Kambing gril bersama keluarga di rumah sahaja ..
Belum ada keberanian untuk kami dine in di luar , mungkin dah terbiasa tingal di rumah dan bersama keluarga agaknya ye :) Maklumlah dah hampir dua tahun di ajar #stayAtHome , kita pun duduk lah di rumah melainkan ada keperluan untuk keluar.
Namun Alhamdulillah.. sehari dua ni nampaknya keadaan makin baik, jumlah kes positif di Selangor ada penurunan. Syukur sangat, dan moga ia akan terus berkurangan dan sama-sama lah kita patuhi SOP yang di didik mudah-mudahan dapat mengembalikan kepada kehidupan kita yang sedia kala.. aamiin.
Anak-anak dan suami teringin nak makan kambing gril , lama dah tak makan. Memang selalunya kami buat sendiri di rumah sahaja. Kambing kami beli di Ikhwan Butcher sekitar kediaman ana ni sahaja. Daging segar di jual di sini dalam beberapa jenis, sama ada untuk gril atau potongan kiub untuk masakan. Harga pun mengikut harga pasaran.
Perapan kambing gril ni, Adik Ika yang buat. Selalu bab perapan dan sos memang bahagian dia lah. Ini kerana waktu tunggu keputusan SPM dahulu, Adik pernah kerja di restoran makanan barat milik cikgunya . Ada lah juga pengalaman nya dalam penyediaan menu masakan barat ni.
Bahan perapan kambing gril mudah
Adik perap kan kambing dengan sos tiram, sos lada hitam, serbuk lada hitam , gula perang dan kicap pekat manis. Serta taburan herba italy ( Italian herbs ) . Perap dalam 2-3 jam sebelum meng gril. Kami gril dalam oven sahaja, mudah. Alhamdulillah sedap sangat kejadiannya.
Resepi gravy brown sos Khairul Aming
Untuk gravy Adik Ika yang sediakan dengan panduan resepi asal dari Khairul Aming. Bahan-bahannya seperti bawang holland, mentega, sos tiram, kicap manis, serbuk lada hitam dan tepung gandum. Tumiskan bawang holland yang di dadu bersama mentega, masukkan sos tiram, kicap manis dan rasakan dengan serbuk lada hitam. Masukkan sedikit air dan kemudian masukkan bancuhan tepung gandum untuk memekatkannya. Jangan buh garam kerana sos tiram dan kicap manis pun dah agak masin kan. Kacau hingga mendapat tekstur kepekatan yang kita kehendaki. Memang sedap dan tanpa msg gituew.
Side dishes nya pula by Kak Long, ada wedges, coleslow dan pencuci mulut koktail buah naga dan tembikai. Anak-anak ni kalau nak makan western bukan main lagi nak kena lengkap sampai ke dessert. Sekali sekala kan.
Begitulah kami sekeluarga, sehingga waktu ini masih berempat beranak. Belum lagi di izinkanNya untuk berkumpul dengan ahli keluarga yang lain, walaupun rindu ini hanya Tuhan yang tahu. Teruslah kita ber ikhtiar , berdoa kepadaNya semoga kita semua akan dapat berkumpul makan-makan bersama keluarga tercinta dalam suasana yang selamat sedikit masa lagi, Aamiin Yaa Rabbal A'laamiin.
19 Comments
Sabtu ni birthday Dania..SA bercadang nak buat gak lamb grill...tapi tu la..nak pi pasaraya besar x complete dose lagi sedangkan disitu jer ada lamb slice yang cantik utk buat lamb grill
ReplyDeletehaah SA selalunya ada kat pasaraya kalau dapat kat kedai daging macam Ikhwan pun ada jual :) Happy birthday Dania :)
DeleteMemang menarik sangat nampaknya kejadian kambing gril tu kak Ana mesti puas makan
ReplyDeletealhamdulillah Mrs A rezeki sekeluarga :)
DeleteYe Kak Ana, ada rasa lega & syukur bila kes makin menurun ni alhamdulillah
ReplyDeleteSelain kambing grill, koktail tu pun nampak mengancam kak!
dessert wajib kan PH bila makan kambing gril ni :)
DeleteMasak di rumah lagi selamat..
ReplyDeletein shaa allah etuza :)
Deletemantap2 menunya kak
ReplyDeletesekali sekala Syaz :)
DeleteWaalu menikmati hidangan lengkap bersama sama keluarga sendiri tetap terasa ada yang kurang bila tidak dapat berkumpul beraia-ramai kan kak.
ReplyDeletein shaa allah PC semoga kehidupan kita akan jadi lebih baik di masa mendatang aamiin
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSedap menu, Kak AJ.
ReplyDeletealhamdulillah JR
DeleteMemang sedap buat kambing grill tp nina suka bt sos pencicah mcm daging harimau menangis
ReplyDeletehat tu pun sedapppp Nina :)
DeleteDari hari tu kami nak menggrill Ana, tp sampai sudah tak buat buat hahahha… tempat BBQ dah beli kat shopee, arang je tak terbeli sampai sudah … senang kalau makan makan ramai cenggini, masing masing ada tugas, baru enjoy kan
ReplyDeleteHaa maknanya kena beli arang dulu sebelum beli daging, in shaa allah jadi lah nanti hehe :)
Delete