Antara covid long term symptom yang ana alami waktu ini walau pun dah 3 bulan selepas tempoh sembuh , adalah cepat penat dan mudah untuk dapat batuk ringan. Minuman sejuk atau ais krim memang pantang sangat lah, cepat je jadi asbab dan dapat batuk ringan. 

Tapi Alhamdulillah tidaklah memudaratkan dan ana tak perlu pun mengambil ubat batuk. Cepat sahaja hilang dalam beberapa jam. Ana sekeluarga mengambil vitamin c dalam bentuk tablet atau pun kami gilir-gilir dengan memakan buah-buahan. In Shaa Allah kita ikhtiar menjaga kesihatan. 

Sekarang ni pula musim buah tempatan kan, buah rambutan antara yang banyak di jual. Walaupun di kampung banyak berbuah sampai mak saudara panggil orang tebang dahan dan jual, selepas sedekah pada saudara dan rakan-rakan terdekat. Tak termakan dan sedih depa sebab anak cucu ramai yang tak dapat balik.

Di rumah ana ni pun tak pernah beli buah rambutan, jiran-jiran yang kebetulan dapat permit balik kampung atas urusan keluarga sedekah berplastik-plastik kat kami. Syukur sangat. Selalu ana akan kopek siap-siap isi rambutan dan buh dalam peti ais.


air rambutan

Tapi tu laa.. macam ana cerita awal-awal tadi, nak makan banyak takut batuk , makan lah sikit-sikit sehari dalam 4-5biji cukup dah. Selebihnya ana simpan, anak-anak ulang makan sikit-sikit juga. Terfikir nak jadikannya menu, ana dapat idea untuk jadikannya minuman, air rambutan gituew. 

Ana anggapnya ganti laici dalam tin dan tercetuslah idea buat minuman koktail rambutan. Sedap rupanya, menyejukkan tekak. Cuma ana tak buh ais batu. Air sejuk suam sahaja. Korang yang sihat tu boleh lah jadikannya minuman sejuk. Memang sedap.

Resepi air rambutan koktail


Bahan-bahan yang ana campurkan dalam minuman koktail rambutan:


Isi rambutan- keluarkan biji nya carik-carik
Air gula 
Asam boi
Limau kasturi - belah dua 
Air sejuk 

Cara buat air rambutan koktail mudah sangat, korang campurkan sahaja kesemua bahan dan nikmati sebagai minuman sejuk. Limau kasturi tu perahkanlah jus nya dan masuk dengan buah sekali naa. Kalau ada daun pudina pun sedap ni ala-ala minuman detox tu kan. Selamat mencuba naa. Korang juga boleh jadikannya air rambutan seperti air laici dalam tin dengan cara yang sama. 


10 Comments

  1. segar tekak dpt minum coktail rambutan sedap tu

    ReplyDelete
  2. Menarik ni. Kadang-kadang jenuh nak habiskan bila jiran-jiran bagi buah rambutan. Nanti boleh buat cocktail ni. Take care yer

    ReplyDelete
  3. huih sedap nih kak tapi sedar diri ni mudah batuk bila makan rambutan tak berani nk buat... takut lupa diri, makan rambutan pun sehari 3-4 biji je berani lebih-lebih takut koh koh tak boleh tidur

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul dana makan lebih batuk pun menjelma lah kan adoi :)

      Delete