Alhamdulillah tahun ini walaupun kita di ujiNya dengan pendamik, banyak kesedihan dan air mata , banyak kesabaran yang diperlukan untuk kesinambungan kehidupan, namun semua nya pasti akan ada hikmah menanti. Jika bukan di dunia, in shaa allah ganjaran akhirat pasti ada. 

Musim buah-buahan tempatan kali ini juga bagaikan melimpah ruah rezekinya. Memang sedih sangat dah hampir setahun tak dapat nak balik kampung makan buah durian, rambutan dan manggis di rumah arwah tok. Namun Tuhan itu Maha Pengasih dan Penyayang... 

Tahun ni harga durian kampung murah-murah di pasaran, sampaikan kira biji pun ada dan walaupun murah isi nya baik-baik semuanya. Merasakan anak-anak, suami beli beberapa biji durian kampung dan dengan isi yang tebal dan sedap. 


resepi kek durian


Selain dari makan begitu sahaja buah durian yang di beli, dah pun ana masak jadikan kuah durian atau serawa durian, jiran pula sedekah bubur pulut hitam durian. Terfikir nak buat apa lagi dengan buah durian ni ? Ana cadang nak try buat kek durian, haa ni resepi olahan sendiri je ni dengan resepi asas kek mentega atau buttercake, ana masukkan isi durian bersama susu segar. Jom tengok resepi kek durian versi anajingga dot com...

Resepi kek durian 

Bahan-bahan kek durian

2 cawan tepung kek
1 cawan gula kastor
1 cawan mentega
4 biji telur
1/2 cawan isi durian tanpa biji 
1/2 cawan susu segar


resepi kek durian


Cara buat kek durian 

- Lenyet isi durian dalam mangkuk dan masuk susu, gaul sebati. 

- Pukul gula dengan mentega hingga putih dan gebu.

- Masukkan telur satu persatu. Pastikan pecahkan terlebih dahulu telur dalam bekas lain sebelum masukkan ke dalam mixer. Manalah tahu kan ada telur yang tak berapa elok termasuk pula dalam adunan kek kita nanti.

- Masukkan adunan durian bersama susu tadi. 


resepi kek durian


- Ayak tepung kek.

- Bila adunan dah sebati dan naik, masukkan tepung kek sedikit demi sedikit. Masa ni kita kena perlahankan putaran mixer.

- Panaskan oven pada suhu 180' , api atas bawah .Ini ikut saiz oven masing-masing naa. 

- Alaskan loyang dengan baking paper dan masukkan adunan kek serta hentak-hentakkan perlahan supaya adunan sekata. Ana guna loyang saiz 6 . 

- Bakar selama 1 jam atau boleh lah check dengan mencucuk lidi ke bahagian tengah kek. Kalau tidak ada kesan melekat pada lidi dan kering maknanya kek kita dah masak sempurna dah tu.
 

resepi kek durian


Kek durian resepi ana ni dia agak berat dan basah kejadiannya dan ia tidak begitu gebu naik seperti kek mentega biasa. Bahan lembab cecair dari isi durian dan susu segar itu yang menjadikannya kek yang basah atau moist. 

Resepi ini pun tak terlalu manis dan tidak boleh simpan lama rasanya kerana ana menggunakan isi durian asli bukan pes atau perasa durian. Saiz kek pun kecil loyang saiz 6 sahaja, tak dan nak simpan lama pun, sedap di makan untuk menu minum petang dengan teh o. Cuba lah naa.. kalau dah tak tahu nak buat apa dengan durian yang banyak tu hehe..

Kalau korang pandai buat topping butter cream boleh juga masukkan sedikit perisa durian ke dalamnya. Mesti ada ala-ala rasa kek durian dari Secret Recipe yang sedap sangat tu kan.. Tapi ni resepi kek durian ala-ala kampung je.. Semoga bermanfaat.. In Shaa Allah.. 


12 Comments

  1. Kene cuba ni kak, durian tengah banyak... mesti best bau semerbak je

    ReplyDelete
  2. nampak sedap kek durian ni, moist-moist gitu

    ReplyDelete
  3. wow ada durian, ada susu segar tentu lemak2 rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye mama lemak-lemak manis bau doyan kek nya :)

      Delete
  4. sedapnya! sy ni kalo durian betol xleh nk mkn..
    kalo kek durian ke.. aiskrim durian ke.. teringin jgk nk merasa.. haha

    ReplyDelete
  5. nampak sedap dan berkilau...rasa hati ingin mengiris dan mencicip slice kuenya...great recipe kak :)

    ReplyDelete
  6. Alaaaa..tgok entry kak ana ni terus rasa nak buat kek plak .tp teringin nak buat kek pandan...

    ReplyDelete