Sekarang ni seronok bila tengok banyaknya cafe-cafe yang bukan sahaja menyajikan menu-menu lazat tetapi juga dekorasi yang santai dan authentic dengan pelbagai tema dekorasi dalaman dan lanskap. Sebelum ini pernah ana kongsikan sebuah cafe dengan lanskap yang mendamaikan di Sungai Choh, Rawang iaitu NZ Coffee Co , dan kali ini kami cafe hunting ke Oh Apong pula di Emporis, Kota Damansara, Petaling Jaya.


Oh Apong Emporis Kota Damansara


Ikut kan kemahuan anak-anak bila ada sahaja cafe yang cun-cun, kami suka lah nak mencuba sendiri dan kalau menarik kongsikan bersama pembaca dan pengikut di media sosial. Tapi sebelum pergi tu, kak ana akan research dahulu sama ada ianya menyajikan menu Halal atau tidak. Bukan apa, kita akan di pertanggung-jawabkan sedikit sebanyak bila ada followers yang pergi makan sekiranya ada keraguan. 


Oh Apong Cafe

Dari pencarian di internet dan terjumpa sumber di https://www.havehalalwilltravel.com/oh-apong-selangor di nyatakan " Oh Apong is a family-run cafe that made its debut earlier this year in May. The idea transpired when Ellyna Merican first discovered gula apong while on a business trip in Kuching with her family a year ago, according to Asia Tatler. Gula apong is a natural sweetener processed from the sap of the nipah palm and is used by the locals in many dishes and beverages. " Dan statusnya nya adalah milik orang Islam ( Muslim Owned ) . Dimiliki oleh Merican Holdings seperti yang terpapar di sign board cafe. Tidak lah timbul keraguan di situ, kan. 


Oh Apong Halal Cafe


Oh Apong Ice Cream Cafe 



Oh Apong

Bukan apa, nanti ada yang salah faham ingatkan Oh Apong tu nama bukan Muslim pula 😆😆, tetapi Oh Apong mengambil sempena gula apong yang merupakan pemanis semulajadi dari nira nipah yang digunakan di Sarawak. Mengambil inspirasi inilah cafe Oh Apong menjadikannya signature dish mereka ais krim gula apong. Haa.. gituew.. 

Macam yang kak ana cerita awal-awal tadi cafe ni memang cantik senirias dalamannya bertema kan Boho Chic Decor , bermain dengan elemen warna Bohemian , hiasan perabot rotan dan kayu serta soft touch fabric Boho dan sedikit sentuhan kehijauan tumbuhan semulajadi. 


Oh Apong Cafe


Dihadapan pintu masuk Oh Apong , ada ruang tamu menanti dengan tatarias Boho yang cantik untuk korang bergambar, begitu juga di ruang dalaman dengan susun atur ruang makan yang sempoi dan sudut untuk ber ootd di hadapan kaunter. Memang instagramable jika korang pandai cari angle yang cun. 


Oh Apong Ice Cream


Sajian menu di Oh Apong ni lebih kepada pencuci mulut atau pun dessert cafe. Kami nikmati kelazatan signature dish mereka Oh Apong Icecream. Pada kak ana ia just nice, tidaklah terlalu manis dan harga pun mampu makan kerana korang boleh pilih saiz mangkuk. Ada rasa gula apong yang mana pada kak ana lebih kurang rasa gula melaka juga cuma tidak semanis gula melaka. Faham ke idak ? Hehe.. Senang cerita korang pii laa try sendiri... Di sajikan bersama topping multi grain cereal untuk menambah rasa.


Selain dari aiskrim gula apong, terdapat juga menu savoury pastries seperti croissants , cookies chocolate chip dan juga minuman latte . Kak ana makan  sepotong kek Salted Caramel Chocolate Cake, sedap pada topping salted caramel yang masin-masin manis , kek coklat tu biasa sahaja seperti kek coklat yang kita makan di bakery. 


Oh Apong

Adik Ika macam biasalah dengan ice latte nya , kuat rasa coffee dan sesuai dengan seleranya. Harga menu-menu di sini standard harga cafe lain di pasaran. 


Oh Apong

Dibuka setiap hari mulai jam 10 pagi hingga 8 malam dan beralamat di F01-03 Emporis, Persiaran Surian, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor . Waze sahaja untuk ke sini, dan cafe ni boleh di lihat dari luar kompleks Emporis berada di sudut corner . 


4 Comments