Hadiah yang sesuai untuk anak remaja dari Printcious
Sebagai seorang ibu , pasti semua kita sayangkan anak-anak lebih dari segalanya. Bukan lah anak-anak kita itu sentiasa sempurna sama lah seperti kita juga sebagai seorang ibu bapa pun pasti akan ada cacat celanya dalam melalui perjalanan kehidupan ini. Sebagai anak sulung ana, Kak Long merupakan anugerah terindah buat kami berdua dan kemudian hadir pula Adik sebagai penyeri mahligai perkahwinan.
Sejak tamat pengajian dan masih belum ada rezeki untuk graduasi kerana situasi negara kita yang sedang di landa pendamik ni, Kak Long banyak membantu ana dengan kerja-kerja rumah. Terfikir nak hadiahkannya sesuatu yang dia suka. Kak Long ni sangat suka lah dekor bilik tidurnya, semua nak warna pink.
Lagi satu dia suka kumpul kusyen dengan custom made cetakan gambarnya sendiri. Bila ana skrol galeri jumpa sekeping gambar raya nya baru-baru ini dengan anak kucing kesayangannya Snowek. Erm.. dapat idea nak surprise kannya dengan kusyen pink cetakan foto sendiri. Tak lain tak bukan di mana lagi kalau bukan di Printcious.com.my .
Hadiah kusyen bergambar buat si gadis
Tapi kalau korang suka dengan hadiah yang ana berikan pada Kak Long , kusyen dengan gambar dia yang korang boleh pilih sendiri mengikut warna kesukaan masing-masing pun di sini lah tempatnya. Cuba tengok tu yang kanan tu ana hadiahkannya sewaktu habis SPM dah beberapa tahun yang lalu tapi warna fabrik nya masih cantik kan dan yang belah kiri tu pula waktu hari jadi nya dua tahun lepas.
Memang kualiti cetakan dan fabrik kusyen dari Printciuos ini berkualiti dan tahan lama serta tidak luntur warna cetakan dan fabrik walaupun telah di cuci beberapa kali. Jadi bagi korang yang sedang berfikir nak berikan apa hadiah yang sesuai untuk hari jadi, anniversary dan sebagainya singgah sahaja ke www.printcious.com/my dan ana yakin pasti korang akan rambang mata nak belikan hadiah apa yang akan menjadi kenangan terindah, unik dan menggembirakan si penerima.
14 Comments
Memang cantik...
ReplyDeleteberkualiti Printcious ni Dana :)
Deleteala sweetnya
ReplyDeletehehe tq Anum :)
Deletecute, menarik sangat :)
ReplyDeletekan Syaz :)
DeleteLawa-lawa semua. Warnanya sesuai untuk anak remaja.
ReplyDeletekan amie :)
Deletewah
ReplyDeletecantik-cantik lah hasilnya
nak kena try lah lepas nih
JOM HH :)
Deletecomel nya anak dia.... :D
ReplyDeletehuhu tq AR :)
DeleteAlhamdulillah ,dah besar anak kak ana. Semoga terus membesar membanggakan ibu...
ReplyDeleteaamiin terima kasih SS :)
Delete