Rasanya hampir setengah tahun kita ni dalam fasa demi fasa pemulihan pendamik tahun 2021 kan. Pernah suatu ketika kami di Selangor ni mencecah 8 ribu kes sehari, berita kehilangan insan-insan tersayang hampir setiap hari muncul di feed FB.. Allahu sedih yang teramat malahan ana sendiri kehilangan kawan baik seusia dari darjah satu, dan dalam tempoh yang sama ana dan suami pernah di ujiNya sebagai sebahagian statistik wabak.


Royale Songket, Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam


Apapun masih sangat kita perlu mensyukuri segala nikmat yang hadir di sebalik ujian-ujian berat ini. Melewati hari demi hari dengan tabah dan sabar, kini bagaikan ada sinar menyinari. Bilangan kes harian yang banyak kurangnya dari sebelum ini, wad-wad yang di khaskan untuk pendamik kini nampak lega dan kes di ICU juga banyak penurunannya. 


Royale Songket, Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam


Rakyat mulai di benarkan keluar untuk mencari rezeki, banyak sektor telah di buka fasa demi fasa. Alhamdulillah. Dan dalam keluarga kecil ana ni, Adik Ika yang paling akhir melengkapkan suntikan vaksin nya kerana dia penerima AZ yang mengambil masa 2 bulan untuk dos kedua. Sehingga melewati tarikh birhday nya 22hb yang lalu. 


Royale Songket, Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam


Beriya lah dia request nak dine in kat hotel. Lama dah tak makan sedap-sedap dalam hotel, bu. Erm.. Betul lah tu. Nak bercuti kami belum bersedia lagi kerana dalam fikiran ni nak balik kampung terlebih dahulu bila ada kebenaran rentas negeri nanti. Jadi sementara ni kami perlu sangat jaga kesihatan dan diri mudah-mudahan bila boleh balik kampung jumpa mak abah dalam keadaan yang sihat, aamiin. 


Royale Songket, Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam


Untuk memenuhi hasrat birthday girl nak dine in di hotel, kami ke Shah Alam sahaja yang tak jauh sangat dari kediaman. Pilihan ana ke Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam. Bukan apa, dah biasa ke sini sebelum ini dan menu makanan dari Mardhiyyah memang kena dengan selera kami. Semua sedap dari western, dessert, Japannese food, Chinese food apa tah lagi menu masakan Melayu, semua sedap-sedap. Mardhiyyah ni sangat Islamik di mana alunan bacaan ayat suci Al Quran berkumandang di ruang lobby dan restorannya dan sajian mereka adalah Halal. 

Mardhiyyah Hotel & Suites ni dahulu nya Grand Bluewave , Shah Alam. Buat masa sekarang operasi restoran Royale Songket berada di aras 1 sementara pihak pengurusan hotel sedang menaik taraf dan reno ruang lobby di Mezzanine Floor. Nanti dah siap Restoran Royale Songket akan berada di bawah semula, In Shaa Allah. Mesti cun kan.. 


Royale Songket, Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam


Okay lah meh tengok apa yang kami makan di Royale Songket, Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam ni untuk menu makan malam. Ana sebab dah kenyang makan nasi arab pemberian jiran kami Cikgu Faz & Tuan Sabri, ana ambil dessert sahaja, chocolate moist dan teh tarik. Rindu weii teh tarik hotel ni.. Kek chocolate moist dia punya lah heaven memang sedap, lembut, kaya dengan coklat dan topping yang tak manis tapi indulgence sangat. 


Royale Songket, Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam


Adik Ika birthday girl ni biasa lah dengan Kak Long pilih nak makan western pasta carbonara dan bolognese classic. Minuman pilihan depa smooties strawberry untuk Kak Long dan Latte untuk Adik. Tak tahu nak cerita macam mana, serius anak-anak suka dengan menu pilihan mereka. 


Royale Songket, Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam


Dan untuk ayahnya selera Melayu sangat lah makan nasi goreng Cina bersama udang dan ayam. Sangat puas hati dengan citarasa masakan taraf hotel yang sedap di minum dengan espresso pekat. Alhamdulillah rezeki yang di syukuri. 


Royale Songket, Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam

Jadi kalau korang pun macam Adik Ika nak dine in di hotel boleh lah ke Restoran Royale Songket, Mardhiyyah Hotel & Suites , Shah Alam ni. Memang berbaloi dan sedap.  Suasana pun damai dan tidak sesak, tenang sangat dengan penjagaan SOP. 

Bukan apa, kita ni masih perlu sangat penjagaan jarak dan memilih lokasi makan yang selesa kerana wabak ini masih ada dalam komuniti. Semoga dengan ikhtiar kita bersama mengambil vaksinasi, menjaga SOP sebaiknya dan paling penting berdoa dan terus berdoa agar terhindar dari sebarang jangkan , aamiin Ya Rabb . 




8 Comments

  1. Teringin pula nak bawak Kakak ke sini bday dia hujung bulan ni. Nak keluar ke tempat crowded tak berani lagi, kalau tmpt ekslusif macam ni rasa ok sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah PH ada pelbagai tawaran sekarang nii pii laa memang privacy in shaa allah

      Delete
  2. Rindu kan Ana nak makan-makan kat hotel macam nie. Semoga semuanya lebih baik lepas nie kan..

    ReplyDelete
  3. hepi besday ika sedapnya die in kathotel tu..meriah menunya

    ReplyDelete
  4. macam mana nak reserve? ke walk in terus yee tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh walk in sahaja puan kalau nak reservation cuba ke FB Mardhiah Hotel Shah Alam..

      Delete