Alhamdulillah syukur padaMu jua, 27hb Jun yang lalu genap usia abah ana 80 tahun. Satu perjalanan usia yang panjang pinjaman dariMu untuk kami anak cucu merasai kasih sayang dan doa mereka berdua, mak dan abah. Walaupun dalam hati kami amat rindu pada mak dan abah namun cuba sedaya upaya menggembirakan mereka. 



Dah hampir lebih 6 bulan kami tidak bertemu mak dan abah. Syukur juga adik ana, tinggal di Manjung dan dapat sekali dua balik uruskan mereka bila mak dan abah mendapatkan suntikan vaksin bulan lepas. Kedua mereka telah pun lengkap 2 dos vaksin dan atas niat ikhtiar untuk mencegah semoga ianya menjadi asbab dengan izinNya juga buat mereka. 

Pada usia 80 tahun, mak dan abah berdua di kampung, hati memang tak pernah tenang, risau memikirkan kesihatan mereka, makan minum dan keperluan mereka berdua. Apapun syukur kerana mereka di kelilingi saudara-mara dan jiran tetangga yang mengambil berat akan keduanya. 

Sedih bila mengenangkan abah kini banyak menguruskan rumah dan menjaga mak yang makin uzur. Alhamdulillah mereka berdua masih di berikan kekuatan fizikal . Sekali sekala abah keluar juga membeli barang keperluan dapur dan harian. Selalunya kami akan pos atau cod mana yang dapat. 

Hari lahir abah, Adik Ika order food panda dan hantarkan menu makan tengahari nasi ayam Bakers Cottage serta kek buah dan petangnya adik dan adik ipar ana pula buat kejutan hantar roti jala jelita dengan kari ayam. 

Walaupun tidak dapat bersama meraikan namun kami cuba sedaya upaya untuk membuat mereka gembira. Seronok abah bila kami call kerana abah tak ada data internet. Bukan tak nak masukkan data tapi dah cuba abah tak pandai menggunakannya dan abah lebih suka bercakap dengan telefonnya. 

Selamat hari lahir abah yang ke 80, doa kami semua semoga abah dan mak di panjangkan usia, di berikan kesihatan yang baik dan sentiasa di dalam perlindungan Allah swt setiap saat dan ketika. Sama-sama kita berdoa memohon kepadaNya semoga segera dikembalikanNya kehidupan yang normal agar dapat kembali ke pangkuan mereka yang di rindui.. aamiin Ya Rabbal A'laamiin.. 


13 Comments

  1. Semoga abah ana sentiasa sihat walafiat.. Selamat hari jadi pakcik

    ReplyDelete
  2. Hehe biasa, Uwan saya pun beri telefon bimbit tidak reti guna.
    Selamat harijadi abah Kak Ana. Moga panjang umur dan dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir untuk abah kak ana! Semoga dilimpahkan rezeki yang berterusan dan sihat sihat selalu! :)

    ReplyDelete
  4. Semoga kedua ayah dan ibu kak ana sihat sejahtera..amboi..SA kalau tengok roti jala jelita ni terus sayang nak makan...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah…80 tahun. Semoga kedua ibu bapa Ana sentiasa dalam lindungan Allah. Memang risau dan sedih kan…dah lebih 6 bulan kita tak dapat balik jenguk orang tua.

    Cantik sungguh roti jala tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. aamiin terima kasih Ujie

      Delete
  6. Selamat hari lahir yang ke 80 untuk Abah Kak Ana, dan tahniah saya ucapkan buat kedua ibu bapa Kak Ana yang telah lengkap dua dos vaksin. saya doakan semoga Kak Ana dapat pulang ke kampung berjumpa dengan ibu dan ayah Kak Ana secepat yang mungkin.
    Roti jala tu nampak cantik, rasa dia pun mesti sedap kan, dah lama tak makan roti jala 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. aamiin terima kasih Mija :)

      Delete
  7. selamat hari lahir abah ana moga tiasa sht sejahtera

    ReplyDelete