Laksam ni ada panggil laksa lemak kan, tapi belah mertua ana orang Kelantan depa panggil lakse' cuma dalam bahasa penulisan ni di sebut laksam. Ikut lah janji rasanya sama ye tak :) . Sebagai orang Perak jati sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur selepas habis belajar memang tak pernah kenal pun laksam ni. Bila dah duk KL kata orang, macam-macam menu seluruh negara kita boleh nikmati kan. Tambah lagi bertemu jodoh dengan orang Kelantan, menu laksam ni wajib lah di makan. Arwah mak mertua dan kak ipar rajin buat masa raya atau pun saja-saja buat makan-makan. 

Selalu kalau di rumah ni ana beli sahaja laksam untuk makan, ini kali kedua atau ketiga yang ana buat sendiri di rumah. Laksam ni kuahnya tak lah susah nak buat, lebih kurang laksa utara juga isi ikan dan bahan lain cuma ia menggunakan santan pekat dan lada hitam. Kalau belah utara kami buat asam rebus je kuah laksa. 


resepi dan cara masak laksam kelantan


Kegigihan amat diperlukan untuk membuat laksamnya. Home made laksam ni kena buat selapis demi selapis di kukus dan di gulung kemudiannya di potong-potong. Hat ni laksam original lah kan, kalau malas boleh je gantikannya dengan laksa ready made tu atau ada orang gantikannya dengan kuewtiau. Cuma kalau ana lebih suka lah buat sendiri laksam ni kalau dah hajat nak masak laksam, barulah complete. 

Korang boleh tonton resepi dan cara buat laksam di video di bawah ni : 



Resepi dan cara masak laksam 



resepi dan cara buat laksam

Mula-mula kita sediakan resepi kuah laksam atau laksa lemak ni terlebih dahulu . 


Bahan yang ana gunakan:

Ikan sardin (bukan sardin tin tu ye) dalam 1/2 kg ( rebus dan buang tulang kemudian blend)
bawang merah (1 labu yang besar)
bawang putih ( 2 ulas)
halia ( 1/2 inci )
lada hitam ( ikut rasa)
santan pekat ( ikut lah nak banyak mana kuahnya, ana guna dalam 1 mangkuk sederhana)
sedikit air untuk mengurangkan kepekatan
asam keping ( 2 atau 3 keping)

-tumbuk lumat bawang merah,bawang putih dan halia serta lada hitam
-campurkan semua bahan ke dalam periuk dan didihkan sambil mengacau perlahan-lahan.
-masukkan garam dan ubahsuaikan kepekatan kuahnya mengikut selera masing-masing.


resepi dan cara buat laksam

Untuk membuat kepingan laksam nya pula , ana gunakan 2 cawan tepung beras, 3 cawan air dan secubit garam.Gaul rata bahan hingga sebati dan bolehlah mula mengukus selapis demi selapis seperti dalam video di atas. Panaskan kukus hingga air mendidih, sapukan minyak pada pinggan rata atau tudung periuk, tuangkan satu senduk adunan laksam tadi dan masukkan ke dalam kukus. Kukus dalam 1 minit dah keras, angkat dan gulung. Pastikan guna dua pinggan supaya senang satu turun satu naik adunan laksam kita tadi. Nak gulung pun kena sejuk kejap kalau tak patah nanti. Jangan terlalu tebal atau terlalu nipis adunan laksam tu,kay. 


gambar dari entri lama home made laksa by AJ 


Laksam ni lengkap di makan bersama ulam-ulaman. Ana suka letakkan banyak ulam bila makan laksam di rumah ni baru puas kan. Ana letakkan kacang panjang, timun, taugeh ,kalau ada daun kesum atau bunga kantan pun sedap. Oleh kerana laksam ni tak pedas dan lemak sahaja, tambah sedap di makan bersama cili api di tumbuh bersama garam dan cuka atau pun untuk kali ini ana makan dengan sambal cili merah di campur belacan sahaja. Bagi yang pertama kali nak try masak laksam di rumah dan buat sendiri laksamnya boleh lah rujuk terbitan ana ni , semoga bermanfaat, In Shaa Allah. 

23 Comments

  1. sedapnya! rasa nak beli lah esok

    ReplyDelete
  2. wow laksam! lama shida x pekena laksam ni..sedap :p

    ReplyDelete
  3. Sedapnya lakse. Seronok buat laksamnya tu... cantik jew gulungannya kalau menjadi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Amie, dia tak boleh nipis sangat atau tebal sangat nanti gulung pecah :)

      Delete
  4. Sedap laksam.. tepung beras tu kne guna jenama apa ya ana nk bg cntik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tepung beras biasa je Syikin beli kat pasar raya :)

      Delete
  5. Jarang2 makan laksam ni
    sebab lebih minat laksa

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun jarang wak sekali sekala je sama lah lebih suka laksa utara :)

      Delete
  6. Saya buat kuah laksam tak taruk bawang putih dan halia sebab tak suka rasa dia, cuma guna bawang dan lada hitam, cuma masa rebus ikan tu mak ajar letak daun lengkuas, kalau adalah supaya hilang hanyir ikan.
    Apapun makanan belah pantai timur memang thorrrbaikkk kan kak ana😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh macam tu bersi azimah ye, betul tu kita olahkan sahaja ikut citarasa masing-masing ye dak, ehem ehem azimah ore kelate' ye :)

      Delete
  7. laksam homemade terbaiklah terliur mandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila sampai mood rajin tu PI menjadi lah hehe :)

      Delete
  8. ini resepi istimewa buka puasa dan menu raya haji kat rumah mak saya kat pahang. tapi saya tak reti buat. tolong kukus tepung dan gulung boleh la

    ReplyDelete
    Replies
    1. kukus dan gulung tu yang tak larat Yan, berpeluh hadap api hehe :)

      Delete
  9. saya pun sejak duduk Jb baru kenal laksam. Dulu tau laksa je.

    Pernah makan yang guna kuetiaw. Tak sedap macam guna tepung kukus tu. Dia nak kena mengukus juga baru syok..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan D , dah kita orang utara membesar dengan laksa je lah :)

      Delete
  10. mama suka laksam tapi tak pernah masak sendiri

    ReplyDelete
  11. ore klate mmg fav menu laksam ni...slalu mak buat..anknya tau mkn je

    ReplyDelete