Apa nama sebenar menu masakan tradisional kaum India ni pun ana tak pasti, dari kecil ana panggil masalodeh , pastu dengar ada orang panggil vadey. Kena tanya kawan-kawan kita yang berbangsa India, depa jer yang boleh bagi jawapan yang betul 😉

Ana memang suka makan kuih tradisional mereka ni, Alhamdulillah sekarang orang kita pun dah pandai buat dan jual. Ada dua jenis vadey yang ana suka, satu yang ana nak share kan resepi dengan korang ni lah yang ana panggil masalodeh, satu lagi dia macam donut bentuknya tapi lembut dan garing di luar. 



Resepi masalodeh atau vadey

Untuk resepi masalodeh ni mudah sangat nak buat, dan bahan pun kita kenal dan senang. Berbanding dengan yang macam donut tu ana pernah google ada menggunakan sejenis tepung tradisional kaum India yang tertentu. 

Dalam waktu-waktu pendamik ni, kita lebih rasa yakin buat sendiri menu-menu masakan ni kan. Jadi bila teringin cari bahan dan buatlah.. Alhamdulillah menjadi dan sedap di makan panas-panas. Jom kita tengok bahan dan cara buat masalode ni yang dah beberapa kali ana buat sebagai kudapan.

Resepi masalodeh 



Resepi masalodeh atau vadey


Bahan-bahan untuk buat masalodeh

Kacang dhal 
Bawang besar
Cili kering atau cili api ikut kepedasan sendiri
Daun kari
Jintan manis jika suka 
Garam

Cara buat masalodeh 

Mudah sangat, pertamanya kacang dhal ana beli dalam pek RM2 sahaja, kemudian basuh bilas bersih kemudian rendam sekurang-kurangnya selama 4 jam.

Bawang merah potong dadu. Cili api gunting kecil-kecil. Lurutkan daun kari dan pecah-pecahkan jintan.

Bila kacang dhal dah lembut, tapis dan  buang airnya. Asingkan sedikit untuk bijian kasar dan selebihnya blender sampai hancur dan halus. Kisar kering naa tak perlu buh air. 

Campurkan semua bahan bawang, cili, jintan, daun kari dan garam ke dalam kacang dhal yang di kisar bersama taburan bijian kacang dhal yang kita sebelahkan tadi.

Bentukkan bulat leper dan sedia untuk di goreng dalam minyak yang panas dalam api perlahan. Balik-balikkan dan tos minyak selepas di angkat.

Siaplah menu kuih masalodeh yang sedap rangup di luar dan lembut isi di dalamnya. Selamat mencuba naa.. Semoga bermanfaat , In Shaa Allah.