Terkurung di rumah dah nak masuk dua bulan sejak pkpb ni . Lemas sangat dah rasanya, kadang-kadang stress juga . Jemu dan tak dapat  ke mana-mana. Aktiviti harian yang sama berulang setiap hari. Apapun masih bersyukur kerana masih punya ruang untuk beriadah bersama keluarga. Laman hadapan bertanah dan kami hias dengan pokok-pokok berbunga. Di ruang pakir pula, bersusun pokok-pokok hiasan hijau dan di belakang rumah ada lah sekangkang kera kami tanam sayuran dan tumbuhan herba. Syukur sangat kalau di bandingkan dengan mereka yang tinggal di unit kediaman bertingkat , lagilah terhad pergerakannya. Apapun sama-sama kita reda dan sabar ye. 


bunga rose jepun


Hari-hari menghadap pokok yang sama pun dah naik jemu ada yang dah mati benih pun di laman luar rumah ni. Nasib baik lah juga di kawasan kediaman ana ni ada dua tiga nursery yang boleh pergi tanpa keluar daerah.  Salah satu yang sering ana pergi adalah ke nursery bunga Abang Isa, terletak di Sungai Bakau , bersebelahan Bandar Country Homes ni jer. Nursery ni Abang Isa dan isteri usahakan keliling rumah mereka jer. Murah-murah pula harga pokok-pokok jualannya. Dah dua kali juga sepanjang PKPB ni ana ke sini. Pertama tu beli pokok bunga raya, dan kali ini beli pokok ros jepun sahaja. 


bunga rose jepun


Sepasu ros jepun n cuma RM5 sahaja harganya, ana beli 5 pasu semuanya. Susun di atas rak besi di laman luar. Sebelum ni ada pokok ati-ati sahaja kat situ, kali ni nak ubah pandangan ana gantikannya dengan pokok ros jepun sahaja. Pokok ros jepun ni murah dan senang hidup, tak lah susah hati kalau tak menjadi. Tapi In Shaa Allah, pokok ros jepun senang sangat membiak. Ana cari juga ros jepun yang rare macam yang kat atas tu warna kuning belang-belang kan rare tu. 


ros jepun


Yang warna ungu ni selalu jumpa tapi sebab dah tak ada benih beli juga lah sepasu, pink sepasu dan kuning kosong tu sepasu. Haa.. bawa balik letak sahaja dalam rak bertingkat pemberian kak Gee jiran lama ana dahulu. Sebelum pindah kak Gee ada beri ana beberapa pokok bunga dan rak besi, jadi kenang-kenangan sangat sampai hari ini. 


ros jepun



ros jepun belang


ros jepun

Ana biarkan dahulu ia membiak dan berbunga , lepas ni boleh lah patah-patah kan batang lembutnya dan semai sebagai benih baharu. Teringat juga nak semai kan mak sepasu dua yang belang-belang tu, mak suka pokok ros jepun ni. Kalau di kampung memang merebak biak sesuka hati sahaja pokok ros jepun mak. Rindu pada mak, abah dan kampung halaman sesangat di dalam hati. Semoga pendamik ini akan segera berakhir dan kita akan kembali kepada kehidupan yang normal. Aamiin. 

10 Comments

  1. cantik dan segar2 semua :D
    Oh ya kak ana, saya dah emel akak :D

    ReplyDelete
  2. Cantik-cantik semua untuk hiburkan hati dengan keadaan PKPB ni.

    ReplyDelete
  3. Semua lawa2 . Pokok ni memang mudah biak , melalui keratan batang je . Letak bawah cahaya matahari nanti lgi lebat berbunga

    ReplyDelete
  4. Ana dah mula rasa jemu menghadap pokok, saya baru berkira-kira nak bermesra-mesra dengan pokok, nak tambah tanaman herba kononnya. Banyak yang dah mati spt pudina, selasih, kunyit, serai dll.

    ReplyDelete
  5. murahnya rm5 sepasu.. sisyat tengok kat nursery sini rm10.. sebab suka sangat juga dengan RJ ni, beli la jugak..hehe

    ReplyDelete
  6. Cantiknya yang corak belang2 tu, eiii geramnya rasa nak pi cari laa2 ni juga. Ros jepun ni mmg cantik kan ana, nak jaga pun mudah, sebab tu ramsi org suka tanam ros jepun ni.

    ReplyDelete
  7. cantiknya pokok ros jepun ni, memang rare color yg akak punya ni :)

    ReplyDelete
  8. cantik tanaman2 akak.. ni mak saya suka ni ros jepun. dia dok pulun nak breed bagi banyak hehe..

    ReplyDelete