Kalau korang pembaca setia blog kak ana ni, pasti tahu dah yang kak ana ni dah beberapa kali menulis mengenai rangkaian produk KitSui. Kali ini, kak ana nak berkongsi kisah Kak Long anak sulung kak ana yang baru sahaja bertunang bulan Disember 2021 yang lalu.
Kisahnya, kak long dah mula lah nak menjaga kecantikan kulit wajah dan badan untuk persiapan majlis perkahwinannya nanti, In Shaa Allah. Doakan yang baik-baik sahaja naa.. Bukan lah nak jadi putih sebab kak long sama macam kak ana dah memang semulajadi cerah kulit kami, tapi kak long lebih kepada nak dapatkan kulit yang cantik dari wajah hingga ke seluruh badan.
Orang muda, mestilah nak jaga kecantikan ye dak, kak ana sendiri sebagai wanita berusia ni pun sangat mengambil berat aspek kecantikan seiring usia. Semoga sentiasa sihat dan cantik di pandang mata, aamin.
Namun kita perlu tahu kecantikan yang semulajadi adalah dari penjagaan dalaman. Kerana percaya dengan rangkaian produk KitSui, kali ini kak ana cadangkan kak long mencuba KitSui Whitie Snow. Jom kita baca apakah kelebihan dan keistimewaan KitSui Whitie Snow ini pula,,,
KitSui Whitie Snow
Untuk mendapatkan kulit yang cantik dan cerah , ia berkait rapat juga dengan usus yang bersih dan sihat. Untuk pengetahuan pembaca semua, Kitsui Whitie Snow ini mengandungi probiotic dan prebiotic seperti vitagen yang dapat mempercepatkan proses penghadaman makanan dan menyihatkan usus kita. Patut lah rasanya pun ala-ala vitagen, sedap jer bila kak ana cuba sendiri.
Dengan pengambilan secara konsisten, KitSui Whitie Snow , menjadikan nutrisi lebih mudah diserap ke dalam system badan . Begitulah kaitannya pada permasalahan kulit akan berkurang sekira usus berada dalam keadaan bersih dan sihat.
Usus yang bersih pastinya akan menjadikan kulit lebih cerah dan sihat dengan 2 kandungan yang hebat seperti NIACINAMIDE dan VITAMIN C pencerah kulit yang paling berkesan & selamat digunakan .
Kebaikan KitSui Whitie Snow
Kesemua rangkaian KitSui yang boleh di dapati di farmasi adalah bebas dari bahan berbahaya seperti bebas dari Hormone , bahan Kimia terlarang, tidak mengandungi GMO, Gluten dan Free Presevation. Yang penting ianya adalah dengan kelulusan Halal , Jakim.
Pengambilan KitSui Whitie Snow secara konsisten di katakan dapat menyihatkan usus di mana ia menjadikan proses penghadaman pemakanan lebih baik dan sistem penyerapan dalam badan menjadi lebih bagus. Penyerapan nutrisi dalam badan menjadi lebih cekap. Usus yang sihat dan bersih menjadikan kulit kita kelihatan lebih cantik dan sihat. Aktiviti harian pun pasti akan lebih ceria dan bermakna.
Peningkatan nutrisi badan seperti Vitamin C , Vitamin B3- , Niacinamide, Vitamin B12 dan Vitamin D3 adalah rahsia untuk kulit yang lebih sihat dan cantik .
KitSui Whitie Snow juga dapat memudarkan kulit bekas luka dan membantu mengurangkan masalah kulit seperti eczema, jerawat, kulit berminyak, pori membesar dan kemerahan serta mencerahkan kulit kusam seluruh badan.
KitSui Whitie Snow diformulasikan gabungan bahan premium dari Korea . Dalam setiap pengambilan 1 sachet sehari ia merangkumi 10 Bilion CFUs Probiotic + Prebiotic.
Turut mengandungi formulasi Vitamin B3 Niacinamade yang mana dalam kajian klinikal, niacinamade boleh mengurangkan kesan parut yang gelap dengan ketara dan peningkatan kulit kelihatan cerah dan sihat selepas penggunaan secara konsisten selama 4 minggu. Ia juga adalah selamat di gunakan.
Turut di formulasi kan dengan kandungan Derma-Nia Korea yang sangat popular di kalangan orang Korea yang di katakan membantu dalam memperbaiki tekstur kulit pada tahap epidermis. Dermania adalah sejenis buluh air atau juga di kenali sebagai ZIZANIA LATIFOLIA secara saintific nya.
Khasiat dari ekstrak biji anggur di dalam formulasi KitSui Whitie Snow pula mengandungi anti oksidan, mineral dan vitamin yang kuat dalam proses menghilangkan bintik-bintik gelap dan parut di samping mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan pembentukan keloid dan parut.
Cara pengambilan KitSui Whitie Snow
Ambil satu sachet KitSui Whitie Snow dan campurkan dengan 100/150 air sejuk atau air suam ke dalam shaker dan goncang hingga larut dan nikmatinya.
Dalam setiap kotak mengandungi 17 sachet 15g setiap sachet.
Sangat mudah sekarang dengan pembungkusan baharu hanya koyakkan bahagian bertanda di bawah dan tarik sahaja satu sachet untuk penggunaan setiap hari. Kemas dan relevan sangat kan di dalam kotak cantik berwarna soft pink.
TESTIMONI PENGGUNA KITSUI WHITIE SNOW
Dapatkan KitSui Whitie Snow di farmasi terpilih berdekatan korang ataupun secara online di
Jangan lupa masukkan Diskaun Kod " KITSNOW " semasa check out dan nikmati 25% off ( capped at RM2 ) serta Free Gift di KitSui Official Shopee Mall !!
Untuk info produk dan promosi korang boleh lah singgah ke mana-mana pautan yang kak ana berikan di bawah :
#Kitsui #KitsuiLovers #KitsuiWhitieSnow
#WhitieSnow #Watsonsmalaysia #guardianmalaysia
3 Comments
Packaging dia sweet sangat warna pink lembut tu
ReplyDeleteMESTI CANTIK JIWA RAGA KAN
ReplyDeletejelitterrr nyer.. 😅
ReplyDelete