atau majlis anda. 




3. Klik submit

4. Anda akan menerima QR Code premis anda.  Bolehlah print dan tampal.

Setiap pelanggan dan pengunjung kini cuma perlu mempunyai aplikasi My Sejahtera dan boleh scan sahaja QR Code untuk merekodkan kemasukan data. Mudah dan selamat dari menulis secara manual di buku rekod kerana bimbang juga berkongsi pen dan menulis di buka berkemungkinan ada risiko jangkita. 

Apapun teruskanlah kawalan kendiri kita sendiri dan banyakkan berdoa agar pendamik ini akan segera berakhir meninggalkan bumi Allah swt supaya kita akan kembali kepada kehidupan yang normal. Aamiin. 

Rujukan dan sumber : https://www.pendidik2u.my/cara-buat-qr-code-mysejahtera-check-in/

10 Comments

  1. i dah buat..tapi bagus kak ana share ni. okay i belanja satu click hahaha

    ReplyDelete
  2. Naim pun dah install mysejahtera just scan qs code.. check in terus hheeh

    https://pemudattbc.blogspot.com/2020/08/mysejahtera-check-in.html

    ReplyDelete
  3. Tq for sharing. Belum memiliki My Sejahtera lagi ni...hihihii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena ada apps ni sekarang untuk masuk ke mana2 premis kan :)

      Delete