Kuih siput ? Pernah dengar tak kuih siput atau pernah rasa ke tidak ? Kuih siput ni salah satu kuih tradisional dedulu juga lah. Ianya bukanlah sejenis kuih atau biskut tapi lebih ke pada kudapan sama group dengan muruku and the gang. Sejenis kudapan gorengan yang lagut kalau makan tak sedar tau-tau habis sebalang. Dulu-dulu ada juga yang jadikannya salah satu sajian kuih raya atas meja. Masa ana kecil-kecil pernah juga mak saudara ana buat kuih siput ni sebagai kuih raya. 

Sebenarnya kan... suami dah lama dah cakap nak makan kuih siput ni, seingat ana dari masa PKP dulu masa dia cuti duk rumah tu. Suami kata dulu-dulu arwah mak mertua ana rajin buat kuih siput. Allahu.. teringat air tangan mak ni boleh buat sedih kan, rindu yang tak berpenghujung. Ana dah lama juga lah beli acuan tenyeh kuih siput di kedai bakeri. Buatnya yang belum. Tapi minggu lepas, akhirnya terhasillah juga kuih siput. Sedap rangup sangat resepi yang ana guna pakai ni. Tak ingat ambil dari blog mana sebab ana screen capture resepi simpan dalam galeri dan masa nak buat ana ikut sahaja cuma ana adjust kuantiti bahan kerana tak buat banyak. 


resepi kuih siput


Resepi dan cara buat kuih siput 

Bahan-bahan untuk kuih siput 

Acuan kuih siput ( kalau tanpa acuan ni tak jadi bentuk siput kita nanti )
Minyak untuk menggoreng
Daun kari 
Tepung gandum ( ana guna dalam 500g - ikut banyak mana yang korang nak buat ) 
4 sudu makan Mentega ( cairkan ) 
1 sudu makan serbuk kari daging

Bahan-bahan kisar : 

2 sudu teh jintan ( ana guna jintan putih ) 
200 g udang kering atau udang kepal 
5 tangkai cili kering ( boleh tambah atau kurang ikut kepedasan masing-masing )
1 biji bawang  merah 
2 ulas bawang putih 



resepi kuih siput
acuan kuih siput 
 

Cara buat kuih siput 

1. Sangai udang kering hingga garing .

2. Blend bahan-bahan bawang putih , bawang merah, jintan, udang kering, cili kering tanpa air. Guna blender kering sahaja. Korang boleh tengok dalam video di bawah ni: 





3. Cairkan mentega .

4. Adunkan tepung gandum, secubit garam, rempah kari dan bahan yang di blend. Masukkan mentega cair dan adun jadikan  doh. Campurkan air sedikit demi sedikit hingga doh tidak melekat pada jari. 

5. Gunakan acuan kuih siput dan tenyeh kan sahaja adunan membentuk seperti siput kecil. Cara nya ada dalam video di atas. 

6. Buat hingga selesai dan bolehlah panas kan minyak untuk menggoreng.

7. Gorengkan daun kari terlebih dahulu dan masukkan lah siput-siput ke dalam minyak panas, tapi api biar kecil supaya tak garing sangat. Kacau selalu dalam kuali supaya masak sekata.

8. Angkat dan toskan. Sejukkan seketika sebelum simpan dalam bekas kedap udara. 

Memang sedap resepi ni, ianya lembut tapi rangup. Ana pun tak letak banyak cili kering sebab ana tak suka terlalu pedas. Semua adunan ni korang boleh adjust sahaja kuantitinya mengikut citarasa masing-masing, cuma pastikan bahan nya tak berubah sudah lah kan. Selamat mencuba satu lagi resepi warisan lama. 


6 Comments

  1. sedapnya kuih siput. mama pernah buat dgn arwah mak aje dulu

    ReplyDelete
  2. suka makan...selalu ibu buat, nak try gak nanti...dapp kudap2

    ReplyDelete
  3. sedapnya siap ada udang tu kak, dana suka kuih siput yang ada rempah sikit... dan yang rupa mcm akak ni, tak berapa suka kuih siput yang jenis gebus tak best, nk yg ranggup gini... lama tak buat, buat masa puasa je aritu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang garing ye dana suka, kak ana suka lembut2 senang kunyah hehe :)

      Delete