Hujung minggu lepas merupakan cuti panjang buat rakyat Malaysia meraikan sambutan Hari Kemerdekaan tanahair yang ke 63. Alhamdulillah, dah 63 tahun bumi bertuah ini mencapai kemerdekaannya. Banyak jasa dan pengorbanan datuk nenek kita dahulu dalam mencapai kemerdekaan yang harus kita kenangi untuk kita berada di sini sekarang. Cuma agak sedih kerana tahun ini kita tidak dapat meraikan sambutan kemerdekaan kerana masih dalam waktu-waktu pendamik Covid19.
Sana sini orang ramai mengambil kesempatan cuti panjang selama 3 hari ni untuk makan angin, bercuti ataupun balik ke kampung halaman masing-masing. Sana sini juga lah sesak dengan kenderaan dan kebanyakan tempat tumpuan pelancong ramai pengunjung. Bagi anak-anak yang bersekolah dan ibu bapa yang bekerja ini lah kesempatan yang ada ye tak. Oleh itu, cewahhh!! Kami bagi lah peluang pada mereka untuk keluar bercuti di lokasi-lokasi pelancongan dalam negara, kami yang dah tak ada anak sekolah dan suami ana pula masih banyak cuti tahun, lain kali lah kami bercuti.
Tapi kan tak lah bermakna kami duduk rumah sepanjang 3 hari ini, keluar lah juga cuma kami ke lokasi yang dekat-dekat je dengan rumah dan bukan tumpuan umum sangat. Ana ni masih belum begitu yakin bila berada di tempat-tempat sesak dan suami pula amatlah malas nak tempoh jem di jalan raya. Sudahnya kami makan angin di sekitar Kuala Selangor sahaja. Itupun selepas ana melihat posting dari adik blogger Fara Hanim ke KSCC ni . Haa!! Ana nak kongsikan pengalaman ana bersama keluarga di Kuala Selangor Cabin Camp yang terletak di Jeram. Tak sampai setengah jam dari lokasi kediaman kami ikut jalan belakang.
Kuala Selangor Cabin Camp
|
Kuala Selangor Cabin Camp |
Untuk direction datang ke sini susah juga nak cerita kan tapi mudah kalau korang menggunakan aplikasi waze sahaja. Taip kan Kuala Selangor Cabin Camp, sampai lah, In Shaa Allah. Mudah kalau korang ikut LATAR Highway tu sampai exit Ijok dan keluar tu trafik light belok ke kanan. KSCC ni terletak di dalam kampung di kawasan penanaman kelapa sawit.
KSCC ni merupakan sebuah camp side di mana terdapat kemudahan penginapan dalam pelbagai bentuk untuk di sewa dan melakukan aktiviti berkumpulan. Ada pelbagai jenis penginapan unik yang ada disini seperti penginapan di dalam bas, kabin, kapsul, chalet tiga segi dan yang menjadi tarikan utama adalah the hobbit stay kerana ia merupakan bilik ala-ala rumah dari adaptasi filem The Hobbit.
|
Hobbit Stay , Kuala Selangor Cabin Camp |
Namun ia juga di buka kepada lawatan harian umum dan di kenakan bayaran tiket masuk berharga RM10 dewasa dan kanak-kanak di bawah 3 tahun percuma . Harga tiket kanak-kanak ana tak pasti sebab kami masuk atas tiket dewasa bertiga sahaja tanpa Kak Long . Lain-lain kemudahan di dalam ni boleh sahaja di gunakan secara percuma, contohnya korang boleh sewa basikal dan kayuh dalam kawasan KSCC ni tapi cuma perlu letak deposit RM5 nanti pulang basikal depa return lah balik duit tu.
Puas juga Adik Ika kayuh basikal bergilir dengan ayahnya pusing kawasan. Kawasan dalam KSCC ni tak lah begitu luas dan pada ana berpadanlah dengan harga tiket masuk tu kan. Ada tarikan utama kat sini ialah mini petting zoo. Ada lah haiwan seperti burung, angsa, itik, kuda dua ekor, burung kasawari atau ostrich , arnab, kancil dan lain-lain lagi. Boleh masuk kandang arnab dan bermain dengan arnab-arnab comel.
Jangan lupa beli roti di kaunter tiket tu nanti boleh lah ajak anak-anak beri makan pada haiwan-haiwan ni. Tapi kan ana rasa haiwan kat sini dah kenyang kut sebab bersepah pula kepingan roti kat kuda tu tak di makan, hehe . Tak pun dia dah jemu makan roi kosong bak kata suami, kalau buh butter sedap la kut 😊😊
Selain dari berbasikal, ada juga aktiviti memanah kat dalam ni, dan ianya juga percuma sahaja. Suami tunjuk skill juga memanah petang tu walaupun tak lah terre mana pun, pertama kali dia try. Masa kami pii ni tak ramai orang jadi lega lah sikit dan lepas sahaja aktiviti-aktiviti kami terus sanitized tangan. Jadi jangan lupa bawa sanitizer naa kalau jenjalan ke mana sahaja di sepanjang waktu pendamik ni. Adalah tanggung-jawab kita sendiri dalam kawalan kendiri. Jaga juga penjarakkan fizikal dan wajib lah kan pakai facemask.
Sementara nak bergambar tu ana buka lah face mask kejap kasi tunjuk muka pas tu pakai balik bila berjalan dalam kawasan ni. Kat ana bergambar tu ada juga jualan pokok bunga. Murah lah juga harganya cuma ana dah ada kebanyakan pokok yang di jual jadi tak lah membeli apa-apa.
Di belakang ana tu adalah chalet tiga segi untuk penginapan dan di bawah ni pula jenis kapsul. Kalau korang nak menginap di sini carilah harga nya di page Kuala Selangor Cabin Camp ni kay. Ada je kat Facebook cara untuk hubungi mereka. Lupa pula kat pintu masuk tu ada juga kolam mandi kanak-kanak, kecil sahaja lah kolam nya untuk kanak-kanak sahaja sesuai. Tapi dari pengamatan ana ketika berada di sini, penginapan kat KSCC ni tandasnya kat luar kecuali Homestay dan Cabinstay. Ye lah kan dah chalet nya comel-comel sekadar tempat tidur sahaja lah dalam tu. Sebab itu ana rasa ia sesuai untuk tujuan ala-ala camp side sahaja.
Slide bawah ni untuk anak-anak berbasikal gelungsur turun. Adalah di pakaikan safety helmet dan basikal kanak-kanak ni pun di sediakan disini. Seronok juga tengok anak-anak gelungsur turun dengan basikal dari atas ke bawah. Kalau orang dewasa tu ana nampak depa naik troli tu tolak turun ke bawah. Segan lak nak ambil gambar orang kan.
Amacam best kan ? Okay lah tu untuk riadah bersama anak-anak kat sini. Kawasan ni pun macam baharu sahaja di usahakan dan ana lihat ada juga restoran makan kat bahagian depan sebelum pintu masuk. Jadi kalau korang ada yang nak stay di sini dan berminat dengan percutian ala-ala camp side ni boleh lah usyaa-usyaa dulu di FB Page Kuala Selangor Cabin Camp ni atau pun nak jenjalan day trip sahaja pun boleh je masuk dengan bayaran serendah RM10. Kemudahan surau juga ada kat sini jangan risau naa.
|
Kuala Selangor Cabin Camp |
Semoga KSCC akan terus berkembang maju di masa hadapan dalam menyediakan perkhidmatan percutian yang unik kepada pengunjung. Seronok juga sebenarnya sekali sekala masuk kampung macam ni selain dari lokasi pelancongan utama di serata negara. Semoga KSCC akan terus sukses, Aamiin, In Shaa Allah.
13 Comments
banyak juga aktiviti boleh buat kalau nak tidur semalam kat situ :) ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeleteseronok juga TS santai-santai petang dalam suasana kampung sekali sekala kan :)
DeleteWahhh baru tau dekat Malaysia pun ada hobbit stay gitu. Nak kena gi ni ngan fwens 😆
ReplyDeletehaa ada comel2 je hobbit stay ni boleh daytrip atau stay sini pun boleh Sarah :)
DeleteSaya ada survey juga untuk family gathering. Nasib tak pilih sini sebab tandas nya semua dekat luar ya? takut orang2 tua tak selesa tempat macam ni.
ReplyDeleteMaaf ye tak semua tandasnya di luar. Ada juga jenis penginapan tandas di dalam spt Honestay dan Cabinstay
Deleteada tandas dalam homestay tu rupanya Raihana , kak AJ pun tulis dari pandangan luar sahaja masa datang sini tak pasti sangat sebab nampak sederet tandas kat luar :)
DeleteTerima Kasih banyak Pn atas review tempat kami di KSCC. Cuma mohon betulkan sikit info ye. Tak semua jenis penginapan kami yg tandasnya di kuar... Ada banyak juga penginapan kami yg tandasnya di dalam spt di Homestay dan Cabinstay
ReplyDeletesaya dah perbetulkan di entri , terima kasih atas penerangan tuan.
DeleteAda Hobbit Stay di Jeram ke... alahai, dah tak tahu perkembangan di tempat sendiri. Tak sabar balik kampung hujung tahun ni! Boleh jalan-jalan ke situ.
ReplyDeleteowh kampung Amie ye, nanti boleh lah pii sini dekat je kan :)
DeleteMenarik tempat ni kalau nak buat reunion gang sekolah.
ReplyDeleteCabin yang comel macam rumah Hobbit heheheee...
haah nak buat RU atau gathering sesuai kan Mrs A :)
Delete