Menu orang kampung sangat ni, pemberian jiran-jiran tersayang.. Alhamdulillah di kurniakan kejiranan yang baik-baik di kediaman kak ana amatlah di syukuri . Lama sungguh tak menikmati gulai nangka muda. Kalau dahulu di kampung halaman kak ana di Teluk Intan, gulai nangka air tangan mak saudara, we Midah... paling sedap!

Dulu-dulu buah nangka dan cempedak ada beberapa pokok di keliling rumah kami. Bila musim sampai busuk di pangkal pokok pun sebab masing-masing ada pokok sendiri, nak jual tak juga, makan sendiri anak beranak sahaja lah. 

Beza sangat sekarang, semua buah-buah kampung dah timbang kilo, berat isi buah dengan berat kulit sama di timbang. Mahal boleh tahan juga harganya. Malahan di kampung kak ana pun dah tak ada pokok cempedak dan nangka. Jadi payah dah nak makan gulai nangka muda terpaksa beli di pasar sudahnya.


gulai nangka muda dengan udang geragau

Gulai nangka muda dengan udang geragau


Rezeki kak ana sekeluarga beberapa  minggu lepas bila jiran, Zura hantar sebekas gulai nangka muda dengan udang geragau air tangannya. Zura ni orang negori, bab masak-masak semua sodap. Gulai nangka Zura ni ya amatlah sodapnya, cukup lomak, cukup asam garamnya. 

Isi nangka muda ni pula pemberian jiran juga Ida Limau Purut, pokok nangka belakang rumahnya. Lupa dah apa sebab sampai Ida terpaksa belah nangka yang belum cukup masak ni. Beri pada Zura minta masakkan dan di kongsikan pula pada kak ana. Kan panjang pahala amal jariah hidup berjiran ni..

Udang geragau segar sebagai perencah tu Zura bawa dari kampung mertuanya di Pengkalan Balak, Melaka. Kalau Zura balik kampung tu ada je buah tangan udang geragau dari Zura dan Abang Yaya. Memang fresh-fresh udang geragau, buat cucur sedap sesangat. 

Gulai nangka muda ni kak ana makan dengan ikan goreng dah cukup. Siap meratah lagi. Alhamdulillah tahan pula badan, kalau tak makan nangka masak tu selalunya semput juga, angin kata orang tua-tua. Dengar dek doktor socmed gelak depa, tiada istilah angin ni dalam dunia perubatan moden. Tapi badan kita sendiri kan, sakit sendi lah semua tu kita juga yang hidap bila usia kian meningkat ni.

Apapun syukur sentiasa di atas nikmat pinjaman usia yang di berikanNya. Segala kenikmatan yang di rasai adalah dari kasih sayang Allah swt kepada hamba-hambaNya. Syukur masih berselera untuk makan, syukur juga di kelilingi insan yang baik-baik dan berhati mulia.. Maka nikmat Tuhanmu manakah yang kamu dustakan.... 

12 Comments

  1. Sedapnye gulai nangka
    Kalau kat sini takde udang geragau, tambah kaki ayam

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah wak sesetengah kawasan tak ada udang geragau ni :)

      Delete
  2. memang sedap sangat tu gulai nangka udang geragau

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak PI menambah selera sekali sekala makan masakan kampung gini :)

      Delete
  3. Nampak pun sedap Kak Ana, apatah lagi kalau dapat makan :)
    Alhamdulillah, jiran2 yang baik juga rezeki utk kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat PH, Alhamdulillah di kelilingi insan yang baik-baik di dunia nyata dan juga maya

      Delete
  4. aduh kalau dapat yang sedap tu, ratah gitu je masak nangka muda nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. i yer dana sedap ratah macam tu jer kan :)

      Delete
  5. whoa....ni fav ni. masa mengandung dulu mengidam gulai nangka mcm ni la...emmm...dap dap

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kak…fav saya ni…tpi lepas tu angin la😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kak ana pun alia berangin gak tuu huhu :)

      Delete