Kalau korang pengikut setia blog ana ni , pasti perasan kan ana memang selalu food hunt dan kemudian akan share semula dengan pembaca dan pencari info di internet. Kali ni sekali lagi nak kongsi dengan korang menu nasi kerabu. Selalunya ana pii makan nasi kerabu bila ada sahaja gerai atau restoran yang viral dan sedap pada selera kami, kali ni nak share dengan korang waktu-waktu pkpb ni masih boleh menikmati nasi kerabu yang unik dan pastinya sedap secara COD sahaja. Haa.. Kan mudah tak payah keluar , order sahaja sehari sebelum dan esoknya dapatlah korang makan nasi kerabu sedap versi Kelantan - Siam. 

Kenapa pula nasi kerabu ni di namakan nasi kerabu Kelantan - Siam ? Sebab nya ia adalah resepi asal bonda mereka yang menggunakan gabungan menu nasi kerabu Kelantan dan juga Siam. Air tangan bonda pastilah sedap dan asli gitue.. Orang lama katakan, banyak pengalaman hidup dalam resepi masakan menu tradisional. Teringin lah tu kan, tengok foto pun dah tahu sedap kan. Cuba zoom 😊😊




COD nasi kerabu Kelantan Siam 


Waktu-waktu pkpb ni pasti ramai di antara kita rindu akan masakan ibunda dari negeri kelahiran masing-masing. Kalau di rumah ni anak-anak ana memang penggemar nasi kerabu sesangat lah. Bila usya-usya di Instagram, terpandanglah akaun IG Nasi Kerabu KelSiam ni. Gambar-gambarnya menarik sungguh berselera pula nak mencubanya sendiri. Memandangkan kita sekarang tak boleh nak rentas merentas mujur ada COD yang boleh hantar ke rumah. Ana pun mencuba lah 3 menu istimewa dari Nasi Kerabu KelSiam ni iaitu Nasi kerabu ayam percik, ayam percik saiz besar dan set ayam black pepper. Kudapan pantai timur ni tak sah lah kalau tak ada keropok ikan. Jom kita tengok satu-satu set ni sedap ke idak ?? 


nasi kerabu kel-siam


Set pertama yang ana cuba dari Nasi Kerabu KelSiam ni ialah set nasi kerabu ayam percik nya lah iaitu signature dishes mereka. Ia datang dalam set tapau saiz besar dengan nasi putih tapi bukan nasi putih biasa ianya nasi putih beras basmati. Panjang-panjang saiz nasi nya yelah beras basmati kan. Semua bahan sampingan di bungkus berasingan jadi tak lah bercampur siap-siap dan boleh lah simpan lama sikit kalau nak makan kemudian. 

Set nasi kerabu percik KelSiam 


set nasi kerabu kelantan siam


Haa.. Nin diaa set nasi kerabu KelSiam yang ana terima. Macam yang ana cerita tadi ia datang dengan nasi putih beras basmati, kuah tumis, ulam-ulaman tengahari tu ada ulam kobis ungu, kacang panjang, bunga kantan dan daun ulam kesum kalau tak silap . Uniknya set nasi kerabu dari KelSiam ni ialah adanya dua jenis serunding. Ada diberikan serunding kelapa ( itu biasa kan kalau kita makan nasi kerabu ) dan yang istimewanya adalah serunding ikan tu. Allahu teringat serunding air tangan arwah mertua selalu buat serunding ikan untuk makan dengan nasi impit. 

Rupanya inilah keunikan pada nasi kerabu KelSiam ni di mana ia adalah gabungan nasi kerabu asli Kelantan dan di gabung dengan resepi dari Siam atau Thai. Paduu tuu. Set nasi kerabu KelSiam ni korang boleh pilih nak tambah lauk atau set biasa di datangkan dengan telur masin sahaja. Ana makan dengan ayam percik tu. Masyaa Allah sedap ya amat, korang. Cuba tengok kuah pada ayam percik tu pekat memikat lemak pedas secukup rasa. Sedak weii !! 


nasi kerabu KelSiam


Ayam percik tu di bungkus asing dengan nasi dan ada lagi di sertakan sos percik nya jadi nanti nak makan korang baharu lah buka setiap pek dan gaul sebati. Cara makan nasi kerabu ni kena gaul semua bahan, ulam, tumis, sambal dan serunding. Barulah ngam. Korang kena cuba memang sedap gabungan nasi kerabu ayam percik dari KelSiam ni. Special sangat lah pada ana sekeluarga. Set nasi kerabu dengan ayam percik ni cuma RM12 sahaja. 


Set nasi putih ayam percik XL ( saiz besar ) KelSiam



set nasi putih ayam percik


Kalau korang teringin nak makan ayam percik nya sahaja tapi tak suka makan dengan nasi kerabu, korang boleh lah pilih menu nasi putih ayam percik macam kat atas tu. Tapi ayam percik dia saiz XL tau, tengok lah tu potong 4 kalau tak silap saiz ayam percik tu. Masih sama datang dengan nasi putih beras basmati, ulam timun dan juga sambal. Ayam percik tu ada diserta sos perciknya secara berasingan nanti nak makan korang tuang aje sosnya. 

Bukan nak puji lebih lah tapi perapan dan sos ayam percik nya memang premium pada ana. Cukup rasa, ada lemak, pedas dan manis dan terasa perapan pada isi ayam. Makan dengan ulam timun kalau nak pedas, makan lah dengan sambal cili perah kan asam limau. Cuma sambal tu pedas juga pada ana yang pengidap gastrik ni, tapi anak-anak suka sambal tu sebab depa suka pedas. Set nasi putih ayam percik XL  dari KelSiam ni cuma RM 13.50 sahaja.

Set ayam black peper (XL) KelSiam 


set ayam black pepper KelSiam


Pada yang tak nak makan nasi pula, korang try la  set ayam black pepper ni pula. Sama gak saiz ayam tu XL potong 4 rasanya. Terasa perapan bahan black peppernya pada isi ayam yang di gril tu . Turut disertakan sos black pepper bersama ulam dan sos cili. Sos cili ni ana rasa macam sos cili Thai. Ayam black pepper ni kalau korang nak, boleh juga makan dengan set nasi kerabu cuma kalau dengan set nasi kerabu tu saiz kecil lah kan. Harga untuk set ayam blackpepper XL tanpa nasi ni ialah RM11

Keropok ikan KelSiam


keropok ikan gred A

Haa ni kudapan wajib kalau makan nasi kerabu kan, walaupun set nasi kerabu KelSiam ni ada dah di berikan keropok ikan, tapi kalau korang mengidam nak makan keropok ikan yang memang terasa ikannya ni korang pun boleh beli sebalang di KelSiam ni cuma berharga RM5 dah siap goreng, buka balang ngap je lah sampai licin. Kejap je habis uollss.. Benda sedap rangup dan krup krup macam ni tak sedar habis sebalang kan. 


nasi kerabu KelSiam

Baharulah ana tahu apa beza nasi kerabu Kelantan dan Siam terletak pada serunding yang digunakan. Serunding nasi kerabu Kelantan adalah gabungan kelapa dan ikan. Manakala, nasi kerabu Siam, serundingnya adalah ikan semata-mata gituew. Jadi set nasi kerabu KelSiam ni ada dua-dua serunding dan bila di gaul memang paduu. Jadi kalau korang mengidam dan rindu dengan nasi kerabu Kelantan atau nasi kerabu Siam, boleh lah singgah sekarang ke Instagram -->> Nasi Kerabu KelSiam pilihlah menu-menu yang ada di sana dan klik pada whatsapp link di bio. Tak pun save je nombor whatsapp Nasi Kerabu KelSiam ni di 017-6485538  

nasi kerabu KelSiam


6 Comments

  1. Sedapnya kak Ana..kecur tengok gambar

    ReplyDelete
  2. Wah sedapnye nasi kerabu tu, kami di Sabah time PKPB ni kalau ngidam kena buat sendiri. Kelapa kerisik home made payah sikit sebab semua pokok kat sini belum berbuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kalau dapat kerisik home made ni TK, tapi kalau tak ada tu guna juga lah yang di jual tu kan time2 pkpb ni :)

      Delete
  3. Wahhh menariknya. Ish terliur tengok. Sedapnya nasi kerabu. Lama tak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dekat area Eina boleh lah order untuk COD :)

      Delete