Bila setiap kali negara mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan yang melibatkan sekatan perjalanan daerah dan negeri, ana cukup bimbang akan keadaan mak dan abah di kampung. Ini kerana mereka berdua dan dua orang mak saudara kesemuanya warga emas dan nak tak nak abah yang akan keluar mendapatkan keperluan harian. Macam-macam bermain di fikiran, sekiranya apa-apa terjadi pada mereka. Cuma ada sedikit kelegaan pada waktu ini, negeri Perak tidak di bawah PKP tetapi di bawah PKPB yang mana rentas daerah di sana masih di benarkan. Lega lah sedikit kerana adik dan sepupu ana masih boleh balik menjenguk mak abah sekiranya ada keadaan memerlukan. 

Bagi kawasan dan negeri yang berada di bawah PKP atau MCO , pergerakan rentas daerah dan negeri adalah di larang sama sekali kecuali dengan kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia. Itu pun atas urusan tertentu sahaja sebagai contoh urusan kerja, perniagaan produk keperluan dan juga urusan kecemasan keluarga. Semua pun atas kebenaran bertulis. Dan hari ini ana nak kongsikan panduan untuk mendapatkan surat kebenaran rentas daerah atau negeri yang ana perolehi dari FB Page Majlis Keselamatan Negara ( MKN ) bertarikh 13hb Januari 2021. 


BORANG PERMIT PERGERAKAN PKP DAN PKPB BAGI TUJUAN RENTAS NEGERI ATAU DAERAH



MUAT TURUN BORANG PERMIT PERGERAKAN PKP DAN PKPB BAGI TUJUAN RENTAS NEGERI ATAU DAERAH


Memetik sumber ( https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/3071177696318449 ) , bagi mana-mana individu yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atau daerah sepanjang tempoh PKP & PKPB mulai 13 hingga 26 Januari 2021 anda dikehendaki mengisi Borang Permit Pergerakan PKP atau Borang Permit Pergerakan PKPB untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebelum melakukan pergerakan.

Borang kebenaran boleh dimuat turun di Facebook Polis Diraja Malaysia atau Portal Rasmi PDRM melalui pautan berikut:

1. Borang Permit Pergerakan PKP, -> https://www.rmp.gov.my/.../borang-permit-pergerakan...



borang rentas daerah pkp


Ikuti langkah-langkah berikut bagi urusan permohonan kebenaran pergerakan:'


1. Memuat turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) (mengikut pelaksanaan perintah pergerakan di negeri masing-masing) di Portal atau Media Sosial Rasmi PDRM; ( klik pautan di atas

2. Mengisi borang dengan lengkap dalam dua (2) salinan;

3. Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.

Bila dah mendapat kebenaran dan pengesahan dari balai polis, bolehlah memulakan perjalanan dan tunjukkan permit sekiranya bertemu sekatan jalan raya nanti. Semoga kita semua akan sentiasa mematuhi SOP yang di tetapkan dan sama-sama berusaha memutuskan rangkaian pendamik ini biar segera berakhir, aamiin. 


8 Comments

  1. timm di kedah, pkpb jer..alhmdulillah, cuma nk kluar bkerja je prob sikit sbb kena rentas penang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni PKP dah kan kat Kedah pun Tim :(

      Delete
  2. Pendapat saya, ia lebih mudah kalau tak perlu print. Yela kadang-kadang kecemasan , kedai printing pulak tutup. Apa pun, jaga diri ye kak Ana. Selamat berPKP

    ReplyDelete
    Replies
    1. borang boleh dapat di balai juga Sal bagi yang tak boleh nak print,perlu kemukakan bila menempuhi SJR nanti sebagai bukti perjalanan kita telah mendapat kebenaran.

      Delete
  3. Hati-hati kawan-kawan. Dapatkan approval dari polis sebelum menempuh road block. Tak pasal-pasal melayang RM1k.

    Trademark Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena ada dokumen sokongan in shaa allah mudah dapat permit dan mula kan perjalanan tanpa melanggar peraturan SOP !

      Delete