Cara Pendaftaran Vaksinasi Covid19 Melalui Aplikasi MySejahtera
Setahun lebih dah kita mengharungi hari demi hari dengan pelbagai ujian dalam penularan pendamik Covid19 ini. Ramai yang kehilangan sumber pendapatan, tekanan demi tekanan kehidupan, terpisah lama dengan insan-insan yang tersayang , amal ibadah terganggu dan sebagainya. Baru-baru ini bila negara mengumumkan sampainya vaksin yang di tunggu-tunggu oleh kita semua dengan harapan ianya dapat mengembalikan kehidupan kita yang normal seperti sebelumnya. Semoga ia menjadi asbab untuk kita semua dapat kembali kepada fitrah kehidupan dan bebas dalam segala perilaku dan amal ibadah mengikut perintahNya jua, Aamiin.
Untuk mendaftar sebagai penerima vaksin Covid19, kerajaan memaklumkan bahawa MySejahtera adalah aplikasi rasmi bagi pendaftaran vaksinasi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sehubungan itu orang ramai hanya perlu mendaftar dengan aplikasi berkenaan untuk pendaftaran vaksin COVID-19.
Beliau berkata, bagi mereka yang tiada aplikasi itu boleh mendaftar di laman web yang dibuka dalam bulan Mac ini yang mempunyai pautan ke dalam sistem aplikasi MySejahtera terbabit. Mungkin khusus untuk mereka yang tidak mempunyai telefon pintar dengan data internet khasnya warga emas dan sebagainya. "Setakat ini, kita hanya mengguna MySejahtera yang diiktiraf dan dikenal pasti sebagai saluran rasmi kerajaan bagi pendaftaran untuk mendapatkan vaksin," katanya.
Cara Daftar vaksin Covid-19 Melalui Aplikasi MySejahtera
Untuk mereka yang belum mempunyai aplikasi MySejahtera , perlulah memuat turun aplikasi mySejahtera sama ada di Google Playstore atau Apple Appstore atau boleh mendaftar di laman https://mysejahtera.malaysia.gov.my/register/
Pengguna lama – Pengguna sedia ada yang sudah mempunyai aplikasi MySejahtera dalam peranti masing-masing caranya adalah sebagaimana berikut;
1) Update aplikasi MySejahtera di Playstore / IOS .
2) Buka aplikasi MySejahtera dan Tekan butang TUTUP/CLOSE yang terletak di penjuru kanan peranti
3) Klik pada icon Vaksinasi Covid-19
4) Klik pada maklumat peribadi yang tertulis nama yang didaftarkan dalam aplikasi .
5 ) Sahkan maklumat anda.
6) Tekan seterusnya untuk melihat sekiranya anda tergolong dalam fasa 1 untuk program vaksinasi. Program vaksinasi kini dalam Fasa 1 yang fokus pada anggota barisan hadapan. Anda akan dimaklumkan apabila fasa seterusnya bermula. Sila tekan pada butang DI SINI untuk memberi maklumat tambahan untuk pendaftaran anda. Sila aktifkan pemberitahuan push di dalam aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan maklumat terkini.
7) Isi maklumat yang diminta dan tekan butang HANTAR .
Selesai urusan pendaftaran untuk menerima vaksinasi Covid19 di aplikasi MySejahtera dan nantikanlah update terkini temujanji untuk kita mendapatkan suntikan dari masa ke masa di aplikasi.
Proses Vaksinasi Covid19 Melalui Aplikasi MySejahtera
Dalam buku panduan Program Imuniasi Covid-19 kebangsaan, pengguna yang mendaftar melalui aplikasi Mysejahtera dan laman web akan melalui beberapa fasa sebagaimana berikut:
1- Pendaftaran
2- Suntikan Dos 1
3- Pemerhatian
4- Suntikan Dos 2
5- Pemerhatian
Kredit sumber dan rujukan : Majlis Keselamatan Negara & BUKU PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN
10 Comments
Senang je cara nak daftarnya. Tq kak atas perkongsian nih.
ReplyDeletemudahkan Anie guna apps my sejahtera jer
Deleteperkongsian bermanfaat tksh ana
ReplyDeletemudah-mudahan kak
Deletedah kak..tak sabar nak dapatkan vaksin. Semoga lebih ramai dapatkan vaksin..kita lindung semua
ReplyDeleteaamiin in shaa allah
Deletetak daftar lagi ! hehe and thank you for sharing :)
ReplyDeletejom daftar AZ :)
DeleteSenang je rupanya nak daftar kan Kak Ana...
ReplyDeletemudah kan PH :)
Delete