Nasi lemak sayur kangkung
Nasi lemak ni kesedapan dan keunikannya pada kak ana terletak pada rasa sambalnya lah kan. Ada orang suka makan nasi lemak dengan sambal kering, pedas dan ada pula macam kak ana suka yang basah-basah berkuah sikit dan tak pedas sangat sambalnya.
Ia sangat subjektif pada setiap orang. Lazimnya set nasi lemak akan datang bersama nasi lemak, sambal ada yang asing sambal basic sahaja dan ada yang sambal tumis ikan bilis, telur rebus, kacang tanah dan ulam timun. Itu selalunya kelaziman menu set nasi lemak.
![]() |
| nasi lemak sayur kangkung |
Nasi lemak sayur kangkung
Kalau zaman dahulu sekitar tahun 1980-an hingga awal 90-an nasi lemak memang begitulah sahaja yang di jual dan siap-siap bungkus dalam daun pisang serta surat khabar . Namun seiring peredaran masa nasi lemak laa nih di sajikan dengan pilihan pelbagai lauk dan sambal. Meriah dan menyelerakan sungguh.
Banyak pilihan lauk seperti rendang ayam, daging, sambal paru, sambal sotong, sambal udang, ayam masak merah, ayam berempah dan pelbagai lah. Malahan bukan sahaja menjadi jualan dan perniagaan orang Melayu, malah kaum Cina dan India pun dah ada menjual nasi lemak di pagi hari untuk pelanggan depa.
![]() |
| nasi lemak sambal kerang |
Kak ana nak kongsikan dengan ampa semua, suatu pagi tu kak ana pi sarapan nasi lemak di Kedai Atok Legacy , kat Kampung Melayu Rawang bersebelahan bangunan Giant . Meriah sungguh lah set nasi lemak kat sini.
Banyak pilihan lauk pauk, tapi kak ana dan suami pilih sambal kerang dan sambal sotong. Cuma set nasi lemak ni depa hidang sekali keropok sayur, sambal tumis, telur sebiji sama ada pilih nak telur goreng atau telur rebus, kacang tanah, hirisan timun, ikan bilis goreng dan yang paling unik pada kak ana, sayur kangkung tumis tu.
![]() |
| nasi lemak sambal sotong |
Meriah naa sepinggan nasi lemak dengan side dishes yang banyak macam ni. Harga kak ana tak ingat dah lah, tapi tidaklah over price , In Syaa Allah . Sebenarnya foto ni tersimpan dalam galeri lama juga dah, kisah tahun lepas dah ni 2025 :)
Korang yang tinggal di sekitar Rawang , Bukit Beruntung dan sebagainya boleh lah try sarapan pagi di Kedai Atok Legacy. Port lepak pun cantik dan bersih. Ia di buka untuk sarapan sahaja kalau tak silap kak ana. Kisahnya pernah dah kak ana terbitkan di SINI .



3 Comments
saya 1st time mkn nasi lemak sayur kangkung tu kat kedai mamak (area sri gombak). anyway nasi lemak adalah fav menu my family dan i biasanya masak nasi lemak once a week (weekend)
ReplyDeleteKalau ada kangkung memang cara orang Melaka. Memang suka ada kangkung.
ReplyDeleteMeriah bahan sampingan siap ada keropok sayur tu ya.
meriah lauk nasi lemak macam2 ada sedap tu
ReplyDelete