Kali ini ana nak berkongsi dengan pengunjung blog , satu lagi insentif kerajaan untuk suri rumah di mana mereka yang layak boleh mendapat pembiayaan bulanan caruman sebanyak RM40  ke dalam akaun KWSP . Jom kita lihat beberapa butiran mengenai iSURI KWSP ini.

Apakah insentif iSuri KWSP ini ? 


info mengenai iSuri KWSP


Insentif i-SURI adalah program yang berbentuk usaha sama yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF). Fasa pertama skim ini telah dilancarkan pada 8 Ogos 2018 dan mula berkuat kuasa pada 15 Ogos 2018 dan dilaksanakan oleh KWSP, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan.

Skim ini adalah skim bantuan bersasar bagi menggalakkan rakyat mula menabung bagi kegunaan semasa, hari tua atau ketika menghadapi kesusahan dan ditimpa musibah seperti perceraian, kematian suami, suami hilang upaya dan lain-lain.

Apakah Faedah i-Suri KWSP 

~ Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya

~ Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

~ Menerima dividen tahunan KWSP

~ Bantuan Kematian: RM2,500

** tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

Apakah Syarat Kelayakan iSuri KWSP

~ Warganegara Malaysia

~ Belum mencapai umur 60 tahun

~ Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2020

~ Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)

~ Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

*Nota: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.

~ Bantuan hilang upaya

Siapa Yang Boleh Mencarum

Suami kepada pasangan yang layak

Diri sendiri (isteri)

iSuri KWSP

Cara Pendafataran iSuri KWSP 

Bagi kumpulan sasar yang berkelayakan dan tersenarai di dalam senarai eKasih sehingga 30 Jun 2018, pendaftaran sebagai ahli KWSP dan Skim i-SURI boleh dibuat di mana-mana kaunter KWSP seluruh Malaysia.

Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar adalah:

~ MyKad

~ Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)

~ Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

Pembayaran Caruman

Bagi melayakkan suri rumah mendapat sumbangan Kerajaan RM40 sebulan, caruman individu hendaklah dibuat ke dalam akaun KWSP dengan jumlah minimum RM5 sebulan atau RM60 setahun.

Pembayaran caruman boleh dibuat melalui kaedah-kaedah berikut:

~ tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP

~ tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, Bank Simpanan Nasional dan RHB Bank;

~ pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik iaitu Maybank dan Public Bank.


i suri kwsp


*Nota: Buat masa ini, hanya pembayaran di kaunter peresitan KWSP dan Bank Simpanan Nasional sahaja tidak mengenakan sebarang caj perkhidmatan tambahan.

Bagaimana Sumbangan Kerajaan Dikreditkan Ke Dalam Akaun KWSP

Sumbangan Kerajaan akan dikreditkan ke Akaun KWSP peserta sebanyak dua (2) kali setahun bagi tempoh Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember.

Sumbangan Kerajaan akan dikreditkan seperti berikut:

~ Akaun 1 dan Akaun 2 – peserta yang berumur bawah 55 tahun

~ Akaun Emas – peserta yang berumur 55 tahun ke atas.


Untuk Maklumat Lanjut & Pertanyaan mengenai iSuri KWSP :

Untuk sebarang pertanyaaan mengenai Caruman Sukarela i-SURI KWSP

sila layari www.kwsp.gov.my 

atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 

03-8922 6000.

Bagi pertanyaan mengenai kelayakan insentif i-SURI, 

sila layari www.kpwkm.gov.my

 atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di talian

  03-8000 8000.

kredit rujukan & sumber : https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/insentif-suri , https://ecentral.my/isuri-kwsp/

6 Comments

  1. wahhh..untung la suri rumah skrg kan. semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena alert kan peruntukan2 dari kerajaan yang sebegini untuk kita grab bagi yang layak

      Delete
  2. kena daftar ekasih dulu erk baeu boleh buat i-suri tu ke acnerr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Mia yang berdaftar dengan e kasih sahaja yang layak

      Delete