Alhamdulillah, bersinar-sinar wajah suri rumah dan pencarum lain yang telah pun menerima kredit wang pengeluaran i-Sinar KWSP kategori 1 dalam minggu ini. Semoga dimanfaatkan sebaik yang mungkin untuk kegunaan dalam jangka masa panjang, In Shaa Allah. Duit ni letaklah sejuta sekali pun nak perabih cukup mudah dan cepat nak mengumpul tu ada kalanya makan masa yang agak panjang juga bagi sesetengah orang. Tapi kalau dah tertulis rezeki tu untuk kita , tak kan lari gunung di kejar.
Selesai kategori 1, mulai 11hb Januari 2021 bermulalah proses permohonan untuk Kategori 2 i-Sinar KWSP. Menurut pernyataan dari laman KWSP, bagi mereka yang belum lulus untuk permohonan i Sinar ( status dalam proses selepas permohonan kategori 1 ), mereka masih berpeluang mohon i-sinar bagi kategori 2dengan klik ke paparan "Semakan Status". Untuk permohonan i Sinar kategori 2 pula, ahli diminta untuk menyediakan dokumen-dokumen sokongan sebagai bukti pendapatan yang terjejas. Ini bermakna ahli yang sudah mohon kategori 1 tetapi tidak lulus, mereka tidak perlu membuat permohonan baharu. Ahli hanya perlu memuat naik dokumen sokongan dengan langkah yang ditetapkan bermula dari tarikh 11 Januari 2021.
Cara upload dokumen sokongan i-Sinar Kategori 2
Dari inforajah di atas di terangkan mengapa ahli yang memohon untuk kategori 2 ini memerlukan dokumen sokongan. Di jelaskan bahawa kelulusan pengeluaran secara automatik hanya dapat di buat sekiranya terdapat pengurangan dalam caruman. Contoh untuk suri rumah atau mereka yang hilang pekerjaan di mana mereka tidak lagi ada aliran kemasukan dalam caruman bulanan, ini adalah yang layak untuk kategori 1 .
Dokumen sokongan yang di perlukan untuk Kategori 2 i-Sinar KWSP
Untuk kategori 2 i-Sinar KWSP, semakan secara manual akan di lakukan melalui salinan dokuman yang di muat naik tersebut. Contoh dokumen sokongan kategori 2 i-Sinar KWSP adalah :
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
- Surat pengesahan majikan
- Penyata bank
- Notis pemberhentian , pemotongan elaun/ kerja lebih masa
Cara muat naik dokumen sokongan i Sinar kategori 2
Disertakan di bawah ini cara untuk upload dokumen sokongan kategori 2 i-Sinar KWSP untuk rujukan. Ahli pencarum KWSP hanya perlu menghantar dokumen sokongan secaraonline sahaja sama ada menggunakan laptop ataupun telefon.
Ambil gambar dokumen dan pastikan ianya jelas dan boleh di baca. Carilah cahaya yang cukup terang ketika ingin mengambil gambar dokumen nanti. Dan upload lah ke ruang yang di tetapkan nanti.
Semakan status permohonan i Sinar kategori 2 dan pembayaran ke akaun bank ahli
Status permohonan i Sinar kategori 2 akan dimaklumkan kepada pemohon dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya sekiranya permohonan i Sinar kategori 2 diluluskan. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan dan dikreditkan ke akaun bank anda mengikut jumlah dan tempoh permohonan ahli. Pembayaran bagi permohonan i Sinar kategori 2 yang lulus akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan jadi pastikan nombor akaun bank adalah aktif dan tepat untuk mengelakkan sebarang masalah. Sebarang pertanyaan mengenai permohonan i Sinar kategori 2 boleh dibuat dengan menghubungi pihak KWSP di talian
03 8922 6000
Rujukan sumber kredit foto : FB Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
8 Comments
wang simpanan hari tua
ReplyDeletekeluarkan sekiranya benar2 perlu.
betul tu wak :)
DeleteNice info.
ReplyDeletesemoga bermanfaat buat semua :)
Deletecovid makin meningkat, ramai yg memerlukan i sinar ni..mg dipermudahkan
ReplyDeletemudah-mudahan dapat meringankan dan digunakan untuk pelaburan jangka panjang kan cikgu :)
Deletegood sharing AJ
ReplyDeletesemoga membantu mereka yang perlukan info ini mama :)
Delete