Entri ini ana terbitkan khas sempena kita yang bakal menyambut Syawal 2021 di mana kita semua sekali lagi bakal beraya dalam PKP 3.0 pula. Ikut kan jiwa ni memang koyak rabak , sedih hanya Tuhan yang tahu. Rindu pada emak abah, mak saudara dan anak-anak buah memandangkan ini kali kedua beraya tanpa mereka disisi. 

Namun akhirnya hati terpujuk juga bila mengenangkan ahli keluarga masih ada disisi berbanding mereka yang beraya sendirian di perantauan dan ada yang lebih di uji bila kehilangan insan tersayang mahupun terpisah kerana pendamik ini. Sebagai hambaNya ana kembali istighfar bahawa ini lah ujian sejauh mana kita percaya pada qada dan qadar cerminan iman.  


10 resepi nasi

Ana kompilasikan resepi-resepi dari perkongsian di facebook yang mana bukan dari terbitan dan foto ana sendiri. 10 resepi menu nasi yang menjadi kegemaran ramai yang boleh kita cuba sendiri untuk juadah hari raya, tak kira lah raya pertama, kedua atau bila-bila sepanjang Syawal 1442H ini memandang kita bakal beraya di rumah tanpa sebarang aktiviti ziarah seperti kelaziman.

 Semoga pemilik resepi dan foto-foto yang ana pinjam mengizinkan untuk dipanjangkan perkongsian ilmu yang bermanfaat ini dan di kurniakan pahala yang berpanjangan. Aamiin..

10 resepi nasi kegemaran ramai 

Resepi nasi dagang 


resepi nasi dagang


Bahan-bahan:

1 kilo beras (direndam, dicuci dan ditoskan)
3 cawan santan cair
2 sudu teh halba
1 inci halia (dihiris nipis)
10 ulas bawang merah (dihiris nipis)
2 sdt gula
1 sdt garam

Caranya:

1. Masukkan beras yang dicuci bersih ke dalam pengukus yang telah dipanaskan. Kukus
beras tersebut selama 30 minit.
2. Pindahkan ke dalam mangkuk besar, masukkan santan dan gaulkan ia. Kemudian dikukus lagi selama 30 minit.
3. Pindahkan lagi ke dalam mangkuk dan tambah halba, halia, bawang, gula serta garam. Teruskan lagi mengukus selama 20 minit.
4. Bila dah masak barulah di angkat untuk dihidangkan.

Kari ikan tongkol:

4 sudu minyak masak
3 cawan santan
2 keping asam gelugur
350 gm ikan tongkol (dipotong menjadi keping)
1 tangkai cili hijau ( dibelah dua)
1 tangkai cili merah (dibelah dua)
garam secukup rasa
gula secukup rasa


Pes rempah:

10 ulas bawang merah
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
3 sudu besar cili kisar

Caranya:

1. Kisar bahan-bahan pes rempah hingga halus.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan rempah hingga wangi. Tambah santan serta asam gelugur dan renehkan sebentar.
3. Masukkan ikan. Biarkan sekejap dan perasakan garam serta gula. Tambah cili dan renehkan selama 5 minit atau sehingga masak.

Acar timun:

100 gm timun
100 gm lobak merah
100 gm cili merah dan cili hijau
50 gm bawang besar
60 ml cuka
gula secukup rasa
garam secukup rasa

Caranya:

1. Timun dipotong 2 inci dan buang biji di tengahnya. Mayang halus seperti batang mancis.
2. Lobak merah, cili merah serta cili hijau dihiris seperti timun juga.
3. Bawang besar dibelah 2 dan dihiris halus.
4. Rendamkan bahan hirisan tersebut ke dalam air kapur selama 30 minit. Kemudian cuci bersih dan toskan. Biarkan sehingga ia kering.
5. Gaulkan, gula, garam dan cuka hingga sebati.
6. Kemudian hidangkan bersama nasi.

Resepi Nasi daging utara 


resepi nasi daging utara


Cara masak nasi daging utara

Daging fresh rebus dulu . Rebus sekali kulit kayu manis + bunga lawang + jintan manis + buah pelaga + sedikit garam. Rebus sampai daging tu separuh masak. Air rebusan tu kang nak guna buat masak nasi

Bahan nasi
--------
2 cawan beras basmathi (Beras rendam dulu sejam dgn sedikit garam bagi kembang)
3 cawan air rebusan daging (pakai cawan yg sama dgn sukatan beras.
1 cawan beras = 1 setengah cawan air)
Minyak sapi
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lada hitam
Serai
Serbuk kari daging (tak payah byk)
Serbuk kurma (letak lebih sikit utk sedap)
Serbuk kas kas (sedikit shj)
Garam
Buah tomato
Daun ketumbar

Cara buat
-----
Mula2 tumbuk bawang merah + putih + halia.

Tumis bahan tumbuk td dgn mnyk sapi dalam periuk sampai agak garing.

Masuk rempah kurma + sedikit rempah kari daging + serai + lada hitam yang ditumbuk + garam + serbuk kas kas + sedikit air. Tumis sampai pecah minyak

Masuk 3 cawan air rebusan daging.

Kemudian masuk beras yg direndam tadi. Tos dulu buang air. Kacau2 skt beras tu dlm periuk.

Bila nasi dh agak masak. Masuk daging yg direbus yg dah empuk dan daun ketumbar dlm periuk. Kacau2 biar masak bersama nasi. Tutup api. Siap !!!

Bahan utk air asam
-----
Cili padi
Asam jawa
Garam
Belacan
Kerisik
Buah tomato
Bawang kecil

Cara buat Tumbuk cili padi + garam + belacan smpai agak lumat

Kemudian masukkan dlm mangkuk. Perah air asam jawa pekat2. Gaulkan dgn cili tumbuk tadi. Potong bawang dan tomato nipis2. Boh sekali dlm bahan cili. Last sekali boh kerisik sikit. Yummmm sedap.

Makan panas-panas sedap . Kredit Resepi : nor farhana

Resepi Nasi Hujan Panas


resepi nasi hujan panas


RESEPI NASI HUJAN PANAS

Bahan-Bahan:
3 cawan beras basmati (cuci bersih dan toskan)(sy tak rendam beras dulu ye)
3 cawan air
1 cawan susu cair
4 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1cm halia (kisar)
Rempah 4 sekawan (B.lawang, cengkih, pelaga, kulit ky manis)
Minyak/Mentega
Pewarna merah,ijo n kuning
Garam dan serbuk perasa
Hirisan daun bawang & bawang goreng.

Cara2:-
*Panaskan minyaki,tumis 4 sekawan dan juga bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan mentega
*Perasakan dgn garam dn serbuk perasa.
Masukkan air(ikot sukatan beras,klau 3 cwn beras,3 cawan air).
*Masukkan beras dan susu cair dan gaul sebati.Biarkan nasi masak mcm biasa dlm rice cooker.
*Bila nasi dh kering,titiskan pewarna merah, kuning dan ijo(ikot citarasa masing2)
*Tutup semula periuk dan tunggu smpai nasi masak.
*Bila nasi dah masak,gembur2 kan dan tabur la daun bawang/daun sup dan bawang goreng..
#daun_padan tu sepatutnya tumis skli tp disebabkan terlupa,simpul buat hiasan ajela

Kredit Resepi : muhammad azhari 

Resepi Nasi Minyak Kampung 


resepi nasi minyak kampung



RESEPI NASI MINYAK KAMPUNG

Bahan:
3 pot beras basmathi(akk guna jasmin basmathi pusa gold)
5 pot air(1 pot d guna utk blend dgn bwng goreng)
2 sudu mkn planta(nk guna minyak sapi pun blh)
Kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga
Rempah sup bunjut adabi-1
1 genggam bawang goreng(mesin dgn air)
1 sudu mkn kismis
Garam n perasa
*1 biji bwng besar
*3 ulas bwng putih
*1/2 inci halia

Cara masak nasi minyak kampung 


Blend bahan bertanda *
Panaskn rice cooker..masukkan planta
Tumis rempah 3 serangkai
Masukkan bahan blend..masukkan rempah sup bunjut
Masukkan kismis,garam n perasa
Masukkan bawang goreng yang dah di blend dengan 1 pot air
Masukkan beras
Akhir skali masukkan lagi 4 pot air..
Tutup periuk dan biar hingga msk..
Bila dah masak..kaiskan dengan garfu (utk elakkn nasi jd patah2)

Kredit Resepi : mazliza Ahmad

Resepi Nasi Arab Simple 


resepi nasi arab simple


Bahan-Bahan untuk Ayam dan Nasi


1 kg beras basmati (basuh dan toskan)
1.5 liter air (untuk air rebusan ayam)
2 ekor ayam (potong 4)
3 sudu besar minyak
5 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air)
*kalau xde serbuk jintan bleh gantikan dengan serbuk rempah sup adabi)
pewarna kuning
Bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa
2 labu bawang besar saiz kecil (potong bulat)
1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu)

Bahan-Bahan Tumis
5 ulas bawang merah (kisar/mayam)
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 cm halia
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
*tumis semua bahan² sampai garing.

Bahan-Bahan untuk Sos/sambal
Buah tomato masak
Cili merah
Bawah putih
air
garam
gula
*kisar semua

Cara-Cara untuk Menyediakan Air Rebusan Ayam

1) Sediakan air dalam periuk dan direbus terlebih dahulu sampai memdidih pastu boleh masuk ayam. Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan sebab nanti air ni akan digunakan utk masak nasi.
 
2) letak bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam.

3) Masukkan bahan-bahan tumisan & serbuk jintan ke dalam periuk ayam juga. perasakan dgn garam dan gula.

4) Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air rebusan. Tutup periuk dengan tudung. Rebuskan ayam tersebut dalam ½ jam dengan api yg sederhana.

5) Selepas ½ jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun ayam dalam bekas. Ketepikan dahulu.
Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi

6) Cucikan beras sampai bersih.

7) Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan masak seperti nasi biasa.

Taburkan bawang goreng, kalau ada kacang peas dan kismis bleh letak semasa nasi masak... lagi sedap.

9) Masukkan sedikit pewarna kuning dan kacau dengan rata sekejap. Biarkan mendidih.

10) Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi dimasak dengan api yang sederhana sahaja sampai hampir masak.

11) Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering.

12) Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh dihidangkan dengan acar sayur, sos dan ayam.
Cara-Cara untuk Memasak Ayam

Lumurkan ayam dengan sedikit garam yang telah bercampur dengan pewarna kuning. Lumurkan keseluruhanya dan juga bahagian bawah ayam. Bakar sekejap dalam oven atau pan untuk dptkan texture luar yg garing sket sbb ayam dah sedia masak masa merebus.

Kredit Resepi : wan muhammad hafiz satar

Resepi nasi beriani ayam


resepi nasi beriani ayam


Bahan nasi:

4 cawan beras basmati - dicuci bersih, ditoskan (sebaiknya guna beras basmati Faiza)
1/4 cawan susu cair
6 cawan air biasa
1 biji bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1/2 inci halia tua dikisar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar minyak sapi
>< 3 sudu besar minyak masak
1 pokok daun saderi - patah-patahkan
1 pokok daun bawang - patah-patahkan
1 tangkai daun pudina - patah-patahkan
1/4 cawan kismis - goreng dan toskan minyaknya
1/4 cawan gajus - goreng dan toskan minyaknya
segenggam bawang goreng
beberapa titik pewarna kuning

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumiskan bahan-bahan kisar dan rempah tumis hingga naik bau.
2. Masukkan susu cair, air dan beras. Tambahkan sedikit garam. Kacau sebati.
3. Bila sudah mendidih kacau lagi dan tutup periuk.
4. Bila air nasi sudah kering buatkan lubang-lubang menggunakan chopstick dan titiskan beberapa titik pewarna kuning. Taburkan atasnya dengan gajus dan kismis yang digoreng tadi bersama daun saderi, daun bawang, bawang goreng dan daun pudina. Tutup periuk.
5. Agak-agak nasi hampir tanak, buka tudung periuk dan gaul sebati dengan bahan-bahan tadi.
6. Masak nasi hingga tanak dan sebelum dihidang buanglah segala macam dedaun tadi.
Bahan ayam masak beriani:

>< 1 kg ayam - potong ikut suka
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 biji bawang besar dadu kecil
3 ulas bawang putih tumbuk lumat
1/2 inci halia muda tumbuk lumat
1 paket kecil rempah beriyani faiza
2 biji tomato dadu kecil
2 biji kentang potong 8
1 batang lobak merah potong ikut suka
rempah tumis 4 sekawan
1 pokok daun pudina - ambil daunnya
1/4 cawan yougart
air secukupnya
1 kiub ayam
garam secukupnya

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit serbuk. Goreng separuh masak, ketepikan.
2. Dengan lebihan minyak tadi tumiskan rempah tumis, bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
3. Masukkan tomato dan kacau sebati. Masak lagi.
4. Masukkan rempah beriyani dan kacau sebati. Bila naik bau masukkan yougart dan air.
5. Masukkan juga lobak dan kentang.
6. Bila lobak dan kentang mulai empuk masukkan kiub ayam dan ayam yang sudah digoreng tadi, kacau sebati. Tutup kuali dan perlahankan api supaya ayam dan lainnya masak dengan mesra.
7. Masukkan daun pudina, kacau lagi dan rasakan masinnya.
8. Biarkan seketika di atas api dan bolehlah dihidangkan.
Bahan acar mentah:

1/2 biji nenas - buang empulur, potong kecil
1 biji timun - buang empulur potong panjang
1 biji lobak merah - potong panjang halus
1 biji bawang merah - belah 4 dan hiris
2 batang lada merah - hiris
3 sb cuka - saya guna cuka kurma
garam
gula
sedikit air panas

Cara-caranya:

1. Masukkan lada merah dan bawang besar dalam mangkuk. Tambahkan garam, cuka kurma, garam dan gula. Masukkan juga air panas. Kacau sebati.
2. Masukkan nenas, timun dan lobak merah dan gaul merata dengan bahan-bahan tadi.
3. Rehatkan dahulu sebelum dihidang. NASI BERIANI AYAM
Bahan nasi:

4 cawan beras basmati - dicuci bersih, ditoskan (sebaiknya guna beras basmati Faiza)
1/4 cawan susu cair
6 cawan air biasa
1 biji bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1/2 inci halia tua dikisar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar minyak sapi
>< 3 sudu besar minyak masak
1 pokok daun saderi - patah-patahkan
1 pokok daun bawang - patah-patahkan
1 tangkai daun pudina - patah-patahkan
1/4 cawan kismis - goreng dan toskan minyaknya
1/4 cawan gajus - goreng dan toskan minyaknya
segenggam bawang goreng
beberapa titik pewarna kuning

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumiskan bahan-bahan kisar dan rempah tumis hingga naik bau.
2. Masukkan susu cair, air dan beras. Tambahkan sedikit garam. Kacau sebati.
3. Bila sudah mendidih kacau lagi dan tutup periuk.
4. Bila air nasi sudah kering buatkan lubang-lubang menggunakan chopstick dan titiskan beberapa titik pewarna kuning. Taburkan atasnya dengan gajus dan kismis yang digoreng tadi bersama daun saderi, daun bawang, bawang goreng dan daun pudina. Tutup periuk.
5. Agak-agak nasi hampir tanak, buka tudung periuk dan gaul sebati dengan bahan-bahan tadi.
6. Masak nasi hingga tanak dan sebelum dihidang buanglah segala macam dedaun tadi.

Bahan ayam masak beriani:

>< 1 kg ayam - potong ikut suka
sedikit serbuk kunyitgaram secukup rasa
1 biji bawang besar dadu kecil
3 ulas bawang putih tumbuk lumat
1/2 inci halia muda tumbuk lumat
1 paket kecil rempah beriyani faiza
2 biji tomato dadu kecil
2 biji kentang potong 8
1 batang lobak merah potong ikut suka
rempah tumis 4 sekawan
1 pokok daun pudina - ambil daunnya
1/4 cawan yougart
air secukupnya
1 kiub ayam
garam secukupnya

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit serbuk. Goreng separuh masak, ketepikan.
2. Dengan lebihan minyak tadi tumiskan rempah tumis, bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.3. Masukkan tomato dan kacau sebati. Masak lagi.
4. Masukkan rempah beriyani dan kacau sebati. Bila naik bau masukkan yougart dan air.
5. Masukkan juga lobak dan kentang.
6. Bila lobak dan kentang mulai empuk masukkan kiub ayam dan ayam yang sudah digoreng tadi, kacau sebati. Tutup kuali dan perlahankan api supaya ayam dan lainnya masak dengan mesra.
7. Masukkan daun pudina, kacau lagi dan rasakan masinnya.
8. Biarkan seketika di atas api dan bolehlah dihidangkan.

Bahan acar mentah:

1/2 biji nenas - buang empulur, potong kecil
1 biji timun - buang empulur potong panjang
1 biji lobak merah - potong panjang halus
1 biji bawang merah - belah 4 dan hiris
2 batang lada merah - hiris
3 sb cuka - saya guna cuka kurma
garam
gula
sedikit air panas

Cara-caranya:

1. Masukkan lada merah dan bawang besar dalam mangkuk. Tambahkan garam, cuka kurma, garam dan gula. Masukkan juga air panas. Kacau sebati.
2. Masukkan nenas, timun dan lobak merah dan gaul merata dengan bahan-bahan tadi.
3. Rehatkan dahulu sebelum dihidang.


Resepi Nasi Impit Goreng


resepi nasi impit goreng



Bahan-bahan:

1 mangkuk nasi impit yg telah dipotong dadu
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 genggam bilis*
1 genggam udang kering
2 biji telur
2 ketul hot dog potong nipis
1 biji bawang besar dipotong kecil
sedikit kicap
sedikit sos tiram

Cara-cara:
tumbuk bahan yang bertanda (*)..
panaskan minyak.. goreng udang kering dan hot dog..
masukkan bahan yang telah ditumbuk.. tumiskan hingga kekuningan kemudian masukkan telur.. bila telur telah masak.. masukkan pula kicap dan sos tiram dan bawang besar..
kalau perlu tambah sedikit air..
garam dan aji secukup rasa..
akhir sekali masukkan nasi impit.. goreng hingga nasi impit menjadi panas supaya tidak cepat basi..

Resepi nasi tomato


resepi nasi tomato

Resepi NASI TOMATO BERSAMA AYAM MASAK MERAH


BAHAN NASI TOMATO:

500gm beras
2 ulas bawang putih | dihiris
3 ulas bawang merah | dihiris
1 biji bawang besar | dihiris
125gm minyak sapi
2 kuntum bunga cengkih
2.5sm kulit kayu manis
190gm pes tomato
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-caranya:

1.Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bunga cengkih, kulit kayu manis dan bahan hiris sehingga kekuningan.
2.Selepas itu masukkan pes tomato. kacau sehingga pecah minyak.
3.Masukkan beras, air secukupnya dan garam secukup rasa. Kacau rata.
4.Tutup periuk dan tanak sehingga masak. Jika suka boleh letak kismis.
5.Hidangkan bersama Ayam Masak Merah tadi.

BAHAN AYAM MASAK MERAH

1 ekor ayam - potong kecil dan dibuang kulit
20 tangkai cili kering - dikisar
7 biji bawang merah kisar
3 ulas bawang putih kisar
sedikit halia kisar
sedikit lengkuas kisar
5 batang serai kisar - ambil bahagian yang putih sahaja
1 cawan santan pekat
sos tomato secukupnya
serbuk kunyit
garam
sedikit asam jawa
gula apong

Cara-caranya:

1. Lumurkan ayam yang dipotong dengan sedikit serbuk kunyit dan garam secara merata. Panaskan minyak dan goreng hingga 3/4 masak. Ketepikan.
2. Dengan minyak lebihan goreng ayam tadi (kalau banyak sila kurangkan terlebih dahulu) tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan santan dan kacau lagi.
3. Tambahkan garam, gula dan asam jawa secukup rasa dan kacau sebati.
4. Masukkan sos tomato dan kacau lagi.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan dengan bahan-bahan tumis hingga sebati.dan benar mesra bolehlah di hidang.

Resepi Nasi Serai 

resepi nasi serai



Bahan2nya....
4 cawan beras basmathi
6 cawan air
1 kiub pati ayam
5 batang serai dititik
2 helai daun pandan disimpul
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 camca kecil garam
3 sudu minyak masak / 3 sudu minyak sapi.
Cara memasak
1. Panaskan minya masak / minyak sapi dlm periuk.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
3. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
4. Masukkan serai dan masukkan air dan masukkan kiub pati ayam.
5. Masukkan 1 camca kecil garam. Masukkan beras yang telah dibasuh.
6. Masukkan daun pandan yang di simpul.
7. Masak dlm rice cooker hingga masak.

Bila memasak nasi serai ni memang wangi satu rumah. Cubalah....bila makan pun bau wangi dan rasa yang sedap.
P/s.... Nasi ni boleh di makan dgn Daging/ayam masak palembang, ayam masak merah, kari ayam/daging/ kambing, rendang ayam/daging.

Kredit Resepi : Roshima Ibrahim Shima


Resepi Nasi Jagung


resepi nasi jagung



BAHAN-BAHANNYA:-

4 cawan beras basmathi
4 cawan air
1 cawan isi jagung
1 cawan susu cair
Garam secukup rasa
5 ulas bawang merah, (dimayang halus)
3 ulas bawang putih
(dimayang halus)
1 inci halia(dimayang halus)
3 sudu makan minyak sapi
2 helai daun pandan(disimpul)
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji pelaga

Cara Masak Nasi jagung


Panaskan minyak sapi, kemudian masukkan kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga naik aromaMasukkan air dan daun pandan, kacau rata. Tuang ke dalam rice cooker atau periuk nasi.Masukkan beras, isi jagung, garam secukup rasa serta susu cair. Perasakan dan Kacau mesra. Masak menggunakan periuk nasi seperti memasak nasi biasa.Bila nasi dah masak gaul dengan perlahan menggunakan garfu agar nasi tidak patah-patah dan boleh dihidang.

Bolehlah mencuba mana-mana resepi nasi yang dikongsikan di atas untuk sajian sekeluarga di hari raya nanti. In Shaa Allah. Walaupun dalam kesepian dan kerinduan raya tetap akan di sambut sebagai meraikan kemenangan kita setelah sebulan berpuasa. Semoga kita semua terus istiqomah dalam ibadah dan salam Aidil Fitri , maaf zahir dan batin dari ana sekiranya ada tulisan di www.anajingga.com yang pernah mengguris hati sesiapa sahaja. Niat yang satu hanya ingin berkongsi sesuatu yang bermanfaat sesama insan. 

10 Comments

  1. Kalau kat johor goreng nasi impit tu panggil lontong goreng hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh lontong goreng ye Ena, baru kak ana tahu selalu lontong kuah lodeh tu hehe

      Delete
  2. SALAM AIDILFITRI ANA N FAMILI MAAF ZAHIR BATIN

    ReplyDelete
  3. waaaa!!! byk betul..thank you sharing resepi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pilih-pilih mana yang zieya nak masak nanti untuk raya hehe :)

      Delete
  4. nasi dagang je tk pernah try masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan mesti pernah kan Ummi hehe sedapnya :)

      Delete
  5. Simpan dulu resepi ni Kak Ana. Rambang mata haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu laa PH simpan dulu bila nak masa tahu dah mana nak cari hehe

      Delete