Idea susun atur cermin Lots Ikea
Mahu mencipta kelainan ruang tamu rumah, kali ini ana tukar semula wallpaper di dinding kemudian cat dengan warna kelabu. Cadang nak beri sentuhan moden pada sudut ruang tamu ni. Sebelum ni menggunakan cermin 3 keping cermin panjang bingkai kayu sebagai effect keluasan pandangan, kali ini, anak-anak nak letakkan cermin Lots Ikea.
Barulah nampak moden kata depa. Awal-awal ana beli 3 set cermin Lots, Ikea ni. Sebelum pkp 3.0 hari tu harganya masih RM19.90 untuk 4 unit satu set, tapi laa nii dah naik kepada RM22.90 satu set. Naik sikit lah dan kebanyakan produk Ikea pun dah naik juga dalam RM2-RM3 macam tu.
Mula-mula ana beli 3 set jadi ada 12 keping cermin Lots, bila dah susun nampak tak memberi impak sangat pada ruang dinding sebab dinding ni agak luas. Jadi kami tambah lagi 2 set menjadi 5 set dan ada 20 keping cermin Lots.
Bila di susun mejadikannya 6 keping melintang dan 3 keping tinggi ( 6x3 = 18 keping ) bermakna ada baki 2 keping. Baharulah nampak kan impak luas pada ruang. Susun atur cermin Lots Ikea ni memang mudah kerana ia bersaiz 1x1 segi empat sama. Ikut lah kreativiti sendiri mengikut kesesuaian ruang yang hendak di dekor.
Cara pasang cermin Lots, Ikea
Cara nak lekatkan pun mudah sahaja, kerana ia di datangkan dengan dua pelekat di bahagian belakang. Cuma perlu tanggalkan lapisan atas double sided tape, dan lekatkan. Cuma pastikan betul-betul kedudukan nya sebelum di lekatkan kerana hanya sekali guna sahaja tape pelekat ini. Ia memang kuat tapi kalau di cabut semula ia tidak boleh di gunakan semula, dah tak kuat gam nya.
Kena juga pastikan permukaan dinding licin, bersih dan gunalah pembaris atau alat ukur darjah ketepatan supaya tepat dan selaras jarak setiap satu cermin. Tak lah senget benget nanti bila dah siap pasang, kan.
Jom ana kongsikan disini, beberapa idea untuk susun atur cermin Lots, Ikea ni sebagai rujukan bersama. Semoga dapat memberi inspirasi buat mereka yang sedang bercadang untuk deko-deko ruang. Kredit foto-foto dari Pinterest dan Google Image.
12 Comments
wah deko yang sangat cantik dan mengujakan
ReplyDeletegaya moden kan :)
Deletecantiknya, dana dah lama teringin buat tapi asik la lupa, ada beli tapi duduk jelah dalam stor tak di pasang lagi
ReplyDeletesenang sangat pasang nya Dana, ajak suami buat sekarang jugak hehe :)
Deletedeko yg sangat lah cantik dan menarik
ReplyDeletegaya moden UN kan :)
Deletecantiknya semua stail susun atur cermin Lots tu. Thanks share kak ana!
ReplyDeletesama-sama FJ :)
Deletecantik..ammi ada 2 keping cermin yang tersadai parking bawah katil anak. bilalah nak naik ke dinding ntah
ReplyDeletehaha lekat kan he ammi :)
DeleteNAMPAK CANTIK KEMAS BERBEZA
ReplyDeletekann kak PI :)
Delete