Ana panggil bunga tapak kucing je pokok ni. Cuba tengok kelopaknya, macam tapak kaki kucing kan. Tapi nama pokok bunga ni ialah torenia. Setakad ni ana baru ada 3 variasi warna bunga torenia ni. Yang hat lama pemberian Kak Long masa dia intern dahulu warna pink. Warna biru tu anak benih dari kampung ana ambil dan yang terbaharu ni ana jumpa warna putih. Beli di nursery Sungai Buloh . Sejambak besar, lebat ya amat bunganya harga cuma RM7 sepasu. 


pokok bunga torenia


Cara biakkan pokok torenia


bunga torenia

Kenapa ana suka pokok bunga torenia ni ialah kerana ia senang ya amat nak di biakkan. Dapat kan sahaja sepokok, biarkan ia habis berbunga nanti lepas bunga gugur akan dapatlah biji benih. Beribu biji benih kalau ada bunga yang lebat. Dari biji benih yang dah kering tu, semai lah dengan taburan dan In Shaa Allah akan dapatlah anak pokok baharu. 

Macam ana sendiri di laman rumah ni, anak-anak pokok tumbuh merata tanah dari pasu induk asal pokok. Gigih kutip dan tanam kan semula dalam pasu, cuma waktu masih anak pokok tak pasti lah bunga nya warn apa. Tak kisah sangat janji masukkan kembali dalam pasu dan bela hingga berbunga. 


pokok bunga torenia


Penjagaan pokok torenia 

Ana gunakan baja bunga juga supaya pokok lebat berbunga. Taburkan baja selepas 2 minggu di alihkan ke dalam pasu dari asal semaiannya. Pokok berbunga macam ni perlukan cahaya matahari yang cukup tetapi mudah juga layu kekeringan. Jadi, pastikan tanah lembab dan cahaya yang terus. Waktu masih kecil tu seeloknya teduh kan lah dahulu. 


pokok bunga torenia

Dari pencarian di internet, selain dari warna unggu atau pink , biru dan putih terdapat juga bunga teronia berwarna kuning. Ana belum jumpa lagi dan kalau ada memang nak beli nanti. Susun kan pokok dalam pasu kecil di laman, pasti akan memberikan keceriaan pada ruang lanskap. Jom kita tanam pokok bunga torenia waktu pkp 2.0 ni... 


14 Comments

  1. Replies
    1. tumbuh sendiri je PI kat bawah-bawah tu, saya kutip dan tanam dalam pasu semula hehe :)

      Delete
  2. assalamualaikum..wah, cantiknya bunga2 ni... SS tak sampai seru lagi nak tanam tanam pokok ni... tapi tengok suka je... berseri kalau ada pokok2 bunga ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam SS, tak pe nanti sampai seru boleh lah tanam bunga-bungaan naa :)

      Delete
  3. Senang betul rupanya nak biakkan dia ye kak 😁

    ReplyDelete
  4. Berseri-serilah halaman rumah kak ana bila semuanya berbunga nanti.

    ReplyDelete
  5. Cantiknya pokok torenia ni. Tak pernah ada lagi pokok ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah try tanam senang sangat hidupnya

      Delete
  6. Oh baru tahu.. nampak macam orked. hehe. mmg takda ilmu sgt pasal bunga2 ni. Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tak sama orkid, ni pokok jenis renek je Misya :)

      Delete
  7. Pertama kali dengar bunga tapak kucing. Cantik bunganya. Best la kalau mudah dibiakkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapak kucing tu nama kampung di je Cik TK :)

      Delete