Resepi Kek Pisang Coklat
Lama juga tak mem 'baking' di rumah ni. Sejak Kak Long dah mula bekerja , Adik pula masih online class ni, tak ada kawan dah nak masuk dapur masak-masak. Ana masak sarapan, makan tengahari dan makan malam ikut lah apa yang terlintas di fikiran. Kalau dulu anak-anak yang rajin mereka menu nak masak-masak ni. Bila cuti sahaja lah dapat juga curi-curi masa nak masak atau baking.
Cabaran di group Geng Piknik pun nampak makin sunyi. Masing-masing sibuk urusan rumahtangga la tu . Last ana baking baru-baru ni resepi kek pisang coklat. Memang sedap dan cantik kejadiannya. Resepi ni ana ikut dari perkongsian rakan blogger, Mai di FB page nya. Terima kasih Maisarahsidi.com sudi berkongsi resepi dan kak AJ share kan pula di sini versi dari cubaan kami. Sedap dan mudah sangat cara masak kek pisang coklat dan ana suka sebab ianya kurang manis. Jom kita tengok resepi dan cara buat kek pisang coklat mudah.
Resepi Kek Pisang Coklat
Bahan-bahan:
10 biji pisang emas masak (saiz kecil) - dilenyek menggunakan garfu
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
4 biji telur
1 cawan gula kastor / gula perang - boleh tambah atau kurangkan, mengikut citarasa tahap kemanisan masing-masing
1 cawan minyak jagung atau minyak masak
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan serbuk koko
1 biji pisang dihiris nipis untuk hiasan
Cara membuat kek pisang coklat
- Ayak bersama tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik.
- Panaskan ketuhar pada suhu 180⁰C. ( ikut saiz oven masing-masing )
- Satukan gula kastor, telur, minyak jagung dan esen vanila dan pukul sehingga putih.
- Masukkan pisang yang telah dilenyek dan kacau rata.
- Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum ke dalam adunan tadi. Kacau sebati dan pastikan adunan tidak berketul.
- Masukkan serbuk coklat dan kacau lagi sehingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang (AJ guna saiz 8") yang telah disapu minyak atau mentega atau dilapik dengan baking paper. Letakkan hirisan pisang emas pada permukaan atas adunan.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 180⁰C selama 50-60 minit atau sehingga masak (suhu mengikut ketuhar masing-masing).
20 Comments
WOW CANTIK KEJADIANNYA MESTI SEDAP SANGAT TU
ReplyDeletesedap makan panas-panas ni PI :)
DeleteNampak sedap tu kak Ana..SA ni ntah sampai bila la nak pandai buat kek ni...asyik failed je
ReplyDeletehehe SA pandai bab masak-masak :)
DeleteSelalu kek pisang biasa je kan, wah cantik betul kejadian kek pisang tu, naik kembang gebu tu.
ReplyDeleteresepi ni senang nak buat Azie cuba lah ye :)
DeleteTentu sedap
ReplyDeletealhamdulillah sedap wak :)
DeleteCP suka makan kek tapi tak pandai buat kek.
ReplyDeleteSelalu failed je.. ahak!
try sampai jadi CP hehe :)
DeleteElok jadi. Mesti sedap makan kek pisang coklat ni. Saya belum pernah rasa lagi,
ReplyDeletecubalah Ujie
DeleteBoleh try ni tentu ada kelainan dari kek pisang biasa...mesti lebih sedap kan dengan rasa coklat.
ReplyDeletecubalah nanti SI sedap ni in shaa allah
Deletekak oii..sedap nyaa kek kome
ReplyDeletebuat ler Kolin :)
Deletewow.. memang sedap ni. letak topping nuttss mesti lagi sedap
ReplyDeletehaah sedap juga kan mama , nanti kak ana try :)
Deletedah simpan rsepi tapi ntahlah tahun hijrah ke brapa baru nak buat
ReplyDeleteada jer bahannya ammi menjadi lah nanti tu :)
Delete