Kalau dahulu ketika ana masih di usia kanak-kanak dan remaja, setiap tahun pasti ibu saudara akan beli daun palas di pasar untuk buat ketupat menyambut hari raya. Kalau tak pun bapa saudara ana akan kayuh sampan dan cari di pesisir sungai daun palas ni, bawa balik , rendam dalam air dan jemur kering kemudian di anyam jadikan ketupat sajian wajib menyambut raya. Semua itu kini tinggal kenangan yang terpahat di ingatan selamanya. 

Kini jarang-jarang dah kami menganyam ketupat palas ni. Beberapa tahun kebelangan ni selepas ketiadaan we, wan Esah dan mak pun kian uzur, kami beli sahaja ketupat palas yang dah siap di masak. Tapi Alhamdulillah, ana masih ingat lagi cara-cara nak membungkus  ketupat daun palas ni, In Shaa Allah, satu hari nanti ana cadang nak buat sendiri ketupat daun palas mudah-mudahan anak-anak akan mewarisi caranya nanti. 

ketupat daun palas


Proses penyediaan ketupat daun palas 

Tak di nafikan membuat ketupat daun palas ni satu proses yang banyak juga. Mula-mula kena ada daun palas itu sendiri. Selalunya di jual di pasar Teluk Intan beberapa hari sebelum menyambut hari raya. Di jual dalam satu ikatan dan dalamnya beberapa pucuk daun palas yang belum kembang. Sekarang ni harga seikat tu dalam RM5 kalau tak silap, dah lama dah tak membelinya, kan.  

Bila dah ada daun palas ni, proses seterusnya adalah membuka daun palas tersebut dan kembangkannya. Masa ni selalunya mak saudara ana, we dan wan Esah akan melipat daun palas ni membentuk segitiga ketupat. Waktu ni agak kelakar juga lah sebab kalau silap lipatan, we akan marah kerana terbentuk menjadi ketupat betina katanya. Maksud ketupat betina tu adalah membentuk segitiga di bahagian bawah hujung yang seolah bentuk pakaian dalam wanita tu 😊😊 . Orang dulu-dulu agak prihatin lah benda-benda macam ni kan. Jadi ketupat yang elok adalah tidak ada lebihan bawah yang segitiga tesebut tetapi balutan segitiga penuh yang kemas. Lebih kurang macam tu lah kisahnya. 

kredit foto Lazada

Selesai proses membuat sarung ketupat bolehlah di simpan sehingga malam hari raya kita sambung proses mengisi dan merebus ketupat palas. Biasanya sarung ketupat ni di gantung sementara menunggu malam raya. Beras pulut akan di tanak dan disejukkan terlebih dahulu. Sarung ketupat tadi akan di buka semula balutannya dan diisi dengan pulut yang di tanak tadi, kemudian di balut semula membentuk ketupat palas tiga segi. Dah siap bungkus kemas dan di matikan di bahagian hujungnya dengan menyimpul ketat. 

Ketupat ini akan di panaskan pula di dalam kuali di bawah api yang perlahan sehingga kering. Sapukan minyak pada permukaan sarung ketupat dan esok pagi hari raya, boleh di potong di di makan dengan rendang. Begitulah proses membuat ketupat daun palas yang masih ana ingat. Berbeza kan dengan ketupat daun kelapa atau ketupat nasi, ketupat nasi kita anyam sarung, kemudian isi kan beras dan rebus, tapi daun palas isi kannya dengan pulut yang dah ditanak kemudian di panaskan di atas api semula. 

ketupat palas pulut hitam 

Sekarang ni ada pelbagai versi ketupat daun palas, ada yang dibuat dengan pulut hitam, ada yang di campur jagung dan sebagainya. Kalau sebelah mertua ana di Pantai Timur, ada yang campurkannya dengan kacang merah. Ikutlah tradisi masing-masing kan. Baru-baru ni adik ipar ana, Julia beli sahaja ketupat daun palas ni sepuluh biji dah siap masak. Berlainan saiz ada besar ada kecil saiznya hehe, ikut saiz daun palas tu lah. 

Apapun ia merupakan menu tradisional lama yang tak lengkap beraya tanpa nya. Kalau tak ada lemang, ketupat dan rendang ni macam tak raya je kan. Inilah antara menu warisan lama yang seharusnya kita pertahankan untuk santapan generasi akan datang supaya akan terus menjadi satu tradisi yang memeriahkan sambutan hari raya. Kalau bukan kita mengetengahkannya kepada anak-anak siapa lagi yang dapat kita harapkan , betul tak ? 

16 Comments

  1. Banyak kali belajar dari mil tak lepas lepas🤭🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha hat ni kak ana lepas dah ketupat nasi daun kelapa tu masih failed hehe :)

      Delete
  2. Nampak sedap tu Kak Ana...SA kurang sikit makan yg berasaskan pulut ni...x boleh..badan cepat masuk angin

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu SA,kak ana pun tak berapa tahan tapi kalau dapat tu lupa diri :)

      Delete
  3. Timm mmg tiap2 tahun wajib buat, timmlah org yg tlong balutnya. Kakak skrng pulk dah jdi pnjual ketupat daun plas, hihi. Xsemua pndai nk balut ketupat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah Tim betul tu tak ramai yang sanggup nak buat kan :)

      Delete
  4. teringat kampung suami.Kalau nak raya duduk ramai2 balut ketupat lepas tu menyembang la..hahaha.. Tapi sekarang tak de dah gitu.. mak mertua saya dah tak de..tak best dah.. Saya pun dah tak balik kedah bila raya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semuanya dah tinggal kenangan terindah kan D sama lah kak ana pun setiap tahun lain dah rasanya

      Delete
  5. ketupat ni dah hari2 biasa pun ada orang jual.

    ReplyDelete
  6. Bestnya kalau dapat makan sebiji ketupat daun palas. Di tempat kami tidak ada ketupat begini. Yang ada hanyalah buras, dan kelupis. Pernah kawan dari Kelantan bawakan kami ketupat daun palas. Ibunya yang kirim untuk kami. Berjenis-jenis dibawanya, ada yang manis, ada yang berisi serunding, dan ada yang berkacang.

    ReplyDelete
  7. Suka makan tapi tak pandai nak buat kerongsongnya tu kak Ana.Aduh.Hujungnya tempah atau beli yang dah siap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe rumit juga PC kalau ada jual tu beli je kan :)

      Delete
  8. Beautiful.
    www.rsrue.blogspot.com

    ReplyDelete