Agak putus asa juga dah nak bela pokok bunga ros sejak kebelakangan ni. Sejak pokok ros merah Cameron Highland, hadiah dari sepupu ana, Yop dan Kak Ita  mati . Kemudian ana tengok pokok ros pink dan kuning pun mengering sendiri dan terus pupus tak dapat di selamat . Rasanya lepas ni ana nak gantikan dengan koleksi pokok bunga raya sahaja lah. Pokok bunga raya ni tahan lasak dan bertahun dah dalam pasu, walaupun tak lah membesar pokoknya tapi sentiasa keluarkan bunga sepanjang tahun. Ini pun ana dah alihkan ke sebelah pagar yang direct kena matahari , lagi galak dia berbunga, Alhamdulillah.


bunga raya kuning


Cumanya bunga-bunga raya ni jarang yang kembang serentak di laman. Lagipun ia hanya bertahan 24 jam sahaja setiap kali mekar, kemudian layu. Jadi setiap kali ia kembang, ana akan ambillah gambarnya dan ana kongsikannya di sini buat tatapan pengunjung tersayang. Lama dah tak berkongsi kisah pokok kan. Asyik resepi jerr... 😍😍 Jom lah tatapi koleksi bunga raya di laman ana. tak banyak pun setakad ni ada 5 jenis spesis bunga raya yang ana tanam. 


Koleksi bunga raya 


bunga raya pink berlapis


Bunga raya pink berlapis 


Ni pokok paling lama dah ada di laman ana. Pokok ni pemberian abang Yaya, jiran ana. Waktu tu depa sedang reno porch rasanya dah 5 tahun lepas. Banyak pasu-pasu tak muat nak masuk dalam porch, abang Yaya bagilah ana sepasu pokok bunga raya ni dengan sepasu pokok bunga kertas. Pasu besar. Sampai hari ni masih ada lagi di laman kami. 

Bunga raya ni memang pink pekat dan berlapis-lapis kelopaknya. Kebelakangan ni dah jarang berbunga. Lepas ana baja semula, gembur balik tanah, nampak ada berputik, In Shaa Allah bakal kembang sedikit masa lagi. 


bunga raya oren berlapis


Bunga raya oren berlapis 


Hat ni pun sama, ana tanam dari keratan batang pemberian jiran kami juga, Mr Paidi. Di hadapan rumah Mr Paidi ada pokok bunga ros dan pokok bunga raya. Isteri beliau, Letchumy selalu borak-borak dan tukar-tukar pokok bunga dengan ana ni. Inilah kemanisan berjiran, tak kira bangsa kami punyai hobi yang sama. Mr Paidi berikan ana beberapa keratan batang pokok bunga raya ni , dan alhamdulillah , ana tanam terus ke dalam pasu dan hidup subur dan berbunga beberapa kali dah. Cantikkan... warna oren dan berlapis-lapis kelopaknya juga. 


Bunga raya merah berlapis


Bunga raya merah berlapis


Bunga raya ni berwarna merah dan berlapis juga. Ini pun dari keratan batang ana tanam, pemberian Mr Paidi juga. Cantik merah kuat dan berlapis-lapis kelopaknya. Kembang pun besar kejadian yang indah sekali . Teringat dulu kat kampung ada juga mak tanam pokok bunga raya merah berlapis tapi kecil-kecil kuntumannya. Hat ni lebar pula bunganya. Dulu masa kecil-kecil, kami main masak-masak petik bunga raya ni jadikan lauk ayam kengkonon sebab ia kan ada macam kepala padahal benda tu stigma bunga raya tu. Itulah kreativiti kami anak kampung bermain ikut imajinasi memanjang. 


Bunga raya putih selapis


Bunga raya putih selapis 


Bunga raya berwarna putih selapis ni spesis bunga raya kampung. Daunnya pun jenis kecil-kecil sahaja saiznya. Pokok pula jenis meninggi. Selalu ana akan cantas dahan bila dah habis berbunga supaya ia tak lah terus tinggi dan biarkan ia menjadi rendang dan naik dahan baharu. Memang lama dah nak ada koleksi bunga raya putih macam ni. Nampak suci je kan. Bunga raya kampung ni saiznya tak lah kembang mekar lebar. Saiz comel-comel jer. Tapi pokok ni paling rajin berbunga, sentiasa ada sahaja yang akan kembang. 



Bunga raya kuning


Pokok bunga raya putih tu ana beli sekali dengan pokok bunga raya kuning di nursery abang Isa, Kampung Sungai Bakau dekat-dekat rumah ni jer. Abang Isa dan isteri mengusahakan nurseri ni di keliling rumah kampung depa jer, seronok kalau pii tapi tak boleh selalu, sebulan sekali jer sebab macam-macam nak beli hehe. Tapi harga depa jual memang murah lah. Macam bunga raya putih tu pokok dah besar panjang berbunga cuma RM8 sahaja. Dan hat kuning ni RM10 sahaja. 

Masa beli bunga raya kuning ni tak berbunga, ana memang nak cari bunga raya kuning waktu tu. Isteri abang Isa kata pokok ni bunga nya kuning, dia pun kenal dari jenis daunnya. Hampir dua bulan juga lah baharulah keluar bunganya, dan Alhamdulillah memang warna kuning dan tengahnya merah. Cantik sangat. Sekarang ni ia lah yang paling rajin berbunga selepaas di baja dan di cantas dahannya. 

Setakad ni ana baharu ada 5 pasu bunga raya di laman. Dan lepas ni pasu kosong pokok bunga ros yang dah mati tu, ana cadang nak gantikan dengan pokok bunga raya sahaja lah. Nampak lebih mudah di jaga dan lasting , In Shaa Allah. Begitulah kalau jiwa pencinta pokok bunga ni kan. Semua pun cantik di pandang mata, tak pernah jemu bermain dengan pokok bunga. Walaupun laman tak lah luas namun cukup sebagai terapi minda kami sekeluarga mencipta rumahku syurgaku. Walaupun sepanjang PKPB dan PKP kami masih okay tinggal di rumah kerana masih ada ruang untuk melihat keindahan ciptaan TUHAN yang sentiasa indah dan mendamaikan. 


38 Comments

  1. Depan rumah Mak kita pun ada pokok Kak, tapi sejak Mak meninggal, pokok tu pun turut mati. Tak tau kenapa.. Adik tengok, layu dan terus kiok...

    ReplyDelete
  2. mak mak mmg suka bunga raya...projek sekolah saya pun banyak arkitek landskap bagi cadangan pokok raya... ok la...nak tanam dan nak jaga senang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanam lah Yan senang je pokok ni tak yah jaga sangat :)

      Delete
  3. cantiknya koleksi bunga raya AJ. seronok tengok dia berwarna warni dan berkembang mekar

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma jarang mekar kembang serentak mama :)

      Delete
  4. Mama cakap kalau ada niat nak tanam pokok bunga tapi tak berapa rajin nak jaga atau tak boleh selalu fokus, tanam pokok bunga raya dengan pokok bunga kertas. Sebab rajin berbunga. Tak cerewet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah PC tak perlu sangat penjagaannya mudah in shaa allah

      Delete
  5. Bestnya... cantik bunga raya ni.. saya pun suka sangat..

    ReplyDelete
  6. byk jenis bunga raya tu...suka²..

    ReplyDelete
  7. Wah betulla cantik2 koleksi bunga raya ana. Warna bunga raya kan terang2, sbb tu dia cantik, nak jaga pun tak susah kan.
    Saya pun bbrpa kali membeli bunga ros dan bbrapa kali tu jugalah dia mati..huhu..
    Skrg tengah menyemai pokok ati2 pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa pokok ati2 pun mudah hidup kan AZi nanti ana share kan kolek pokok ati2 pula in shaa allah

      Delete
  8. Cantik-cantik belaka koleksi bunga raya akak. Sy pun tengah plan nak cuba tanam bunga raya, sebagai permulaan utk mula menanam bunga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom PH kita tanam pokok bunga raya ni in shaa allah mudah penjagaannya

      Delete
  9. rumah saya kat kampung, mak banyak tanam pokok bunga raya. Macam 2 kaler ada. seronok tengok kalau datang masa dia berbunga

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya D , nanti kalau balik buat entri kay nak tengok hehe :)

      Delete
  10. Bunga ros memang leceh nak jaga.
    Senang tanam pokok bunga raya atau ros jepun aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah wak, give up dah dengan pokok bunga ros sekarang nak berbunga raya jer lah nampaknya :)

      Delete
  11. BANYAK JENIS BUNGA RAYA ANA TANAM..DAUNNYA BOLEH GUNAKAN BUAT JELUM DEMAM

    ReplyDelete
  12. Cantiknya rupa krmbang sepatu ...
    Ingin sih menanam juga pohon kembang sepatu berlapis, tapi kenapa ya bibitnya jarang ada di penjual tanaman ...

    Apakah di Malaysia masih mudah ditemui, kak ?

    ReplyDelete
  13. Banyaknya pelbagai jenis bunga raya...Suka tengok benda2 yang cantik ni..terutamnya bunga.

    ReplyDelete
  14. Cantiknya bunga raya merah berlapis tu

    ReplyDelete
  15. Bunga raya yang berlapis-lapis ni kalau rakam gambarnya nampak mirip rupa macam ros juga Kak Ana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalau dari jauh kan tapi dari dekat saiznya besar ni TK :)

      Delete
  16. geramnya tengok! cantik betul yang warna putih tu

    ReplyDelete
  17. Banyaknya koleksi bunga raya kak ana. Senang tanam pokok bunga raya ni..biar je berhujan panas..elok je subur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa Yaya, dah makin berusia ni nak tanam pokok yang senang nak jaga je hehe :)

      Delete
  18. cantik bunga raya. saya tanam kat rumah tak berbunga-bunga lagi. geraam pula..haha

    https://www.tiarasaphire.com/2020/12/drama-kampung-pisang-bersiri-siri-2020.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. buh baja dan cantas dahan-dahannya TS , nanti berbunga tu :)

      Delete
  19. Subur-subur pokok bunga raya kak Ana.
    Sabarlah Ros berduri yang mahal nak special treatment

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan macam letih dah nak jaga last2 mati Mrs A hehe :)

      Delete