Resepi ni adik sepupu ana, Ija yang bagi. Nampak sedap je dia buat jual pagi-pagi kat kampung di gerai nasi lemaknya di Teluk Intan. Ija suruh kak ana nya cuba buat, senang sangat guna sukatan cawan dan blend je bahan-bahan. Apam pisang ni di masak dengan mengukus. Semangat dah nak mencuba resepi apam pisang ni, ke kedai Acheh la beli sesikat pisang. Kali ini tak ada pula pisang berangan atau pisang emas. Yang ada pisang montel je. Murah juga RM5.50 sekilo ambil sesikat cukup dah.
Petang tu dengan berpandukan resepi Ija dari kiriman whatsapp nya, terhasillah apam pisang. Naik gebu geban lembut je apam nya. Sedap kurang manis. Cuma lupa nak letakkan hirisan pisang di atas acuan. Tapi nampak pun dah kenal kan, kuih ni kuih apam pisang kan ada warna warni pisang dalam kuih tu. Jom ana kongsikan semula resepi apam pisang mudah ni kalau ada yang teringin nak mencuba. Resepi ni boleh dapat dalam 20 biji apam, ikut saiz masa isi adunan tu. Ana gunakan acuan kuih lompang kecil tu.
Resepi apam pisang gebu
Bahan-bahan apam pisang
1 cawan gula
1 cawan minyak
2 biji telur
3 titis cuka masakan
sedikit esen pisang ( jika tak letak pun okay jer )
- Dalam blender masukkan gula, minyak, telur , cuka, soda bikarbonat dan serbuk penaik. Blend sehingga kembang dan sebati.
- Masukkan pisang lenyet dan blend sekali lagi.
- Ayak tepung gandum dan masukkan adunan blend ke dalam tepung . Kaup balikkan adunan hingga sebati dan rehatkanlah dalam setengah jam sebelum mengukusnya.
- Selepas setengah jam, panas kan kukus. Gris kan acuan kuih lompang dengan minyak.
- Tuangkan adunan ke dalam acuan hingga 3/4 acuan sahaja.
- Kukus selama lebih kurang 20 minit.
- Dah masak sejukkan seketika baharulah keluarkan dari acuan.
Sedap dan In Shaa Allah gebu lembut hasil apam pisang kita nanti. Boleh simpan keesokkannya pun masih elok kami makan jadikan sarapan lebihan minum petang tu. Selamat mencuba naa.. Tutorial video boleh lah tonton di :
Segala yang terkandung di dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Butiran dan informasi yang tercatat adalah pada waktu dan tarikh entri di terbitkan. Perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan .
12 Comments
gebunya!
ReplyDeletehaah syaz elok gebu gebannya menjadi :)
DeleteNak buat juga lah ,stok pisang masak ada je di rumah akak ni.
ReplyDeletetry buat SI nanti share naa :)
DeleteGebus gebas nampak hasilnya tu kak ana. Mesti rasanya pun umph!
ReplyDeletealhamdulillah PH sedap lembut je apam pisang ni :)
Deletenampak cantik kejadiannya
ReplyDeletealhamdulillah wak sedap hehe :)
Deletewow betul2 nampak gebus tu.. makan time suam2 sedap tu..
ReplyDeletesedap CT cubalah naa :)
Deleteadudu gebu gebas apam pisang dia.. sedapnya makan time ujan cicah kopi o
ReplyDeletetry nanti mama sedap ni hehe :)
Delete