Dah lewat 40 an ni macam-macam penyakit pun mula bertandang. Apapun syukur Alhamdulillah masih mampu mengurus diri dan rumahtangga serta melakukan ibadah sebaik mungkin adalah rezeki yang tak ternilai buat kita semua. Sebagai hambaNya kita perlu berusaha menjaga kesihatan diri dan selebihnya berdoa semoga terus di berikan kesihatan yang baik untuk kesinambungan hidup. 


garci.pro massage gel

Beberapa tahun yang lalu, kalau korang pembaca setia di sini, pasti dah tahu ana mengalami slip disc . Dari rawatan di hospital pakar hingga lah rawatan alternatif telah ana cuba. Malahan waktu itu bergantung pada ubatan hospital serta fisio terapi hampir 12 sessi yang menelan perbelanjaan ribuan ringgit di hospital swasta. 

Kemudian sebagai ikhtiar, ana cuba pula rawatan alternatif dan syukur selepas dua kaedah rawatan, ada kelegaan dan mampu meneruskan kehidupan seperti biasa. Cuma dari penerangan doktor pakar tulang dan juga pak Din pengamal perubatan tulang tradisional sama sahaja kata mereka, ana akan mengalami kesan sepanjang hayat iaitu rasa kebas pada bahagian pinggang hingga ke kaki.


garci.pro


Walaupun telah mampu melakukan kerja rumah dan keluar memandu seperti biasa namun tetap akan berasa kebas di bahagian pinggang dan kaki bila berada pada posisi yang sama dalam jangka waktu yang lama. Contohnya, kalau ana berdiri lama, duduk lama, memandu dalam jarak jauh Tuhan sahaja yang tahu kesakitan di bahagian belakang dan kemudian kaki akan terus kebas.

Ana di nasihat kan oleh kedua-dua bidang perubatan ini untuk tidak pergi berurut kerana ini masalah tulang belakang. Jadi memang tak berani lah nak berurut. Bila rasa kebas tu terus rehatkan gerak-gerakkan kaki atau baring seketika hingga lah ia beransur lega. 


garci.pro


Dan ana ni pelik juga lah sebab tak tahan pula dengan bau-bau minyak angin tradisional, memang tak mampu nak tahan. Nak tak nak kena lah guna kan gel urutan moden yang di jual di farmasi dan sebagainya. Ada yang berkesan dan ada yang tidak langsung. 

Sambil melayari youtube , terpandang lah iklan gel urutan Garci.Pro berlegar-legar di layar telefon. Terdetik di hati nak cuba pula mana lah tahu ada keserasiannya. Gigih lah mendapat kan info dan akhirnya dapat lah satu untuk ana cuba sendiri.


garci.pro


Sebelum tidur gosok-gosok dahulu Garci.Pro pada pinggang dan kaki. Sejuk dan berangin je gel urutan Garci.Pro ni selesa sangat pada ana sebab ia bukan minyak panas. Tapi ia amat melegakan dan rasa ringan selepas bangun pagi untuk persiapan sahur dan selalunya ana sambung terus tadarus hingga subuh.

Alhamdulillah lega pinggang walaupun duduk lama atas sejadah. Apa lagi yang kita sebagai hambaNya ingin selain dapat beribadah padaNya. Kalau sebelumnya setakad setengah jam dah mula rasa nyilu pada bahagian belakang dan kaki mula kebas,kini ana mampu berada lebih lama di atas sejadah tanpa perlu bersandar. Semoga setiap amalan di terimaNya jua.


garci.pro


Bila dah serasi, ana akan bawa ke mana sahaja gel urutan Garci.Pro ini sebagai bekalan . Dah macam ubat pula dah angkut ke sana sini. Ana ni cukup takut untuk memandu jarak jauh berseorangan. Dua bulan lepas, dalam PKP mak pula masuk wad di kampung. Dalam kekuatan yang ada demi mak, ana gagahkan juga memandu bersama kak long balik ke kampung perjalanan dua jam setengah kerana hanya 2 orang dibenarkan rentas. 

Selepas sejam pemanduan, ana rehat di RnR Tanjung Malim kerana waktu itu kaki dah mula kebas dan tak terasa pedal minyak. Bahaya sangat kan. Rehatlah dalam setengah jam jalan-jalan gerak-gerakkan kaki bila dah lega baru lah sambung perjalanan. 



Masa tu belum lagi kenal Garci.Pro , dari pengalaman ini sekarang ana akan bawa Garci.Pro setiap kali memandu. Sapu awal-awal sebelum pakai stokin dan terasa lega pada kaki walaupun memandu agak lama dalam kesesakan trafik, tidak lagi berasa kebas. Syukur sangat. 

Dari carian di laman web garciprohq.com , gel urutan Garci.Pro ini diformulasi kan dari minyak kayu putih,  Aloevera, Peppermint, Tea, Argan Oil dan juga Apple . Memang terasa sangat bila di sapu pada belakang ia ada aroma segar Minyak Kayu putih dan rasa dingin pepermint dan aroma epal yang tidak mengganggu hidung seperti minyak urut tradisional. Sebab itu ana selesa pakai walaupun keluar rumah. 


garci.pro


Dapatlah ana rumuskan dari pengalaman penggunaan ana sendiri Massage Gel Garci.Pro ini :

Rasa sejuk, berangin dan tidak panas jadi ia sesuai untuk semua peringkat usia.

Tekstur tidak melekit dan bau menyegarkan (aromaterapi)

Pantas meresap dalam kulit dan tidak berminyak langsung

Membantu melegakan saluran darah dan saraf yang rosak penyebab kebas

Membantu melancarkan aliran darah di bahagian kebas

Membantu melegakan sakit-sakit badan dan pinggang

Membantu membuang angin dalam badan

Mempunyai kelulusan KKM dan selamat Digunakan (KKM NOT210104156K)



Benda yang baik mestilah wajib untuk di kongsikan bersama manfaatnya. Andai korang sendiri mengalami rasa kebas , sakit pinggang, sakit tumit kaki dan lutut khasnya waktu nak naik tangga dan mengganggu solat, boleh lah mencuba sendiri gel urutan Garci.Pro ini. Mana tahu dengan asbab ikhtiar mampu memberi kelegaan untuk kita meneruskan kehidupan yang berbaki dengan sebaik mungkin. 

Untuk keterangan lanjut, korang boleh lah layari ke mana-mana pautan di bawah : 

Website : garciprohq.com