Cantik sangat... Itu lah yang mampu kak ana terjemahkan apabila menerima kiriman hadiah kasih sayang dari sahabat dan adik blogger Ummul Azkee minggu lepas. Maa Syaa Allah.. Sungguh berbakat lakaran lukisan bunga-bungaan hasil seni Ummul yang di cetak sebagai sebuah kalender tahun baharu 2022, kepingan poskad dan sebuah lukisan kanvas .

Mengenali Ummul sewaktu kak ana bersama team komuniti blogger beberapa tahun yang lalu. Ummul cukup berbakat dalam seni lukisan tangan dan photography. Kak ana kagum dengan anugerah Allah swt yang dipinjamkanNya buat Ummul. Dan minat serta kesungguhan Ummul dalam hasil karya seni nya sangat konsisten dari dahulu hingga ke hari ini, Alhamdulillah.. 


lukisan ummul azkee

Bakat melukis dan mewarna ni bukan semua orang di anugerahkanNya, begitu juga dengan penulisan. Setiap kelebihan yang di pinjamkanNya adalah sesuatu yang unik dan menjadikan insan-insan ini istimewa dalama dunia mereka. 

Buat peminat seni kraf, lukisan dan fotografi boleh lah kunjungi blog Ummul di  www.artyazkee.com mengenali dan melihat sendiri hasil seni karya nya.


ummul azkee


Sesuai sangat dengan jiwa kak ana yang suka melihat dan berkongsi keindahan khasnya bunga-bungaan, pastilah hadiah dari Ummul ini terlalu istimewa dan akan kak ana simpan selagi hayat di kandung badan, In Shaa Allah.. Kak ana hargainya sangat..




Menjadi penyeri sudut meja kerja dan ruang penulisan kak ana dan akan kak ana gunakannya sebagai rujukan kalender untuk tahun 2022 mendatang. Terima kasih adik Ummul Azkee atas kiriman kasih sayang ini.. 


ummul azkee

Doa kita semua untuk tahun 2022 yang bakal hadir tidak lama lagi, semoga keadaan dunia akan menjadi lebih baik, lebih aman dan tenteram, di jauhkan dari segala wabak dan musibah dan sama-sama kita kongsikan apa sahaja yang bermanfaat sesama insan. 

Kehidupan yang kembali kepada fitrah sedia kala dan mendapat keredhaanNya serta terus berkasih sayang.. Aamiin.. 

16 Comments

  1. wah memang berseni sungguh!! untung mereka yang ada bakat seni mcm ni kan...

    ReplyDelete
  2. kreatif lukisan tangan nih., ;p

    ReplyDelete
  3. Tumpang jamu mata... Memang cantik sangat tu AJ. Bertuah dapat.

    ReplyDelete
  4. Nampak hidup dan ceria sangat

    ReplyDelete
  5. gifted...cantik hasil tangan dia

    ReplyDelete
  6. wah cantiknya selamat tahun baru 22

    ReplyDelete
  7. lom terlambat aida nak wish AJ - happy new year :)

    kebetulan pagi td, aida gantung kalendar kat dapur. utk rujukan famili.
    dan tghari tadi, dpt diari rasmi jabatan. welcome 2022 :)

    ReplyDelete