Sambil membaca analisis dan statistik harian kes pendamik Covid19 ana terjumpa perkongsian dari page Kementerian Kesihatan mengenai Apa Yang TIDAK di benarkan dalam penulisan dan iklan produk kesihatan di Malaysia. Sebagai salah seorang blogger yang juga banyak menulis review pelbagai produk , ana wajib tahu apa yang salah dalam content kita menulis review dan iklan di social media. Banyak kesannya dari terbitan tulisan kita sebagai influencers dan juga KOL ini. Sedikit sebanyak memberikan pengaruh kepada follower dan friendlist jadi wajarlah kita bertanggung jawab di atas setiap apa yang kita  tulis dan terbit kan. Banyak yang perlu di jaga dengan content, isu, aib dan sebagainya kerana selain boleh berhadapan dengan kes saman menyaman urusan dunia, lebih bimbang dengan urusan akhirat yang walau sebesar zarah sekali pun tidak akan terlepas timbangannya. 

Panduan Bagi Pengiklanan Produk Kesihatan 





Lazimnya blogger dan infuencers ini di bayar untuk review produk dan apa sahaja kandungan yang kita terbitkan itu adalah untuk membantu memberi penerangan mengenai produk dan kebaikannya atau dalam istilah medianya di panggil product awareness , dengan makna lain melalui kita lah sesuatu produk atau kempen akan sampai pengetahuannya pada followers dan boleh di capai di internet. Oleh itu adalah tanggung jawab kita sebagai penulis untuk tahu apa yang boleh dan tidak boleh di terbitkan khasnya dalam pengiklanan dan review produk kesihatan. Ana sendiri kini lebih berhati-hati dan sebolehnya tidak lagi mahu mengambil review produk-produk yang di ragui kesahihannya. Hari demi hari kita belajar dari perjalanan kehidupan ini agar menjadi insan yang yang lebih baik dan bermanfaat dari sebelumnya. Jom kita lihat panduan yang di keluarkan oleh KKM dalam isu ini sebagai panduan bersama.  Maklumat lanjut sila layari https://www.pharmacy.gov.my



Panduan Bagi Pengiklanan Produk Kesihatan


Walaupun panduan di atas di tulis untuk golongan selebriti namun secara tidak langsung ia berkait rapat dengan kita blogger yang turut sama terlibat dalam menulis dan menerbitkan review sama ada berbayar atau pun gift review sekali pun. Perlu kita ambil tahu apa yang boleh dan di larang dalam setiap penerbitan dan tulisan mahupun secara visual. 




Definasi iklan produk kesihatan adalah tertakluk kepada akta ubat iklan dan penjualan 1956 jadi wajar kita ambil tahu agar tidak menyalahi undang-undang sedia ada. 


Panduan Bagi Pengiklanan Produk Kesihatan


Kita adalah di LARANG sama sekali untuk menulis dan bercerita berkaitan dengan 20 jenis penyakit yang di nyata kan di atas. Iklan -iklan perlu mendapatkan kelulusan LIU bagi tujuan rawatan , pencegahan penyakit/keadaan tubuh badan manusia selain dari 20 jenis penyakit yang di senaraikan di atas, jadi hati-hati naa . 


Panduan Bagi Pengiklanan Produk Kesihatan


Panduan Bagi Pengiklanan Produk Kesihatan



Rujuk dan bacalah 13 panduan yang di terbitkan dalam infografik di atas sebagai langkah keselamatan kita dan rasa tanggung jawab kita dalam menulis review atau iklan. Jelas dalam prasa pertama apa yang penting adalah pengkelasan pendaftaran dengan KKM sama ada ialah di bawah penlebalan ubat ( MAL ) atau pun kosmetik ( NOT ) . Hati-hati dalam penulisan review supaya tidak ter over claimed untuk sesuatu produk. Kesalahan di bawah Akta berkenaan membolehkan kita di denda  atau di penjarakan. 


 Sama-sama lah kita berpesan-pesan supaya setiap apa sahaja yang kita terbitan , tulis kan atau video kan adalah tidak melanggar mana-mana peraturan dunia lebih-lebih lagi akhirat kerana setiap yang menjadi rezeki itu ada audit pahala dan dosanya. Kita bukan insan yang sentiasa baik namun pasti akan sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik hari demi hari berbaki pinjaman usia ini. 

( Boleh klik pada foto untu besarkan

20 Comments

  1. Selalu juga jumpa produk itu kata boleh turunkan darah tinggi.
    Memang kadang kita tertarik produk sebab beri keyakinan untuk selesaikan masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah NA, sebenarnya dalam pengiklanan produk kesihatan ni ada yang di larang dan menyalahi undang-undang

      Delete
  2. Ada etika tertentu yang perlu dipatuhi dalam penulisan review dan iklan produk kesihatan.

    ReplyDelete
  3. Bagus ada larangan/panduan, sebab yang terkena kesan mudarat iklan yang salah adalah masyarakat umum.

    ReplyDelete
  4. perkongsian info yang cukup berguna. Tq kakak :))

    ReplyDelete
  5. saya memang tolak apa saja review ubat ubatan dan skincare. Dulu pilih2 jugak.Sekarang tak mau dah.

    Saya pernah terima satu produk ni. Produk ni ada jual kat drugstore. Tapi ada pulak yang kata, " saya punya produk kak diana tak nak review. Ni ada je review produk kesihatan "

    sejak tu terus tak ambik langsung.Senang hati rasa. Hhahaha.

    malas nak menjawab satu2 kat penjual produk ni kenapa kita tak boleh review produk diaorang.Diaorang susah nak terima kalau kita kata produk diaorang overclaim dan sebagainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana skincare kalau yang ada di jual farmasi atau ada not KKM masih buat, cuma jaga dalam review agar kita tak terlibat over claimed . Cuma produk kesihatan ni tak buat dah.

      Delete
  6. betul kak, jgn sebuat diagnose...kalau mcm mengawal tu mungkin, kalau overclaim mmg bahaya la cite dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Sally banyak yang perlu kita jaga dalam terbitan ni :)

      Delete
  7. Perlu berhati-hati dan perlu juga tahu etika mana boleh dan mana yang tidak.

    ReplyDelete
  8. mmg kerajaan strict sikit bab iklan produk mcm ni. tq kak for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mama sebab bimbang pembaca terpengaruh dengan iklan yang tidak tepat dan boleh memudaratkan kesihatan :)

      Delete