Nampak gayanya dua bulan lah kami di Selangor ni akan menjalani pkpb untuk kali ini. Apapun ana yakin ianya sebagai salah satu usaha kita dalam mengurangkan rantaian pendamik dan berdoa agar ia nya akan pupus dari bumi Malaysia ini, Aamiin. Ramai antara kita yang di arahkan bekerja dari rumah. Dan terkini semua sekolah di tutup dan pembelajaran hanya di lakukan secara di dalam talian sahaja. 

Kalau ikutkan tepu juga fikiran dan emosi kita bila dah terlalu lama tidak keluar khasnya anak-anak. Anak-anak ana sendiri pun dah mula rasa bosan, macam-macam aktiviti kami lakukan bagi melekakan mereka setiap hari. Macam-macam resepi dah kami cuba bersama. Hinggakan dah penuh entri dengan resepi ye tak ? Jadi kali ini kami pakat deko-deko taman di laman rumah pula. Siang boleh lah kami nikmati keindahan bunga-bunga yang berwarna warni, malam nampak bosan pula kan, jadi kami usya-usya di Shopee nampaklah lampu solar untuk taman. Macam best je, jadi kami pun beli lah, lagi pun ianya murah jer.


lampu solar taman


Lampu solar taman 


Lampu-lampu ni kecil jer tau saiznya bukan besar, korang boleh tengok perbandingannya dengan saiz pasu bunga tu kan. Sekadar suka-suka sahaja untuk anak-anak lepak malam kat luar rumah. Padanlah dengan harganya, masa kami beli tu cuma RM4 sahaja satu unit. Ia menggunakan kuasa solar di mana siang ia akan cas melalui panel solar mini yang ada kat atas nya tu. Nanti malam, jangan lupa on kan suis nya dia nyala lah comel-comel gitu. 


lampu solar taman


Setakad entri ini di terbitkan dah sebulan lebih juga lah kami memasangnya, dan masih berfungsi dengan baik lah, cuma kalau siang tu mendung tak cukup cerah malamnya lampu nyala sekejap sahaja. Tak cukup cas agaknya ye. 


lampu solar taman


Malam pula kena tunggu betul-betul gelap baharu dia menyala dengan sendiri. Waktu Maghrib belum lagi nyala setakad ni, kan Maghrib kita awal waktu ni. Masih cerah lagi kan. Tunggu malam sikit baharu nampak cahaya nya. Ada dua pilihan jenis mentol sama ada warm ( cahaya kekuningan )  atau daylight ( cahaya kebiruan ). Mentol nya jenis LED . 


lampu solar taman

 Kami punya ni jenis daylight nampak lah silau kebiruannya. Ana beli 5 batang sahaja untuk sederet di laman kami yang kecil ni. Bila malam bercahaya lah juga. Pacakkan sahaja di dalam tanah. Nak pacak dalam pasu pun boleh je kut. Saja buat seronok-seronok. Bahagian kepalanya tu boleh tanggalkan kalau nak simpan, batangnya tu plastik jer. Setakad ni bila nak hujan ana cabutkan kepala lampu tu dan simpan, haha . Dah jadi satu kerja pula dah kan, takut kena hujan rosak. Siram pokok pun ana cabut juga, adoiyai, nasib baik lah laman sekangkang kera je , kalau tak kan jenuh. 


lampu taman solar


Kalau korang berminat nak beli kat Shopee ini ada ana sertakan link nya --> https://t.productlink.io/a072mwf  Boleh lah buat hiburkan anak-anak di rumah tu. Kalau balkoni korang ada pasu pun sesuai kan pacak kan dalam pasu belah atas tu gantungkan fairy lights, wahhh mesti meriah macam i-city dah jadi nya.