Pejam celik hari ini dah pun kita mula melangkah masuk pertengahan bulan pertama tahun baharu 2022. Untuk kak ana sendiri, tahun 2021 yang di tinggalkan merupakan satu tahun yang banyak ujian demi ujian yang telah kami lalui bersama keluarga. Masih berada di era pendamik yang bagaikan tidak ada penghujungnya, malahan diri sendiri dan suami di pilih Tuhan untuk merasai pengalaman perit sebagai pesakit Covid dan kehilangan kawan baik buat selamanya kerana asbab pendamik ini.

Bila masuknya tahun baharu, rasa syukur yang teramat kepadaNya kerana tanpa sedar ujian demi ujian yang hadir yang secara zahir nya sukar tetapi dengan pertolonganNya kami lepas laluinya jua. Terlalu banyak pengharapan untuk hari hadapan yang berbaki, mudah-mudahkan di permudahkanNya jua buat kita semua. 

Mengimbau kembali tahun 2021 yang diharungi sebelum ini menyaksikan pelbagai kisah dengan cabaran pandemik dan ditutup bersama musibah banjir pada akhir Disember lalu. Ramai saudara terdekat dan sahabat maya di uji dengan musibah banjir sehingga kehilangan harta benda dalam sekelip mata. Hebat ujian Allah swt kepada hambaNya yang terpilih. Namun kehidupan ini satu perjalanan yang harus di teruskan selagi belum tiba destinasi abadi. 


perjalanan Richworks 2021

Perjalanan Richworks 2021


Bila bercerita mengenai musibah dan ujian ini, ramai orang di luar sana termasuk bangsa usahawan apabila Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19.

Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri bertarung dengan maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan. Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya.

richwoks sdn bhd


Pasti ia bagaikan satu pengalaman getir dan sama seperti kak ana sendiri, ia bagai kan di beri peluang kedua dalam kehidupan untuk menjadi hambaNya yang lebih baik. Dengan kepakaran dan ilmu yang ada kita yang masih di beri peluang kedua ini pasti akan memanfaatkannya kepada insan lain mengikut peluang dan ruang sendiri. 

Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang. Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan pastinya.



Zero to Million Richworks


Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu. Malah salah satu program kami iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Bukan setakad perkongsian ilmu , malahan bantuan kemanusian turut di sumbangkan yang mana menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

Richworks prihatin


Richwell


"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga. "Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.

Dari aspek lain, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini. Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul. Begitulah bila ramai yang telah berjaya dalam bidang ekonomi, tampil berkongsi semula rezeki dengan mereka yang memerlukannya, Alhamdulillah.. 

Dengan tekad untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan yang perlukan sokongan , panduan dan bimbingan , syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.




Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilionBagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Melalui program bimbingan Spire yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya. Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.




Inilah hikmah di sebalik ujian dan syukur atas kejayaan sepanjang  2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah. Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.


richworks


Bangun dari jatuh dan kesukaran bukan lah satu yang mudah untuk di lakukan, namun dengan adanya sokongan moral, bantuan dari segala aspek yang diperlukan dan yang paling utama doa untuk terus di berikanNya peluang melangkah dengan izinNya jua, In Shaa Allah mampu untuk kita realisasikan dan  dicapai, Aamiin. 

 RICHWORKS

Syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.
Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, 
RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.
Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

8 Comments

  1. moga kaya di dunia n akhirat insyaAllah

    ReplyDelete
  2. bagus tu membantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  3. Terbaik..Selamat maju jaya buat team RichWorks

    ReplyDelete
  4. Richworks mmg banyak membantu usahawan

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, semoga Richworks lebih sukses dalam membantu usahawan untuk berniaga

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete
  7. moga Richworks maju jaya lagi dimasa akan datang..:)

    ReplyDelete
  8. Terbaik RichWorks! Moga terus maju jaya!

    ReplyDelete