Resepi kerabu meggi Thai menambat selera
Selalu kami memang suka beli kerabu meggi dari kedai tomyam kalau tekak kurang selera nak makan. Bukan apa, rasanya yang masam-masam pedas tu cukup sedap bila tekak hilang selera makan ni. Ana agak kurang makan mee segera , sekali sekala tu boleh lah juga walaupun rumah ni memang ada pelbagai stok mee segera yang di sponsor. Kalau mee segera goreng tu boleh lah lagi terima kalau jenis yang berkuah tu macam tak boleh sangat dengan tekak. Faktor usia dah tu.
Dua tiga hari lepas, anak-anak mengidam nak makan kerabu meggi ni. Selalu kami beli di kedai tomyam Aliya , tukang masaknya orang Thai memang sedap kerabu meggi kedai ini. Tapi sejak PKP hari tu sampai hari ni belum lagi buka kedai tomyam ni, mungkin pekerjanya masih terperangkap di negara asal dan belum boleh rentas negara, agaknya. Banyak kedai tomyam Thai yang menghadapi masalah macam ni kan.
Sebab anak-anak dah mengidam tu, ana kirim kan pada suami belikan meggi Thai di restoran Kelantan area sini. Meggi tomyam Thai ni banyak di jual di kedai-kedai makanan Kelantan. Kalau di pasaraya atau kedai Acheh ana tak pernah jumpa lagi. Belajar dari video resepi Khairulaming, maka terhasillah kerabu meggi Thai kami. Alhamdulillah.. sedap dan sama rasa macam yang beli di kedai tomyam. Jom ana kongsikan dengan korang yang nak cuba buat sendiri kerabu meggi ala Thai di rumah.
30 Comments
Sedap juga ni. Sekali sekala tukar selera kalau jemu mkan nasi. Thanks share resepi kak ana
ReplyDeletesedap Sal masam-masam pedas giuew
Deletelama da asben aida x buat.
ReplyDeletehi hi hi dia tukang buat, AJ, sebab biasa buat kat ofis dia.
ada ofisment kelate, so kat rumah, aida minta asben le yg membuatnya.
lebih cili padi. masak. best nyer makan gitu aje.
kan meggi ni kat kelantan senang dapat dari Thai agaknya
Deletemandang saja dh terliur sedap sgt tu
ReplyDeletehehe try pula PI :)
DeleteErmmm, dapnya nampak. Pakai perencah tomyam adabi boleh juga kot..hihi
ReplyDeleteboleh lah kut tapi meggi siam ni dia kurus2 tak kembang bila rebus :)
Deletesedap nya kak ana. kecur air liur. hehehe
ReplyDeletebuat je Leyla :)
Deletesedapnya kerabu maggi kak ana ni! Kalau makan dekat kedai tak puas sebab sikit, kalau buat sendiri confirm sedap sebab bahan pun fresh dan selambak hehehe
ReplyDeleteFarhana Jafri
haah kan FJ buat sendiri buh je bahan-bahan banyak mana pun )
Deletemudah buatnya rasa nya pun ummmmphhh
ReplyDeletekan Dana :)
Deleteselalu nieyl beli je kak ana,xpenah lagi buat sendiri....
ReplyDeleteini nampak senang je buatnya...
try buat pula nieyl :)
DeleteUish terliur pulak tengok. haha. Apa kaitan angka 10 dengan anda? Saya ada buat segmen. Jemput join.. http://www.aimisyahirah.com/2020/10/segmen-10-blogger-terpantas-by-misya.html If tak dapat jadi yang terpantas masih ada peluang dapat hadiah misteri. :)
ReplyDeletetq Misya :)
Deletesedapnya! nampak akak buat macam senang je, saya buat belum tentu jadi ni hahaha
ReplyDeletebuat jer syaz :)
Deletesedapnya .. menitik air liur
ReplyDeletejom buat kerabu meggi Raz :)
DeleteKalau ada ekspo makanan Thai mesti akan cari kerabu maggie ni.
ReplyDeletekedai tomyam pun banyakkan AI :)
DeleteSamalah Kak kalau saya yang Maggi berkuah kurang sikit, ngap yang jenis kering ala goreng je. Terima Kasih kongsi resepi hasil kaji selidik Kak.
ReplyDeletehehe boleh lah cuba ni TK :)
Deletelama tk buat kerabu maggi ni..aritu blk klate ada beli maggi thai ni...tp tk buat2 lg
ReplyDeletebuat mama dah ada meggi nya senang sangat kan :)
DeleteNampak sedap ni. Boleh la cuba buat ni nanti
ReplyDeletecuba lah TK senang bangat kan :)
Delete