Kita masih dalam situasi kehidupan yang belum bebas sepenuhnya. Rutin harian kini tidak lagi sama seperti sebelumnya. Namun bersyukur sangat bila diberikanNya kesihatan yang baik, makanan masih ada untuk di nikmati dan di kelilingi insan-insan tersayang dan perihatin di sekeliling.

Walaupun dalam keterbatasan ruang, ana masih memilih untuk menjaga kesihatan fizikal. Mujur juga riadah seperti jogging dan brisk wall telah dibenarkan di sekitar kawasan kediaman. Jadi sebelah petang, ana akan  brisk wall bersama suami di sekitar taman kediaman kami.



Cuaca yang kadang-kadang agak tak menentu juga, sekarang ni agak panas sampai ke petang. Ana memilih pakaian yang sesuai untuk untuk riadah sebegini. Pertama nya ana akan pilih t-shirt yang menutup aurat lah kan. Tapi susah juga nak dapatkan t-shirt yang labuh, lengan panjang dan tidak terlalu ketat.

Saja lah ana survey di Instagram , ternampak lah IG Boxy.my ni. Kawan ana pun recormended jenama Boxy ni. Sekali lihat ingat semua nya t-shirt untuk golongan muda. Rupanya tak. Ada pelbagai saiz dan gaya yang boleh korang pilih di sini. Ana pun saja lah try saiz L , harap-harap tak lah ketat dan singkat. 

Lega sangat bila sampai t-shirt ungu pilihan ana ni, ia nya sangat selesa untuk wanita menutup aurat memakainya. Ia labuh, tidak ketat dan sendat bila di pakai. Korang boleh tengok ana menggayakannya dalam foto di atas, okay dah tu kan. 




Istimewa juga t-shirt ungu lengan panjang dari Boxy ni ia di jahit dari fabrik microfiber. Jadi kalau korang tak nak pakai baju yang ketat, korang perlu pilih saiz yang extra dari saiz yang biasa korang pakai. 

Bila bercerita mengenai fabrik microfiber ini, ianya adalah kain yang berkualiti baik. Ia sesuai untuk kegunaan harian sebab korang boleh sahaja basuh selalu dan ia cepat kering. Haa.. jadi dapat dua helai T-shirt dari Boxy ni dah okay, pakai hari ni basuh cepat kering, boleh lah guna setiap hari untuk aktiviti riadah. 

Bukan lah untuk pakaian riadah saja, ada banyak pilihan t-shirt yang sesuai dengan gaya korang, boleh jer nak pakai kerja atau berjalan. Kalau korang layari ke laman web www.boxy.my/microfiber-shirts , korang pasti rambang mata untuk memilih aneka gaya t-shirt microfiber yang ada di sana. 

Ada yang style Microfiber Basic T-shirt, Youth Microfiber Round Neck, Long Sleeves T-Shirt Microfiber atau pun Microfiber Polo Shirt. Kesemua pilihan t-shirt di sini adalah unisex boleh di pakai lelaki atau perempuan. 




Dan sesuatu yang ana suka juga dengan microfiber  t-shirt dari Boxy ini ialah kemasan jahitannya. Ia di jahit dua kali tindihan pada hujung lengan dan bawah baju. Bukan macam kebanyakan t-shirt lain yang hanya sekali jahit. Ia tidak mudah terkoyak atau tetas bila di pakai. 

Fabrik microfiber ini juga menyerap peluh bila ana beriadah di waktu petang, tak lah panas dan basah walaupun berpeluh juga nak round satu taman. Selesa di pakai. Jadi kalau korang sedang tercari-cari t-shirt jenis microfiber tak kiralah untuk riadah atau pakaian santai, kerja atau apa sahaja bolehlah layari ke www.boxy.my

Terdapat tawaran harga menarik dan pilihan produk yang pelbagai di sana. Kesemua produk baju yang ada di sana adalah ready stok, pasti korang dapat cepat kerana ia akan di pos dalam masa 24 jam selepas tempahan dan bayaran. Mudah sekarang ni untuk membeli baju secara online sahaja, jimat dan selamat. 


4 Comments