Terlebih dahulu ana bukanlah youtuber yang dah berjaya macam mereka yang telah pun menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan dari adsense. Apa yang ana nak kongsikan di sini adalah beberapa tips yang ana sendiri pelajari dari carian internet, ana aplikasikan di channel youtube sendiri dan Alhamdulillah, earning adsense banyak perubahan dan kian meningkat bulan demi bulan, dengan bertambahnya views, watch hours dan juga subscribers.

Jadi untuk youtubers yang baru nak berjinak-jinak dengan adsense atau pun pemula yang sedang berusaha untuk naikkan watch hours dan juga subscribers mungkin boleh cuba cara ana ni dan mudah-mudahan ada kesannya pada channel masing-masing. Walau bagaimana semua itu bergantung kepada content video itu sendiri.  


cara naikkan subcriber youtube

Antara syarat kelayakan untuk menempatkan adsense di channel youtube kita ketika ana mula-mula membuat permohonan dahulu ialah dapatkan jumlah jam tontonan atau watch hours selama 4000hrs dan 1000 subscribers. Selain itu content video juga adalah bukan untuk tontonan kanak-kanak ( Not made for kids) . Sekiranya kita berjaya memenuhi syarat-syarat tersebut baharulah akan lulus paparan iklan dari adsense dan mula mengumpul earning. Itu ketika ana lalui proses nya dahulu lah dan boleh jadi kini syaratnya dah berubah, ana tak pasti.

Ada beberapa syarat lain juga yang perlu di patuhi seperti elakkan tuntutan copyright, yang selalunya dalam bentuk audio lagu latar belakang yang kita gunakan, content video dengan hak cipta terpelihara atau copyright dan sebagainya. Cuba lah dapatkan info yang tepat dari carian di internet dari mereka yang lebih arif dalam bidangnya. 

Apa yang ana nak kongsikan dengan korang hari ini ialah bagaimana ana berjaya mendapatkan watch hours dan juga view yang makin hari makin meningkat sekali gus berpeluang untuk mendapat ramai subscriber baharu ke channel kita. Alhamdulillah walaupun bukan semua video akan menjadi hit tetapi ada beberapa yang mencapai views lebih 90k dan membolehkan cashout earning setiap bulan.

Sebagai seorang blogger, kami dah terbiasa dengan teknik SEO untuk menempatkan entri di carian halaman pertama atau first page di carian internet, rupanya Youtuber juga ada teknik SEO yang boleh kita guna pakai dan semua ini perlu di lakukan di Youtube Studio channel masing-masing. Jom kita tengok.


Tips naikkan watch hours , views & subscribers Youtube channel

Ana melakukan editing SEO tips di Youtube Studio menggunakan laptop kerana ia lebih mudah berbanding mobile mode. Ini kerana ada beberapa segmen di Youtube Studio ini tidak dapat di akses melalui mobile mode atau telefon. 

Langkah pertama korang perlu lah log in ke akaun youtube channel melalui email seperti biasa dan klik sebelah atas kanan dan pilih paparan pop up ke Youtube Studio . Kalau menggunakan phone , perlu download apps Youtube Studio terlebih dahulu. 


tips naikkan subscriber youtube

Kantoi nampak Khai Bahar situ yer, okay abaikan. Dari situ kita akan di bawa ke paparan Channel Dashboard di mana semua rekod aktiviti channel kita ada di sana. Di sebelah kiri dashboard pilik pautan Content dan akan terpapar video-video yang telah di terbitkan. Pilih lah video mana yang korang nak masukkan SEO dengan klik pada ikon " detail " untuk editing. 


tips naikkan subscribers youtube


Sebagai contoh, ana pilih video resepi masakan laksam untuk ana masukkan beberapa keyword dan teknik supaya dari video ini akan mudah berada di capaian carian internet serta mendapat watch hours dan views untuk channel dengan suggestion video dari youtube semasa tontonan. 


tips naikkan watch hour youtube


Dipaparan Channel Content - Video Details , kita boleh membuat editing details pada video seperti memasukkan description , edit tumbnail untuk cover video, tetapan audience sama ada ia nya 'made for kids' atau tidak dan sebagainya. Dan teruskan klik ' show more' di mana korang akan sampai pada Tags dan disini isi kan keywords untuk content video korang yang mana carian internet akan mudah di capai sekiranya keywords pencarian sama dengan tags. Boleh letak beberapa keywords dengan menekan 'enter' pada keyboard atau koma pada keypad smart phone. 

Sebagai contoh video resepi laksam ana masukkan tags dengan keywords " cara masak laksam " ," resepi laksam kelantan"  dan " resepi laksam " yang mana berkemungkinan carian adalah melalui keywords begitu. Teknik ini sama seperti SEO pada entri blog di mana kita masukkan keywords yang akan memudahkan capaian pencarian internet terus ke blog. Pilihlah keywords yang sesuai untuk content video masing-masing naa.. 


cara naikkan watch hours youtube



Selesai satu bab, untuk menambah watch hours pada channel di mana akan melayakkan korang mencapai syarat adsense dan sekiranya telah pun lulus adsense akan menaikkan earning, korang boleh masukkan ' suggestion video ' di bahagian akhir content ( end screen ) video korang dan juga masukkan link suggestion video di paparan card pada pertengahan tayangan video. Kedua teknik ini korang boleh masukkan dengan klik pada paparan End Screen dan Cards pada sebelah kanan Video Details tadi.


cara naikkan watch hours youtube


Untuk End Screen , ada beberapa elemen yang korang boleh pilih , sama ada memaparkan 2 video dari mana-mana video dalam channel korang, atau pun masukkan video dan subscribe button, video dan playlist dan sebagainya. Pilih lah ikut masing-masing. Ana selalu akan masukkan 2 video suggestion yang berkaitan dengan video yang sedang di tayangkan. Contoh kalau resepi kek, ana akan masukkan dua lagi video resepi kek yang berlainan di situ. 


cara naikkan view youtube

Untuk video resepi laksam, ana pilih dua video yang telah ana terbitkan sebelum ini untuk paparan suggestion video di End Screen. Satu ialah video resepi mee kicap dan satu lagi resepi laksa mee Pangkor. Mana lah tahu kan sambil audience menonton video resepi laksam mereka akan sambung pula menonton salah satu video yang di cadangkan. Secara tak langsung akan berjaya menaikkan views dan watch hours channel YTC kita. Gituew!! Dah siap jangan lupa " SAVE " naa.


cara tambah view youtube channel


Samalah untuk masukkan CARDS di tengah-tengah tontonan video. Korang klik pada Cards di Video Details tadi dan akan di bawa ke paparan memilih apakah jenis link card suggestion ketika tayangan video. Korang boleh pilih nak letakkan " video "  (video terbitan YTC korang), " Playlist " , " Channel" atau " Link " . Ana akan pilih link dari video YTC ana sendiri . 

Untuk video laksam, ana pilih video resepi kerabu meggi Thai sebagai suggestion card yang akan muncul di tengah tayangan. Mungkin akan menarik minat audience untuk klik dan menonton pula video yang di cadangkan ini. Sekali lagi ia boleh menambah views tontonan dan juga watch hours, malahan yang berminat dengan resepi-resepi akan subscribe channel kita. 


cara naikkan subscriber youtube


Jangan lupa SAVE naa semua editing yang kita buat pada Video Detail di Youtube Studio. Mudah-mudahan tips yang ana kongsikan ini akan mencapai matlamat kita untuk sama-sama naikkan subscribers, views dan juga watch hours channel korang. Semua pun bergantung pada content video masing-masing. 

Kita tidak perlu mengharapkan subs for subs untuk mendapatkan pertambahan subscribers kerana ia tidak organik. Jika content kita di sukai, pasti audience akan subscribe. Di kalangan sesama youtubers juga rajin-rajin lah youtube walking dan support genre video yang sama. In Shaa Allah mereka akan kembali ke channel kita dan melakukan perkaranya yang sama. Rajin tinggalkan komen, like dan jika suka subscribe, tak rugi pun. Dengan teknik-teknik di atas ana berjaya menambah lebih kurang 1000 subscibers dalam masa 2 bulan kebelakangan ini. 

Apa sekali pun buat lah content yang baik-baik, yang bermanfaat, tidak melalaikan, tiada aib dan fitnah, jaga aurat kerana semua ini akan turut mendapat audit akhirat buat kita hambaNya. Hasilkan content video sendiri dan jangan ambil video orang tanpa izin kerana menghasilkan video dan editing bukanlah satu kerja yang mudah. Apa perasaan kita bila ada orang ambil video kita dan dapat earning, mestilah kita marah kan.. Oleh itu,  jika kita mendapat earning, pastilah kita inginkan hasil yang berkat. Semoga bermanfaat, In Shaa Allah. 

8 Comments